Powered by Blogger.
"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Tuesday, September 6, 2011

KHATIB TERHEBAT DALAM SEJARAH DUNIA


Di dalam banyak-banyak sunnah Rasulullah S.A.W, ada satu yang sangat menonjol dalam diri Rasulullah S.A.W : Baginda merupakan seorang khatib, juru dakwah dan pemidato yang terhebat.

Lisannya yang jujur dalam penyampaian telah mempengaruhi ramai orang untuk mendekati dan menghampirinya. Lisannya yang tulus itu, dapat menyapa roh dan jiwa manusia sehingga terpaut kepada tutur katanya yang indah lagi mempesona.

Ketika berbicara, seolah-olah mutiara yang keluar dari bibir Baginda memancar terang sehingga ia kelihatan begitu cantik dan menarik. Bercahaya menyinari wajah Baginda dan para sahabat terpegun dan terpaku di hadapannya tanpa banyak bicara.

Mereka tenggelam dalam layar bicara insan yang agung ini. Masya-Allah.
Tutur katanya, menghidupkan semangat para pejuang generasi awal dan memotivasikan jiwa mereka sehingga membangkitkan diri untuk beriman kepada yang Esa. Jiwa mereka berkobar-kobar memperjuangkan risalah yang dibawa oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

Bagi mereka : "Hidup tanpa perjuangan adalah sebuah keaiban."

Ruh perjuangan sentiasa ditiup dengan nyalaan yang membara tanpa mengenal keputus asaan, kekecewaan dan kepenatan yang melelahkan.

Mereka mampu memacu dan mengharungi samudera kehidupan dengan seni keberanian yang sangat luar biasa. Di dada mereka tertanam keimanan yang benar sehingga mereka sangat mencintai kehidupan akhirat. Matlamat mereka jelas – mencintai Allah S.W.T.

Apakah rahsia yang membangkitkan jiwa mereka sehingga ke tahap ini?

Ya. Mereka sentiasa dimotivasikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Sentiasa.

Kalamullah menjadi motivasi terulung.
Hadis yang mulia yang menjadi panduan hidup.

Melalui apa? – Melalui kalimah toyibbah, melalu tutur bicara yang menghangatkan dan kata-kata pembangkit semangat.

Sunday, September 4, 2011

PUASA ENAM BANYAK MANFAAT


Dari Abu Hurairah (r.a), Nabi bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan 6 hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun".

Sesudah mengharungi pelbagai dugaan pada bulan Ramadhan dan berjaya menjalankan ibadah puasa, umat islam sekali lagi diberikan peluang merebut ganjaran pada bulan kemenangan, iaitu di bulan Syawal ini dengan satu lagi peluang yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja untuk menambahkan pahala dan keberkatan di dunia iaitu dengan berpuasa enam. Satu keistimewaan yang difahami dari sabda Nabi Muhammad SAW itu ialah satu kebajikan dan peluang yang paling berharga disediakan kepada orang-orang yang mengejar nikmat dan kemurahan Allah taala sepanjang hidup terdapat pula di bulan syawal iaitu puasa enam hari di dalamnya.

Ganjaran pahala diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang berpuasa enam di bulan Syawal ini ialah seperti ganjaran pahala kepada yang berpuasa setahun. Diantara kelebihan puasa enam hari di bulan syawal ialah puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti nikmat kesihatan tubuh badan yang baik mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya memudahkan malaikatul maut mencabut nyawa.

Oleh yang demikian marilah kita merebut peluang yang ada dan mengerjakan puasa enam demi mendapatkan fadhilat yang ditetapkan Allah padanya serta inginkan keredhaan Nya.

wibiya widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP