Powered by Blogger.
"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Tuesday, August 30, 2011

GEMBIRA BERTUKAR DUKA...AL-FATIHAH



Alhamdulillah....mungkin agak lama tidak post...baru selesai menghadiri pengkebumian pakcikku...mungkin semua sedang sibuk dan gembira bersama keluarga menyambut Aidilfitri...tetapi keluargaku sibuk menguruskan pengkebumian pakcikku...semoga Rohmu sentiasa dicucuri rahmat disana...Ameen Ya Rabb...walaupun bajuku basah kuyup ketika di kubur melihat jenazah pakcikku dikebumikan..terdedik di hati yang kecil ini...apakah nasibku di sa
na nanti?? yang pasti..ajal tidak akan memberitahu bila dia akan datang menjemput...kerana ia akan datang secara tiba-tiba...persiapkanlah dirimu dengan kematian setiap masa...usahlah terleka dengan dunia walaupun hanya sementara...

Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh

. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (????? ??????) oleh Abu Bakr al-Razi, barzakhbermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100:

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat).

Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


"Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhir

at, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)."


Dr A’idh Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya:

Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba.


Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib

saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”


Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.

Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang telah bersurai kecuali beliau dan beberapa orang sahabatnya yang masih tidak berganjak dari kubur tersebut. Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan

aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya.


Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada angg

ota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.


Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaa

nku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.


Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba ialah mem

persiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.

Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara:


Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. De

ngan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan.

Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya.

Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan.

Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat

akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan.

Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah s.a.w bersabda:


“Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kemat

ian”. (Riwayat Muslim)


Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia.


“Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelimang

harta, pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya.



Artikel ini pada asalnya ialah teks khutbah yang yang ditulis untuk terbitan

JAKIM dan telah disunting untuk bacaan dalam bentuk artikel


Saturday, August 27, 2011

LAILATUL QADAR MALAM KE 27


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu bulan "
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "
Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "



Petikan dari :
FIQH & Perundangan Islam Jilid II
Wahbah al-Zuhaili
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

YA ALLAH...AKU SEDIH YA ALLAH..


"Ya Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang...Engkaulah pelindung bagiku yang lemah...Engkaulah pelindungku...Kepada siapa yang patut aku serahkah diriku Ya ALLAH,...jika bukan hanya kepadaMu..."

Sedihnya hati YA ALLAH...Tabahkanlah aku YA ALLAH...

Friday, August 26, 2011

AKU BERSERAH HANYA PADAMU YA RABB


Rasulullah saw bersabda:

“Tidaklah beriman seorang hamba Allah hingga ia percaya kepada takdir yang baik dan buruk, dan mengetahui bahwa ia tidak dapat menolak apa saja yang menimpanya (baik dan buruk), dan ia tidak dapat terkena apa saja yang dijauhkan darinya (baik dan buruk).”

“Dan Ya’qub berkata, ‘Hai anak-anakku, janganlah kamu m
asuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan, namun demikian aku tidak dapat melepaskan kamu barang sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nyalah aku bertawakal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri’.” (Q.s. Yusuf: 67).

“Tidak ada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul-Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. S
upaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (Q.s. al-Hadid: 22-3).


Thursday, August 25, 2011

Bentuklah aku YA ALLAH....




Alhamdulillah...hari ini nak kongsi doa untuk membentuk akhlak yang baik...insyaALLAH...

"Ya Allah..diriku tahu...aku bukan sempurna untuk menjadi yang terbaik di mata manusia...aku tahu Ya ALLAH..aku tahu aku bukanlah yang terbaik...Tiada Tuhan Yang aku sembah selainMU Ya ALLAH..Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan hambaMu yang zalim..aku sedar ya ALLAH banyak salahku dengan manusia dengan kelemahanku sendiri..aku tahu aku sangat lemah..aku mohon padaMu...Yang Maha Kuat..Kuatkanlah aku..Yang Maha Sabar...jadikanlah aku dalam golongan hambaMu yang sabar...Yang Maha Petunjuk...Maka tunjukkanlah aku jalan yang lurus...yang MAHA CINTA...maka CINTAlah aku..seperti mana Engkau Mencintai RasulMu...Para solihin...AMEEN YA RABB...AMEEN YA MUJIB...AMEEN YA ALLAH"



Wednesday, August 24, 2011

DARI SUJUD KE SUJUD...






DAARUL Quran, Wangen, Polanharjo, Klaten masih dalam asuhan Ustadz Azzam (Kholidi) dan Anna (Oki Setiana), istrinya. Kyai Luthfi, ayahanda Anna, masih menginginkan hidup beribadah di samping Masjidil Haram.

Azzam dan Anna dibantu Mujab, pamannya, menjadikan pesantren sebagai tempat belajar, bertanya, berteduh, dan tempat mencari perlindungan bagi masya

rakat luas.

Suatu hari pesantren kedatangan seorang gadis yang tampak begitu ketakutan, Shofia (Marshanda). Shofia mengadukan permasalahannya pada Azzam dan Anna, karena ia telah dinikahkan dengan Syamsun Niam tanpa sepengetahuannya.

Shofia merasa dizalimi, Akad nikah telah dilangsungkan tanpa persetujuan darinya. Ia menolak akad nikah itu. Ia tidak suka dengan Niam. Shofia meminta perlindungan pada pesantren dan ingin tinggal di sana.

Pesantren mencari klarifikasi. Ternyata, orangtua Shofia memiliki alasan kuat. Tujuannya adalah memisahkan Shofia dari Niko yang seorang berandalan. Namun Shofia tetap memilih Niko. Makanya Pak Sunar, ayah Shofia memaksa Shofia menikah dengan Niam.

Shofia dijemput paksa dari pesantren. Karena pihak pesantren merasa tak punya hak untuk menahan Shofia, akhirnya Shofia dilepaskan. Orangtua Shofia memulangkan Shofia ke rumah Niam.

Tak mau terus bersama Niam, Shofia pura-pura gila. Ini mempe

rmalukan keluarga Niam, sehingga orangtua Niam menganggap Shofia tak layak dijadikan mantu. Namun Niam yakin Shofia hanya pura-pura gila. Merasa harga dirinya telah diinjak-injak Shofia, Niam bertekad menaklukkan Shofia.

Niam menuduh pesantren mencuci otak Shofia. Azzam dan Anna membantah. Mereka tidak takut meski Niam mengancam akan melaporkan masalah ini ke polisi.

Shofia yang pura-pura gila kabur menemui Niko. Hal ini tidak disia-siakan Niko. Ia berniat menodai Shofia.

Sementara Azzam dan Anna pun sebenarnya tidak bebas dari masalah. Anna yang hamil tua terpaksa melahirkan secara premature gara-gara Azzam menghindari pengendara motor yang ugal-ugalan. Akibat kejadian itu, bayi Anna tidak terselamatkan.

Anna terguncang. Masalah semakin pelik saat bisnis eskpor mebel Azzam ke Australia mengalami masalah. Azzam menderita keruguan besar dan terancam harus membayar denda besar. Bahkan rumah Kyai Luthfi terancam disita bank.

Ilyas (Dude Harlino) dan Husna (Meyda Sefira) tak luput dari konflik. Ilyas sempat menjatuhkan talak pada Husna. Azzam berusaha keras mendamaikan keduanya karena tak mau rumah tangga adiknya menjadi contoh buruk bagi masyarakat.

Biaya perawatan jantung buatan Husna ternyata sangat mahal. Ilyas sudah menjual tanah milik orangtua untuk perawatan. Ibu Ilyas meminta Ilyas untuk menceraik

an Husna. Namun Ilyas enggan, karena Husna tidak bersalah.

Husna yang mendengar itu mengadu ke rumah Azzam. Ilyas meminta istrinya pulang. Kalau sampai shubuh tidak pulang, maka talaknya jatuh. Husna minta dijemput. Tapi Ilyas yang emosi minta Husna datang sendiri. Sampai Shubuh menjelang, Husna tidak pulang. Ilyas menyesal, berniat rujuk. Tapi ibunya tidak setuju.

Pada saat bersamaan, Ilyas menolong seorang gadis yang sekarat di tengah hujan. Ilyas membawa ke RS dan bahkan mendonorkan darahnya. Vivi (Asmirandah), nama gadis

itu adalah seorang dokter Pusat Kesehatan Pesantren yang telah diperk

osa Niko.

Terkesan dengan kebaikan Ilyas, Vivi bertanya apakah Ilyas mau menikahinya. Ilyas terkejut. Terlebih saat itu hubungannya dengan Husna sedang tidak baik.

Masih ada Haji Samingan yang sering menyesatkan masyarakat dengan memberikan fatwa-fatwa menyimpang. Seperti shalat tidak perlu wudhu, juga dagin

g anjing dan ular itu halal.

Bagaimana akhir kisahnya?




Tuesday, August 23, 2011

WANITA BERTUDUNG LABUH JODOHNYA LELAKI BERKOPIAH




Alhamdulillah...cuma nak berkongsi...buat semangat bagi mereka yang mencari-cari calon suami yang berkopiah atau isteri yang bertudung labuh inilah tipsnya...

Bagi mereka yang inginkan lelaki yang berkopiah, berjanggut (^_^) dan serius, tidak layan sangat muslimat kecuali atas urusan kerja dan dakwahnya, dan banyak lagi...maka setiap wanita itu mesti lah berusaha untuk menjadi solehah...

Sebab janji Allah adalah lelaki soleh dijanjikan dengan wanita solehah... (^_^).. yang penting kena banyak berusaha dan berdoa... Fitrah bagi setiap wanita dan lelaki inginkan pasangan yang menyejuk mata...

Bagaimana nak jadi solehah atau soleh??? Mestilah taat perintah Allah, mestilah menjaga akhlak dengan manusia dan sesama makhluk Allah yang lain, buang perasaan yang tidak baik dalam hati... mesti akan menjadi soleh atau solehah...yang penting mesti sabar...sebab nak menjadi orang baik nie perlukan masa... bukan seminggu solat dah boleh jadi baik... (^_^)

InsyaALLAH..pesanan buat diri ini dan insan yang sentiasa di sisi...dan semua pembaca...

"usrati jannati wa zauj"





KEMATIAN SEMAKIN HAMPIR...TINGGALKAN SEGALA YANG DIKAU SAYANGI..KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN RENDAH DIRI..




Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah di dalam kitabnya ‘Al-Rûh’, menceritakan apa yang terjadi ketika seseorang itu meninggal dunia. Waktu itu para sahabat sedang berada di sekitar kawasan perkuburan. Rasulullah SAW datang menemui mereka, lalu Baginda bercerita:

“Apabila seorang mukmin meninggal dunia, sejauh-jauh penglihatan akan terdapat para malaikat (yang menjemput jenazah mukmin itu). Para malaikat itu berbaris sementara malaikat maut duduk dekat kepala si Mukmin dan berkata, ”Hai ruh yang indah, keluarlah menuju ampunan Allah dan keredhaan-Nya.”


“Ruh itu keluar dari jasadnya dengan amat mudah seperti keluarnya tetesan air dari wadahnya. Malaikat maut mengambil ruh itu dan tidak melepaskan dari tangannya walau sekejap mata pun. Dari ruh itu keluar bau semerbak yang memenuhi seluruh alam malakut.”


“Ketika ruh jenazah itu lewat, para malaikat bertanya, ”Siapakah ruh ini?” Malaikat maut menjawab, ”Inilah ruh Fulan bin Fulan.” Dibawalah ia ke langit untuk menghadap Allah SWT dan diterima oleh Allah SWT dengan segala keredhaan-Nya. Kemudian ia dikembalikan lagi ke alam barzakh.”


“Ketika itu datang malaikat yang bertanya, “Siapa Tuhanmu dan siapa yang diutus untuk datang kepadamu?” Ia menjawab, “Tuhanku adalah Allah dan utusan yang datang kepadaku adalah Rasulullah.” Malaikat melanjutkan pertanyaannya, “Dari mana kau tahu tentang Rasulullah?” Ia menjawab, “Aku mengetahuinya dari Al-Kitab, aku beriman dan mencintainya.” Mendengar jawapan hamba Allah yang soleh itu, terdengarlah suara keras dari langit.”


Rasulullah SAW melanjutkan ceritanya: “Namun apabila seorang kafir atau ahli maksiat meninggal dunia, turunlah malaikat ke bumi dengan wajah yang menakutkan. Malaikat maut duduk di samping kepalanya dan berkata, ”Hai jiwa yang kotor, keluarlah kamu menuju kemurkaan Allah dan azab-Nya.”


“Betapa susah ruh itu keluar dari jasadnya, sampai-sampai seluruh tubuhnya seakan-akan pecah berkeping-keping. Ketika malaikat memegang ruh orang kafir itu, bau menyengat seperti bangkai keluar dari ruh itu memenuhi seluruh alam malakut.”


“Para malaikat bertanya, “Siapakah ruh yang busuk itu?”Disebutlah ia dengan nama yang paling jelek yang ia perolehi di dunia ini. Ia dibawa ke langit tetapi pintu-pintu langit tertutup rapat baginya. Jenazahnya dilemparkan ke bumi.”


"Ketika malaikat mengajukan beberapa pertanyaan kepadanya, ia tak sanggup menjawab pertanyaan itu dengan baik. Maka disempitkanlah kuburnya sesempit-sempitnya. Setelah itu datanglah makhluk yang wajahnya sangat menakutkan dengan bau yang sangat menjijikkan. Ruh kafir itu bertanya, “Siapakah engkau?” Makhluk itu menjawab, ”Akulah amal burukmu dan aku akan menemanimu sejak barzakh sampai mahsyar nanti.”


Wallahua’lam
. (Rujukan
http://tigosotigo.blogspot.com)

BERMULANYA MANUSIA DILAHIRKAN..MAKA BERMULALAH SEBUAH PERJALANAN MENUJU SEBUAH KEMATIAN BUAT DIRINYA....TINGGALKAN SEGALA YANG DIKAU SAYANGI..KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN RENDAH DIRI...



Monday, August 22, 2011

AKU MAWAR HIJAU....


Aku mawar berduri..Duriku telah menyakiti banyak orang........Ada yang menyukaiku........Sayang,

Mereka terkena duriku.....Bukan ku sengaja...Menancapkan duri tajamku......Mereka tidak mengerti aku.....Mereka hanya menyukaiku........Bukan menyayangi aku....Duri bagiku adalah pelindung....Tapi, Duri bagiku juga adalah siksa

Dalam duriku ada darah.........Darah yang mengiginkan kelopakku.........Bukan kemurnian bungaku.....mawar hanyalah kembang........yang menebar ancaman para kumbang.........bagi mereka Bunga adalah keindahan....Tapi bagiku

Bunga adalah kesucian..... Jadilah Mawar Berduri...Sukar didekati tetapi harum wanginya...jangan jadi seperti bunga tahi ayam..namanya pun sudah terasa tidak mahu dimiliki...apatah lagi mendekati...

"buat wanita solehah...jagalah dirimu seperti mana Allah menjaga dirimu..."

Sunday, August 21, 2011

Aku HANYA wanita BIASA




Sekadar Gambar Hiasan

Aku hanya wanita biasa....tidak juga hebat dalam dakwah...tidak juga hebat dalam akedemik.. tidak jugak hebat dalam semua urusan...

Hanya Allah yang tahu dimana kelebihan diriku...cukuplah hanya Allah yang tahu... Mungkin manusia boleh menilai siapa diri kita..tetapi nilaian mereka cuma dari luaran...

Manusia tidak dapat melihat siapa diri kita sebenar...Segala aib kita..rahsia kita semua Allah jaga dengan sebaiknya...dosa-dosa kita semuanya Allah simpan..tetapi jika Allah buka mungkin seorang raja juga akan dipandang hina dimata manusia...

Manusia dipandang hebat kerana segala rahsia dirinya dijaga oleh Allah...

Ikutlah perintah Allah..cubalah melawan nafsu dalam jiwamu...jadilah hambaNya yang baik terhadapnya...ketahuilah..Allah sudah begitu banyak memberikan segala apa yang kita inginkan..tetapi kenapa kita kadang-kadang malas melakukan apa yang diperintahkan...itulah nafsu.. yang sentiasa membawa kepada kejahatan...

Berdoalah kepada Allah...



YA ALLAH...PERKENANKANLAH DOAKU...


"Diriku hanya insan biasa..terimalah seadanya...diriku tidak sempurna..dan tak akan pernah sempurna.."

Ya Allah...diriku hanya hambaMu yang biasa...bimbinglah diriku menjadi insan yang solehah... Ya Allah perkenanlah doaku untuk menjadi hamba Yang TAAT padaMu...Buangkanlah segala sifat2 yang tidak baik...gantilah dengan sifat2 yang baik..yang sentiasa menghiasi diriku....ameen YA RABB...

NAFSU ITU MEMBAWA KEPADA KEJAHATAN






"Innallahastara minal mukminina anfusahum waamwalahum liannahumul jannah. "
Maksudnya, "Sesungguhnya Allah akan membeli pada diri orang-orang beriman itu dirinya dan harta-hartanya dengan balasan syurga ".

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah ? " Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Rasulullah mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu perjuangan atau satu jihad yang kecil untuk dilatih melakukan satu perjuangan atau jihad yang besar iaitu jihad melawan nafsu. Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang besar iaitu berjihad melawan nafsu.

Melawan hawa nafsu atau mujahadatun nafsi sangat susah. Mungkin kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan bisa kita pegang, mudahlah kita menekan dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada di dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Karena itu tanpa kesedaran dan kemahuan yang sungguh-sungguh kita pasti dikalahkan untuk diperalat sekehendaknya.

Nafsu jahat dapat dikenal melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam ilmu tasawuf, nafsu jahat dan liar itu dikatakan sifat mazmumah. Di antara sifat-sifat mazmumah itu ialah sum'ah, riya', ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, banyak bicara, banyak makan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak, serakah, bakhil, sombong dan lain-lain. Sifat-sifat itu melekat pada hati seperti daki melekat pada badan. Kalau kita malas menggosok sifat itu akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan kuat menggosoknya maka hati akan bersih dan jiwa akan suci.

Nafsu itulah yang lebih jahat dari syaitan. Syaitan tidak dapat mempengaruhi seseorang kalau tidak meniti di atas nafsu. Dengan kata lain, nafsu adalah 'highway' atau jalan bebas hambatan untuk syaitan. Kalau nafsu dibiarkan, akan membesar, maka semakin luaslah 'highway' syaitan. Kalaulah nafsu dapat diperangi, maka tertutuplah jalan syaitan dan tidak dapat mempengaruhi jiwa kita. Sedangkan nafsu ini sebagaimana yang digambarkan oleh ALLAH sangat jahat.

" Sesungguhnya hawa nafsu itu sangat membawa pada kejahatan "
(Yusuf: 53)

Dan ini dikuatkan lagi oleh sabda Rasulullah; "Musuh yang paling memusuhi kamu adalah nafsu yang ada di antara dua lambungmu ".

Nafsu inilah yang menjadi penghalang utama dan pertama, kemudian barulah syaitan dan golongan-golongan yang lain. Memerangi hawa nafsu lebih hebat daripada memerangi Yahudi dan Nasrani atau orang kafir.




Saturday, August 20, 2011

SAUDAH ISTERI RASULULLAH SAW




Saudah adalah wanita pertama yang dinikahi Nabi SAW sesudah Khadijah. Ia menemani Rasulullah selama kurang lebih tiga tahun sehingga beliau berumah tangga dengan Aisyah. Saudah termasuk salah seorang wanita utama pada zamannya.

Sebelum menikah dengan Rasulullah SAW, Saudaah dinikahi oleh sepupunya yang dikenal dengan Sakran bin Amr. Ketika masuk Islam dan membaiat Rasulullah, suaminya juga turut serta masuk Islam bersamanya, dan berhijrah bersama-sama menuju bumi Habasyah.

Ketika suami Saudah meninggal, Khaulah binti Hakim datang kepada Rasulullah SAW. "Wahai Rasulullah, maukah anda menikah?"

"Dengan siapa?" tanya beliau.

"Dengan Saudah binti Zam’ah, karena dia telah beriman padamu dan mengikutimu." Jawab Khaulah.

Rasulullah kemudian berkata, "Baiklah, pinanglah dirinya buatku!"

Setelah itu, Khaulah segera beranjak menuju Saudah. "Kebaikan dan berkah apa
yang dimasukkan Allah kepadamu, wahai Saudah?" kata Khaulah ketika mereka bertemu.

Saudah balik bertanya karena tidak tahu maksudnya, "Apakah itu, wahai Khaulah?"

Khaulah menjawab, "Rasulullah SAW mengutus aku untuk meminangmu."

Saudah berkata dengan suara gemetar, "Aku berharap engkau masuk kepada ayahku dan menceritakan hal itu kepadanya."

Dan ayahnya yang sudah tua, sedang duduk-duduk santai. Khaulah memberinya salam, lalu si ayah berkata, "Apakah kau datang melamar pagi-pagi, siapakah dirimu?"

"Saya Khaulah binti Hakim," jawabnya.

Lalu ayah Saudah menyambutnya. Kemudian Khaulah berkata padanya, "Sesungguhnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib meminang anak perempuanmu."

Ayah Saudah berkata, "Muhammad adalah seorang yang mulia. Lalu apa yang dikatakan oleh sahabatmu (Rasulullah)?"

"Dia menyukai hal itu," jawab Khaulah.

Kemudian ayah Saudah berkata, "Sampaikan padanya (Muhammad) agar datang ke sini!"

Kemudian Rasulullah SAW datang padanya dan menikahi Saudah.

Dari Ibnu Abbas diceritakan bahwa Nabi SAW meminang Saudah yang sudah mempunyai lima anak atau enam anak yang masih kecil-kecil. Saudah berkata, "Demi Allah, tidak ada hal yang dapat menghalangi diriku untuk menerima dirimu, sedang kau adalah sebaik-baik orang yang paling aku cintai. Tapi aku sangat memuliakanmu agar dapat menempatkan mereka, anak-anakku yang masih kecil, berada di sampingmu pagi dan malam."

Rasulullah SAW berkata padanya, "Semoga Allah menyayangi kau, sesungguhnya sebaik-baik wanita adalah mereka yang menunggangi unta, sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang bersikap lembut terhadap anak di waktu kecilnya dan merawatnya untuk pasangannya dengan tangannya sendiri."

Pernikahan Nabi SAW dengan Saudah dilaksanakan pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh kenabian dan setelah kematian Khadijah di Makkah. Dikatakan dalam riwayat lain tahun kedelapan Hijrah dengan mahar sekitar 400 dirham. Rasulullah kemudian mengajaknya berhijrah ke Madinah.

Setelah Saudah semakin tua, dia mengetahui kedudukan Aisyah di mata Rasulullah. Dia berkata, "Wahai Rasulullah, aku memberikan jatah satu hari untukku pada Aisyah, agar engkau dapat bersamanya dalam satu hari itu."

Ketika bersama Saudah, Nabi menerima ayat tentang hijab dan hal itu dikarenakan istri-istri Nabi SAW keluar pada malam hari menuju ke dataran tinggi di bukit-bukit. Kemudian Umar bin Al-Khathab berkata pada Nabi SAW, "Wahai Nabi, berilah perintah agar istri-istrimu berhijab."

Namun, tidak jua Nabi melakukan apa yang disarankan Umar. Kemudian ketika Saudah keluar pada malam hari untuk menunaikan makan malam, dan dia adalah seorang wanita yang cukup tinggi. Kemudian Umar memanggilnya dan berkata, "Wahai Saudah, sekarang kami tahu itu engkau untuk memberi motivasi agar memanjangkan hijab yang kau kenakan." Kemudian Allah menurunkan ayat hijab.

Saudah dikenal sebagai orang yang suka bersedekah. Umar bin Khathab pernah mengirim sekantung penuh dengan dirham padanya. Kemudian Saudah bertanya, "Apa ini?"

Mereka berkata, "Dirham yang banyak."

Lalu Saudah berkata, "Dalam kantung seperti setandang kurma, wahai jariyah, yakinkan diriku." Kemudian dia membagi-bagikan dirham tadi.

Aisyah berkata, "Bahwa sebagian isteri-isteri Nabi SAW berkata, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara kami yang paling cepat menyusulmu ?" Nabi SAW menjawab, "Yang terpanjang tangannya di antara kalian." Kemudian mereka mengambil tongkat untuk mengukur tangan mereka. Ternyata, Saudah adalah orang yang terpanjang tangannya di antara mereka. Kemudian kami mengetahui, bahwa maksud dari panjang tanganya adalah suka sedekah. Saudah memang suka memberi sedekah dan dia yang paling cepat menyusul Rasulullah di antara kami." (HR Syaikhain dan Nasai)

Saudah juga memiliki akhlak yang terpuji. Aisyah, Ummul Mukminin, pernah berkata, "Tiada seorang pun yang lebih aku kagumi tentang perilakunya selain Saudah binti Zam’ah yang sungguh hebat."

Saudah meriwayatkan sekitar lima hadits dari Rasulullah SAW. Dan beberapa sahabat turut meriwayatkan darinya seperti, Abdullah bin Abbas, Yahya bin Abdullah bin Abdurrahman bin Sa’ad bin Zarah Al-Anshari. Abu Daud dan Nasa’i juga menggunakan periwayatan darinya.

Saudah wafat di Madinah pada bulan Syawal tahun 54, pada masa kekhalifahan Muawiyah.

Ketika mendengar Saudah meninggal dunia Ibnu Abbas bersujud. "Rasulullah SAW berkata, bila kau melihat suatu ayat, maka bersujudlah kalian, dan ayat yang paling agung daripada emas adalah para istri Nabi SAW," kata Ibnu Abbas.

Redaktur: cr01
Sumber: A’lamu An-Nisa karya Abdul Badi’ Shaqar


wibiya widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP