Powered by Blogger.
"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Sunday, July 31, 2011

AHLAN YA RAMADHAN


Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul SAW telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya:

* Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran:

Allah berfirman :
Maksudnya: “Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah: 185]

* Bulan yang padanya ada Lailatul Qadr:

Allah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan” [Al-Qadr: 1-3]

* Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka:

Nabi SAW bersabda:Maksudnya: “Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan” [HR Al-Bukhari: 3277, Muslim: 1079]


* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]

* Puasa di bulan Ramadhan menjanjikan syurga:

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga” [HR Al-Bukhari : 2637]

Thursday, July 28, 2011

AKU PUTUS HARAPAN...KELIRU HATIKU...


Mungkin kerana kurangnya menadah didikan Mu atau mungkin kurangnya ibadahku kepada Mu, sedarkanlah aku ya Allah, kuatkan aku ya Allah.

Rasa kerdil kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan, kesal, terasa takanan, tidak tahu apa aku rasa sekarang ini. Jika ini ujiana dari Mu ya Allah berilah aku kesempatan untuk merasai ibrahnya, jika ini ujian Mu ya Allah berilah aku merasai kesalan kerana dosa yang pernah aku lakukan ya Allah.

Tunjukkan ya Allah. Hamba Mu ini amatlah tidak berdaya, tidak mampu berbuat apa-apa hanyalah pengabdian penuh kepada Mu.

Memerlukan masa untuk bersamaMu, memerlukan masa untuk menyedari apa yang telah aku lakukan, memerlukan masa untuk mengetahui apa yang tersingkap di sebalik segala ujian ini. Aku mengatakan aku tidak kuat, tapi Allah mengatakan aku kuat kerana telah memberi ujian ini.

Ingin ku sedar ya Allah. Ingin ku tatap setiap kesalahanku ya Allah, ampuni dosaku ya Allah. Aku masih mahu merasai kemanisan nikmat Mu ya Allah, kerana indahnya syurga Mu ya Allah.

Berikanlah hamba Mu ini peluang ya Allah, aku mohon sebagai seorang hamba. Tanpa kesedaran tak akan aku mohon kepada Mu ya Allah. Bersyukur kerana masih disedarkan. Sentaklah iman ku ya Allah agar ianya lebih kuat, sekuat yang engkau mahukan ya Allah, aku mohon. Aku malu pada Mu ya Allah.

Aku msih tidak berdaya, aku sedang mengadu kapada Mu ya Allah. Dayakan aku ya Allah dengan segala limpahan rahmatMu. Kuatkan hati aku, kuatkan jiwa aku ya Allah, kerana aku masih mengharapkan kepada Mu, aku masih berada di jalan Mu.

Maaf jika aku terleka, maaf jika tidak mengotakan segala janji Mu, maaf tidak mengikut kehendak Rasul Mu. Aku masih mahu, kerana aku masih suka akan agama Mu. Tetapkan iman aku ya Allah, tunjukkan aku jalan yang kuat untuk menuju redha Mu ya Allah, hanya pada Mu tidak ada yang lain.

Aku pinta walaupun mata tidak mengalirkan titisan kekesalan, aku meminta walaupun tiada riak kesalahan di mukaku, tapi aku minta kerana hatiku hanya engkau yang tahu, hanya engkau yang mampu dan hanya engkau hatiku dapat bersedih, ya Allah ampunkan aku.

Jika menitisnya air mata ini dapat merubah perasaanku yang lemah ini, redhakanlah. Hidupkan sangkaan yang baik dalam diriku. Hidupkanlah kemuliaan redha Mu dalam diriku ya Allah. Aku mahu menyesal. Agar aku dihidupkan semula cahaya-cahaya keimanan dalam diriku.

Sedarkan aku ya Allah di dalam sebenar-benar sedar. Aku sedar segalanya. Aku sedar apa yang aku lakukan tapi sedarkan aku dengan keampunan Mu ya Allah. Limpahkanlah segala-galanya kepadaku ya Allah.

Ampunkan aku ya Allah jika sebelum ini aku merajuk pada selain Mu ya Allah. Aku bersyukur kerana diberi ujian oleh Mu ya Allah, agar hatiku ini masih boleh lagi tersentak. Tersentak dari terus melakukan dosa dan kemungkaran terhadap Mu ya Allah.

Aku masih sedar saat manis-manis keimanan ku terhadap Mu, aku masih mampu mengingatinya. Kembalikan aku kepada kemanisan itu ya Allah. Aku masih dahagakannnya ya Allah. Tidak akan aku sentuh lapangan dakwahMu selagi terasa diri ini tidak kuat. Ampunkan aku ya Allah.

Jika nukilan ini dapat menyedarkan aku, aku mohon redha Mu. Tunjukkan aku ya Allah. Ini rintihan hati hamba ini ya Allah. Dengarkan ya Allah segala keagungan Mu ya Allah. Aku mohon.

Astaghfirullahhalazim...

nukilan..HambaMU yang lemah...

Wednesday, July 27, 2011

HARGA SEKUNTUM MAWAR BERDURI


Wanita itu sangat indah..tetapi seindah wanita adalah wanita yang solehah.. wanita solehah menjaga hubungan ibadahnya dengan Allah..wanita solehah menjaga hubungannya dengan ibu bapanya...wanita solehah tidak akan membiarkan dirinya sentiasa dipimpin oleh nafsu durjana syaitan yang membawa dirinya ke lembah maksiat...

Wanita solehah tidak akan melakukan perbuatan yang tersasar dengan apa yang dilarang oleh Allah...wanita solehah akan cuba mendapatkan kepercayaan Tuhannya terhadap dirinya...

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬​▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bidadari dunia yang menyentuh hati adalah yang baik akhlaknya di bumi,
Imannya teguh, hati nuraninya sentiasa mengingati Allah...
itulah bidadari yang menyapa jiwa,
Bidadari yang yang memberikan makna yang mendalam kepada semua orang
Bidadari yang menemani resah bila dirinya melakukan dosa kepada Allah...
Bidadari yang menenangkan jiwa bilamana lidahnya sentiasa menyebut nama Allah..
Bidadari jadilah sang setia hanya kepada Cinta Allah dan Rasulullah saw
Wahai bidadariku...janganlah dikau menjadi mawar yang tiada durinya...
jadilah yang terbaik dari yang terbaik...
Cubalah menjadi wanita yang solehah..walaupun dirimu dahulunya
sangat erat dengan perkara yang tersasar...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬​▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

────(♥)(♥)(♥)────(♥)(♥)(♥)
──(♥)██████(♥)(♥)██████(♥)
─(♥)████████(♥)████████(♥)
─(♥)██████████████████(♥)
──(♥)████████████████(♥)
────(♥)████████████(♥)
── ───(♥)████████(♥)
────────(♥)████(♥)
─────────(♥)██(♥)
─────────(♥)

♥─█▀▀█─█────█────█▀▀█─█──█─♥
♥─█──█─█────█────█──█─█──█─♥
♥─█▀▀█─█────█────█▀▀█─█▀▀█─♥
♥─█──█─█▄▄▄─█▄▄▄─█──█─█──█─♥

Tuesday, July 26, 2011

Jews acknowledge God created the universe


Az-Zukhruf [9]
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Yang menciptakannya ialahAllah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui

Monday, July 25, 2011

BERSIN DAN HIKMAHNYA...JOM BACA BARU TAHU


ANAS bin Malik RA bercerita,

ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit)
seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: “Sebab yang seorang mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.

Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma’ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, mengutarakan bagaimana bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh. Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasul bagi Allah).

Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan ‘yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah. Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada

Abdulullah Bin Salam dan keislamannya..


Assalamualaikum...alhamdulillah kali ini ana nak berkongsi dimana satu cerita yang disampaikan pada kuliah magrib yang lepas..

Tajuk kuliah :"keindahan AKHLAK RASULULLAH saw"

Dimana dalam kuliah tersebut ana paling tertarik tentang kisah dimana seorang sahabat baginda iaitu Abdulullah Bin Salam yang memeluk islam hanya dengan melihat Rasulullah saw turun dan naik dari unta...

Disini kita dapat lihat bahawa akhlak baginda yang sangat lemah-lembut, sopan santun adalah faktor utama kejayaan baginda Rasulullah.

Semasa kejayaan baginda Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah..baginda telah menaiki unta dalam keadaan tunduk kehadapan sehingga paras bonggol unta..kerana mengelakkan dari sombong...

Rasulullah saw pernah bersabda "berbuat baiklah kamu sepertimana Allah berbuat baik padamu"

TAHAJJUD CINTA BAGI PENDAPAT PENULIS


Alhamdulillah..assalamualaikum kepada semua yang sudi terus menyokong blog sahabat raudhah.. alhamdulillah kali ini nak berkongsi sedikit isu "panas" yang agak hangat diperkatakan iaitu tentang drama "TAHAJUD CINTA" yang dikatakan telah menimbulkan fitnah kepada islam..

Alhamdulillah...apa yang ada ana lihat drama itu memang ada yang boleh menimbulkan fitnah kepada Islam..ana bukan lulusan dari lulusan agama..tetapi hanya berkongsi pendapat...

Bagi ana laman-laman page yang memboikot filem itu ada yang bagus ada yang tidak bagus.. bagusnya bila melihat kepada kesungguhan masyarakat kita yang peka dengan Islam..Alhamdulillah itu menunjukkan kita sayang pada agama...ALHAMDULILLAH...

Tetapi bagi pendapat ana yang lain pula..kita perlulah menegur dengan berhikmah...bukan membuat page yang terus menghukum seperti yang dilakukan.. dan di dalamnya juga ada unsur-unsur yang negatif.. daripada ingin mempertahankan Islam akan berbalik pulak menimbulkan fitnah kepada mereka yang cuba pertahankan agama...Itu sama sekali akan menjatuhkan Islam kembali...

Bagi pendapat ana lagi...sepertinya perlulah kita menegur pihak yang bersalah dengan cara bermuzakarah dengannya terlebih dahulu..berbincang baik-baik dan menegur yang mana salah dengan cara baik dan bukan terus terbuka...kerana bagi mereka yang faham tentang agama, dakwah dan apa saja yang berkaitan Islam.. tentu akan tahu bagaimana hikmah menegur yang diajar Rasulullah saw...

Kita mesti faham, bukan semua yang dilahirkan dalam keadaan yang berbasickan agama. Ada yang baru berjinak-jinak, ada yang tidak tahu langsung, ada yang masih merangkak-rangkak. Bagi mereka yang faham agama mesti mengajar mereka..supaya kesilapan yang mereka buat pasti diperbetulkan..kerana dengan tindakan yang sebegini ia akan menimbulkan fitnah kembali kepada Islam...dari sahabat kita yang teringin nak berjinak dengan islam, tapi bila ditentang pasti akan jauh lagi dari islam..sapa yang berdosa???

Apa-apa pun..yang baik semuanya dari Allah..yang lemah semua dari HambaNYA.. sebab itu kena saling tegur-menegur dengan berhikmah yang telah diajar oleh baginda Rasulullah saw...

"sesungguhnya kejayaan dakwah Rasulullah saw adalah kerana kecantikan akhlak baginda yang ditunjukkan oleh baginda yang membuatkan ramai yang memeluk islam dan menjadi pengikut baginda Rasulullah saw.."

Bila kita niat kerana Allah..pasti Allah akan permudahkan semua urusan...
WALLAHUALAM... ^_^


Sunday, July 24, 2011

PRINSIP TEGURAN DALAM AL-QURAN


Antara hadis yg sangat penting adalah berkenaan dengan niat. Niat menegur juga mestilah baik, dan memenuhi prinsip2 yg ditetapkan dalam syariat Islam.. Niat saja baik, tapi caranya tak guna, tak boleh juga. InsyaAllah, saya pun belajar dari kesilapan dan pengalaman..

Prinsip2 komunikasi dalam al-Quran, antaranya..

1. Prinsip Qaul baligh- Merangkumi bahasa yg tepat dan isinya adalah kebenaran dari Allah melalui Al-Quran

2. Prinsip Qaul Karim- Menggunakan perkataan yg baik, dan memuliakan serta tidak merendah-rendahkan

3. Prinsip Qaul Maisur- Meliputi segala bentuk perkataan yg baik, lembut, dan melegakan si pendengar

4. Prinsip Qaul Ma'ruf- Meliputi segala bentuk perbuatan yg dinilai oleh akal dan syara'

5. Prinsip Qaul layyin- Perkataan yang mengandungi anjuran, ajakan, pemberian contoh, di mana berusaha untuk meyakinkan pihak lain bahawa apa yg disampaikan adalah benar dan rasional, dengan tidak bermaksud merendahkan pendapat atau pandangan orangyang diajak bicara tersebut. Dengan demikian, Qaul Layyin adalah salah satu elemen dakwah, kerana tujuan utama dakwah adalah mengajak orang lain kepada kebenaran, bukan memaksa dan menunjukkan kehebatan.

6. Prinsip Qaul Sadid- Penyampaian yang tepat dan jujur, perkataan yang lembut dan mengandungi permuliaan bagi pihak lain, logik, tidak menyakitkan dan ucapan serta kata2 yg datang dari hati yang ikhlas.
(boleh rujuk surah saff, ayat 3)

Posted Image
mat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3)

7. Prinsip Qaul Zur - Prinsip ini ditafsirkan sebagai tidak mengharamkan perkara yg halal dan sebaliknya serta tidak mempunyai unsur2 palsu serta syirik..

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu tidak membalas kata-katanya, terdapat malaikat yang membalasnya untuk kamu. Walau bagaimanapun apabila kamu mula membalas kata-kata kesatnya itu syaitan mula mengambil tempat dan duduk di antara kamu. Oleh yang demikian, aku tidak mahu duduk bersama-sama dengan syaitan".

KISAH SAIDINA UMAR DAN PEMINUM ARAK

“Diriwayatkan daripada Tamim ad-Dari r. a. bahawa nabi Muhammad SAW bersabda : ‘Agama adalah nasihat’. Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali. Kami pun bertanya : ‘Untuk siapakah wahai Rasulullah?’ Jawab baginda : ‘Untuk ALLAH, KitabNya, RasulNya, pemerintah-pemerintah orang Islam dan orang awam Islam.”

(Hadith riwayat Muslim)

Nasihat menasihati

Dalam hidup, kita sebagai manusia biasa tidak akan lepas dari membuat salah. Setiap hari mesti ada kesalahan yang kita buat. Kalau tidak banyak, sedikit. Oleh sebab kita ini makhluk yang tidak lepas dari membuat kesalahan. Maka disinilah elemen TEGURAN amat memainkan peranan. Tetapi tidak semua manusia boleh menerima teguran dengan senang hati, dengan hati terbuka, dengan berlapang dada. Daripada pengalaman saya sendiri, kebanyakan orang akan melihat teguran ini seolah-olah nak tunjuk kelemahan mereka. Maka selalunya teguran ni dibalas dengan kata-kata yang kurang enak didengar, contohnya: "eh, suka hati akulah nak jadi apa pun, kau apa peduli".

Manusia tidak suka pada teguran sebab dalam diri manusia ada satu sifat iaitu EGO. Semua manusia ada sifat ini. Bezanya mungkin sikit atau banyak ego tu dalam diri kita dan bagaimana kita mengawalnya. Namun walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan pada kita. Rasulullah SAW junjungan kita, pemimpin agung, kekasih Allah, insan yang dijanjikan syurga juga menerima teguran.

Pernah satu ketika baginda di tarik dengan kasar oleh seorang Arab yang meminta baginda melunaskan hutang baginda walaupun belum sampai tarikh kutipan hutang. Saidina Umar r.a yang berada dengan Rasulullah pada waktu itu, menghunuskan pedang dan memarahi lelaki Arab tersebut kerana berkasar dengan Rasulullah. Apa Rasulullah buat. Rasulullah bersabda "Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik." Nah itu akhlak al-Quran yang Rasulullah tunjukkan. Indah kan. Kalau kita lah ditempat Rasulullah saw, dikasari kemudian minta hutang, ada pula orang yang nak tolong kita, rasanya kita biarkan je orang yang mengasari kita tu dikerjakan orang yang nak tolong kita tu. Tapi dari kisah tadi, kita lihat bagaimana Rasulullah saw mendidik kita. Walaupun dikasari, Rasulullah tetap berlembut dengan lelaki Arab tadi. Malah minta ditegur. Disitu kita lihat Rasulullah saw meraikan teguran.

Saidina Umar ra, siapa tidak kenal beliau, tegas, gagah, perkasa juga menerima teguran. Pernah satu ketika beliau ditegur oleh seorang peminum arak. Dan beliau menerima teguran tersebut. Maka orang yang melihat keadaan tersebut terasa pelik dan janggal. Jadi mereka bertanya "Wahai Amirul Mukminin, kenapa kau terima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?"

Apa jawapan Saidina Umar "Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tapi teguran dia kepadaku adalah benar." Lihat disitu, Saidina Umar menerima teguran seorang peminum arak.

Berilah Peringatan

Dari dua kisah diatas kita lihat bagaimana Rasulullah saw dan Saidina Umar ra menerima teguran dengan hati yang lapang. Rasulullah saw itu kekasih Allah. Saidina Umar itu Amirul Mukminin. Kedua-dua mereka nama besar dalam Islam. Kedua-dua mereka menerima teguran. Kita pula, siapalah kita ini, manusia biasa, yang hidup setiap hari tidak lepas dari melakukan dosa, maka tidak bolehkan kita menerima teguran. Siapalah diri kita sampai tak nak menerima teguran.

Seharusnya kita melihat teguran sebagai satu instrumen untuk membetulkan kembali apa yang salah, bukannya sebagai penjatuh kredibiliti kita. Melihat teguran dari sisi yang positif. Jangan lihat dari sisi yang negatif. Orang tak akan dapat memberi teguran kepada kita kalau dia tidak perhatikan kita dan sayangkan kita. Bila dia perhati, baru dia dapat lihat dimana kekurangan kita, maka dia tegur kita. Kenapa dia tegur, sebab dia nak betulkan kekurangan kita tu, kenapa dia nak betulkan kekurangan kita tu, supaya nanti kita ni nampak baik-baik sahaja. Kalau kita ni nampak baik-baik sahaja, bukankah makin ramai orang yang akan menyenangi kita. Kan bahagia kalau begitu. Makanya, berlapang dada dengan setiap teguran. InsyaAllah kita akan lebih tenang.

Sumber: Hilal Asyraf, Kembara Hamba Mencari Cahaya.

KISAH RAJA SAIF ZI YAZAN DENGAN ABDUL MUTALIB


"Saif bin Zi Yazan..Raja Saif bin Zi Yazan " akhirnya Abdul Mutalib menjawab...
"ooo...raja Saif Zi Yazan" jawab seorang dari kalangan yang sertai dalam rombongan itu.. rombongan yang membawa mereka untuk berjumpa dengan Raja Yaman itu.. Raja Yaman yang baru dilantik..

sesudah rombongan Abdul Mutalib sampai di Istana besar Raja Saif bin Zi Yazan...

Kehadiran rombongan mereka telah disambut dengan baik sekali..penuh mesra seperti terasa berada di negeri sendiri..

"tuan, paduka raja memanggil tuan mengadap" seorang pegawai istana datang berbisik ke telinga Abdul Mutalib semasa dia sedang menjamah makan jamuan petang. Tanpa bersoal panjang Abdul Mutalib beredar dari situ dan terus pergi berjumpa dengan Raja Yaman itu..

"tahukah kamu akan ada seorang pemimpin besar yang akan menjadi kemuliaan seluruh manusia di atas muka bumi ini...akan lahir seorang anak di Tihamah, dia mempunyai tanda di dua belikatnya, dia adalah pemimpin sehingga hari kiamat..."

Dialah Rasulullah saw...

Saturday, July 23, 2011

YA ALLAH..HANYA ENGKAU SAJA AKU PERCAYA..JAUHKAN AKU DENGAN INSAN YANG INGIN JAHAT PADAKU...

KENALI "ZIL QASSAH"




Zil Qassah adalah sebuah desa yang terletak di negeri Nejd juga. Desa ini letaknya sejauh 20 batu daripada Kota Madinah. Tetapi mengikut kata-kata Al-Majdu dan Al-Fairuzzzabadi bahawa desa Zil Qassah ini dengan Kota Madinah adalah sejauh satu barid iaitu satu hari perjalanan dari Rabzah ke Madinah.Desa ini ketika didiami oleh kaum Bani Thalabah ketika dahulu iaitu suku kaum Ghatafan.

Thursday, July 21, 2011

BIARLAH KAMI MATI YA RASULULLAH..ASALKAN DIRIMU SELAMAT..SEDIH SANGAT CERITA TENTANG PERJUANGAN PARA SAHABAT..

Abu Bakar:

Beliau orang pertama sampai ke hadapan Rasulullah, dan mendapati Talhah sedang bergelut mempertahankan Rasulullah. Bila beliau terkena anak panah dan sudah terlalu parah, kami pun meletakkannya ke sisi Rasulullah di mana Talhah jatuh rebah.

Abu Ubaidah:

Ketika itu, Rasulullah telah pun dipanah di dahinya hingga terbenam dua utas rantaian baju besinya ke dalam dahi Baginda, dan Abu Bakar cuba menarik keluar rantaian itu. Abu Ubaidah berkata:

“Aku pintalah wahai Abu Bakr, hal ini tinggalkan untuk ku seorang menguruskannya”.

Abu Ubaidah cuba mencungkilnya sedikit demi sedikit untuk tidak menyakiti Rasulullah, Akhir sekali beliau menggigit hujung besi yang tertikam itu, hingga terserpih gigi Abu Ubaidah. .



Abu Talhah:

“Bapaku dan ibuku korban untuk Rasulullah, janganlah tuan hamba memerhati sedemikian nanti Rasulullah akan terkena panah Quraisy, nah biarlah leherku ini menjadi benteng kepada leher tuan hamba”..

Abu Dujanah :

Beliau bertindak membentengi Rasulullah dengan belakangnya, gedang anak-anak panah musyrikin berpusu-pusu menikam belakangnya tanpa beliau menghiraukannya..

Hatib bin Abi Baltaah :

Beliau telah terpatah gigi depan memburu Utbah bin Abi Waqqas, sempat beliau memancung Utbah hingga tercerai kepala dari badannya terus beliau menawan dan merampas kuda dan pedangnya. Sebenarnya Saad bin Abi Waqqas begitu perihatin untuk membunuh saudaranya Utbah, tetapi tidak diizinkan Allah namun Hatib telah melaksanakan hasratnya itu.

Ummu ‘Ammarah:

Beliau berperang, dan sempat beliau menentang Ibnu Qami’ah bersama beberapa orang kaum muslimin, Ibnu Qami’ah telah menetak tengkok Ummu ‘Ammarah menyebabkan beliau luka parah namun sempat juga beliau memukul Ibnu Qami’ah tetapi oleh kerana beliau memakai baju besi jadi tetakannya tidak berkesan dan beliau terlepas lari, namun demikian Ummu ‘Ammarah terus berjuang, di hari itu beliau mengalami luka lebih dari dua belas tetakan..

Mus’ab bin Umair:

Panji Islam di tangan Mus’ab, beliau telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin hingga terputus tangan kirinya, sekali lagi beliau mempertahankan bendera Islam itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin, pembunuhnya ialah Ibnu Qami’ah yang menyangkanya Rasulullah, kerana beliau hampir menyerupai Baginda.


Wednesday, July 20, 2011

PEJUANG ISLAM TERHEBAT ZAMAN RASULULLAH SAW


Sahl bin Hanif:

Salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau telah memainkan peranan yang amat cemerlang dalam mengundurkan tentera musyrikin.

Qutadah bin al-Nukman:

Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya, Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji matanya, Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.

.Abdul al-Rahman bin Auf:

Beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.

.Malik bin Sinan:

Beliau menyedut buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami’ah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu, kata Rasulullah: “Luahkan darah itu”, jawab Malik: “Tidak”, sebaliknya beliau menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda: “Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malik bin Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.


LOKASI DAJJAL MENURUT RASULULLAH SAW..DAJJAL SUDAH MUNCUL


Dalam hadis yang sangat panjang yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab Shahaihnya, dikabarkan dari Fatimah binti Qais, dimana ia berkata:

“Aku mendengar seruan dari tukang seru Rasulullah untuk melaksanakan shalat berjama’ah, maka aku berangkat ke masjid dan shalat bersama Rasulullah. Aku shalat di shaf para wanita di belakang kaum laki-laki. Ketika shalat sudah selesai, Rasulullah duduk di atas mimbar, sambil tersenyum beliau berkata:
Demi Allah, sesungguhnya aku mengumpulkan kalian bukanlah untuk suatu kabar gembira atau kabar buruk, akan tetapi aku mengumpulkan kalian karena Tamim Ad Dari yang dahulunya seorang laki-laki pemeluk agama Nasrani, maka ia telah memeluk agama Islam dan membai’atku. Ia telah berkata kepadaku dengan suatu perkataan yang sudah pernah aku katakan kepada kalian tentang Al Masihuddajjal.

Ia mengisahkan perjalannya kepadaku, bahwa ia berlayar dengan sebuah kapal laut bersama 30 orang laki-laki dari kabilah Lakham dan Judzam. Kemudian mereka terombang-ambing oleh ombak (badai) selama satu bulan. Hingga tersebut terdampar pada sebuah pulau di tengah laut di arah tempat matahari terbenam. Lalu mereka semua duduk (istirahat) di suatu tempat yang terletak sangat dekat dengan kapal. Setelah itu mereka masuk ke dalam pulau tersebut, lalu mereka bertemu dengan seekor binatang yang berbulu lebat, sehingga mereka tidak dapat memperkirakan mana ekornya dan mana kepalanya, karena tertutup oleh bulunya yang terlalu banyak.

Maka mereka berkata: Celaka, dari jenis apakah kamu ini. Ia menjawab: Saya adalah Al Jassasah. Mereka bertanya: Apakah Al Jassasah itu? (tanpa menjawab) ia berkata: Wahai orang-orang, pergilah kalian kepada seorang laki-laki yang berada di biara itu. Sesungguhnya ia sangat ingin mendengarkan berita-berita dari kalian! Tamim Ad Dari berkata: Ketika ia telah menjelaskan kepada kami tentang laki-laki itu, kami pun terkejut karena kami mengira: bahwa ia adalah setan. Lalu kami segera berangkat sehingga kami memasuki biara tersebut, tiba-tiba di sana terdapat seorang manusia yang paling besar (yang pernah kami lihat) dalam keadaan terikat sangat kuat. Kedua tangannya terikat ke pundaknya serta antara dua lutut dan mata kakinya terikat dengan besi.

Kami berkata: Celaka, siapakah kamu ini? Ia menjawab: Takdir sudah menentukan bahwa kalian akan menyampaikan kabar-kabar kepada saya, maka kabarkanlah kepada saya siapakah kalian ini? Mereka menjawab: Kami adalah orang-orang Arab yang berlayar dengan sebuah kapal, tiba-tiba kami menghadapi sebuah laut yang sedang berguncang, lalu kami terombang-ambing di tengah laut selama satu bulan , maka terdamparlah kami di pulau ini. Lalu kami duduk di tempat yang terdekat dengan kapal, kemudian kami masuk ke pulau ini. Maka kami bertemu dengan seekor binatang yang sangat banyak bulunya, yang tidak dapat diperkirakan mana ekor dan mana kepalanya, dari banyaknya bulunya.

Maka kami berkata: Celaka, apakah kamu ini? Ia menjawab: Aku adalah Al Jassasah. (Tanpa menjawab) ia berkata: Pergilah kalian kepada seorang laki-laki yang berada di biara itu, karena ia sangat menginginkan berita-berita yang kalian bawa. Lalu kami segera menuju tempat kamu ini, maka kami terkejut bercampur takut karena mengira bahwa kamu ini adalah setan.

Ia (laki-laki besar yang teikat itu) berkata: Beritakanlah kepada saya tentang pohon-pohon korma yang ada di daerah Baisan. Kami berkata: Tentang apa yang ingin kamu tanya darinya? Ia berkata: Saya menanyakan apakah pohon-pohon korma itu tetap berbuah? Kami menjawab: Ya. Ia berkata: Adapun pohon-pohon korma itu, maka (sebentar lagi) hampir saja tidak akan berbuah lagi. Kemudian ia berkata lagi: Beritakanlah kepadaku tentang danau Tiberia. Mereka berkata: Tentang apakah yang ingin kamu tanyakan perihalnya? Ia bertanya: Apakah ia tetap berarir? Kami menjawab: Ya. Ia berkata: Adapun airnya, maka ia (sebentar lagi) hampir saja akan habis.

Kemudian ia berkata lagi: Beritakanlah kepada saya tentang mata air Zugar. Mereka berkata: Tentang apa yang kamu ingin tanyakan perihalnya? Ia bertanya: Apakah disana masih ada air dan apakah penduduk disana masih bertani dengan menggunakan air dari mata air Zugar itu? Kami katakan kepadanya: Benar, ia berair banyak dan penduduknya bertani dari mata air tersebut. Lalu ia berkata lagi: Beritakanlah kepada saya tentang Nabi yang ummi, apa sajakah yang sudah ia perbuat? Mereka menjawab: Dia telah keluar dari Makkah menuju Madinah. Lalu ia bertanya: Apakah ia diperangi oleh orang-orang Arab? Kami menjawab: Ya. Ia bertanya: Apakah yang ia lakukan terhadap mereka? Maka kami memberitahukan kepadanya, bahwa ia (Nabi itu) telah menundukkan orang-orang Arab yang bersama dengannya dan mereka menaatinya. Lalu ia berkata: Apakah itu semua telah terjadi? Kami menjawab: Ya. Ia berkata: Sesungguhnya adalah lebih baik bagi mereka untuk menaatinya dan sungguh saya akan mengatakan kepada kalian tentang diri saya, saya adalah Al Masihuddajjal dan sesungguhya saya hampir saja diizinkan untuk keluar. Maka saya akan keluar dan berjalan di muka bumi, dan tidak ada satu pun kampung (negeri) yang tidak akan kumasuki dalam waktu 40 malam selain Makkah dan Thibah. Maka kedua negeri itu adalah terlarang untuk saya, dimana setiap kali aku ingin memasuki salah satu dari kedua negeri itu, saya dihadang oleh seorang malaikat yang ditangannya ada pedang berkilau dan sangat tajam untuk menghambatku dari kedua negeri tersebut. Dan di setiap celahnya terdapat malaikat yang menjaganya.

Ia (Fatimah si perawi hadits) berkata: Rasulullah bersabda sambil menghentakkan tongkatnya di atas mimbar: Inilah Thibah, inilah Thibah, inilah Thibah (maksudnya kota Madinah). Bukankah aku sudah menyampaikan kepada kalian tentang hal itu? Orang-orang (para sahabat) menjawab: Benar. Beliau berkata: Saya tertarik dengan apa-apa yang dikatakan oleh Tamim Ad Dari, karena ia bersesuaian dengan apa-apa yang pernah aku sampaikan kepada kalian tentang Madinah dan Makkah. Bukankah ia (tempat dajal) terletak di laut Syam atau laut Yaman? Dimana Rasulullah mengisyaratkan tangannya ke arah Timur. Ia (Fatimah) berkata: Hal ini saya hafalkan dari Rasulullah.”
Riwayat Muslim dari Fathimah binti Qais dalam kitab Al fitan. Riwayat Ahmad dari Abi Hurairah dan ‘Aisyah. Riwayat Ibn Majah dari Fathimah dan riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan dari Jabir.

Tuesday, July 19, 2011

KRISTIAN YANG MIRIP ISLAM


DASAR-DASAR AJARAN KOS MIRIP ISLAM

1. KOS berpuasa bulan April, 40 hari (shaumil kabir) Untuk mengenang kesengsaraan Kristus.(Meniru Puasa Ramadhan)

2. KOS memiliki puasa sunnah Rabu & Jum’at (Meniru Puasa Senin Kamis Islam)

3. KOS wajib zakat 10% dari penghasilan kotor (Meniru Zakat Fitrah)

4. KOS mewajibkan perempuan berjilbab & jubah menutup aurat hingga mata kaki. Dan yang pria berpeci dan bersarung

Jilbab Kristen

5. Kitab Injil yang dipertahankan adalah terjemahan Injil Aramic-Arabic bahasa Indonesia.

6. Pengajian KOS juga menggunakan tikar (lesehan), (Meniru gaya tradisional Islam)

7. Cara Shalat persis Islam, hanya waktunya ada 7 yaitu sa'atul awwal (shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (Zhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam/tahajud).

Cara Shalat Krsiten

Imam Shalat Jamaah Kristen

Kitab Pasholatan Kristen

KOS menyusup ketengah masyarakat islam, dengan menyamar/menyerupai Islam

1. Mengadakan Musabaqoh Tilawatil Injil (MTI) dengan menggunakan Alkitab/Injil berbahasa Arab (Mirip MTQ Islam)

2. Mengadakan acara rawi dan shalawatan (Mirip pembacaan/pengajian syarah hadits)

3. Mengadakan acara Nasyid, bahkan namanya Islami “Amin Albarokah“ & Qasidah Kristen (lirik arab berisi injil)

4. Untuk menjadi pengikut KOS, jama’ah harus menjalani pembaptisan “Abuna Abraham Oo Men”.

6. Terlihat sangat santun & membiasakan berbahasa Arab (Ana, Antum, Syukron, dsb).

7. Membudayakan kaligrafi Kristen

Kaligrafi Krsiten


- Metodologi da’wah yang menyerupai umat Islam karena KOS berasal dari Syria.

- KOS tidak memakai 12 syahadat Iman Rasuli umat Kristen, diganti ”Qanun al-Iman al-Muqaddas”.

- Penggunaan istilah islami, seperti ”Sayyidina Isa Almasih” (Yesus).

- Mereka juga memakai Injil berbahasa Arab (Alkitab AlMuqaddas).

Kitab Kristen


- Prinsip ajaran KOS masih berputar sekitar masalah trinitas, adanya Tuhan bapak, tuhan anak dan tuhan ibu.

- Dan juga Yesus peranakan Maria, memiliki sifat insaniyah (sifat seperti manusia): tidak tahu musim, (Mar 11: 13), lemah (Yoh 5:30), takut (Mat 26:37), bersedih (Mat 26:38), menangis (Yoh 11:35), tidur (Mat 8:24), lapar (Mat 4:2), haus (Yoh 19:28),dsb.

Perbedaan Prinsip ajaran Islam dengan Kristen Ortodoks Syiria

1. Islam menolak ketuhanan Yesus (Qs. Al Maaidah 72) dan mendudukan sebagai nabi, sedangkan KOS mengakui Yesus sebagai Tuhan.

2. Islam berkeyakinan bahwa Tuhan itu tidak punya Ayah & Ibu (Qs. Al Ikhlash 3), sedangkan KOS berkeyakinan adanya Tuhan bapak, tuhan anak dan tuhan ibu. Maria sebagai Walidatul ilah (Ibu Tuhan).

3. Islam memegang teguh kesucian nama & sifat Allah: Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, Allah Maha Mengetahui, Maha Kuat, Mha Melihat, Tidak tidur dan tidak serpa dengan makhlukya, dan sebagainya. Sementara KOS tidak kuasa membendung kekurangan-kekurangan dalam sifat kemanusiaan Yesus yang tertulis dalam Alkiab.

Mengapa ini dilakukan oleh Kristen

- Karena agama Kristen Ingin berkembang pesat seperti Islam, walau tanpa (kristenisasi)

- Karena Kristen tidak ada kepastian cara peribadatan, hanya dari mitos, dongeng sebelum tidur

- Cara ini dibuat untuk mengkaburkan /menjebak secara halus perbedaan antara agama Islam dan Kristen

Gereja Kristen

Logo Organisasi Kristen


Dan tidak bisa dipungkiri lagi kejahatan berjubah, prostitusi berjilbab adalah umat yang menyamar ini/kristen demi membersihkan nama baik agamanya dan mengakui beragama Islam, demi memfitnah Islam?.

Dan Remaja-remaja yang alim atau berjilbab melakukan freesex mengikuti Valentine's Day (acara kristen) adalah remaja Kristen ?

Dan pelaku teroris adalah pelaku konspirasi yahudi kristen dan menyamar berjubah/cadar/janggut/aksesoris ala Islam?

Semua jadi sulit dibedakan mana lawan mana kawan

Oleh karena itu kita harus hati-hati sesuatu yang meyakinkan tampilannya, tetap berpegang pada Ajaran Islam yang murni (Sesuai sunnah-sunnah nabinya)

PANDAI-PANDAILAH BERBHASA ARAB, TAHU ARTINYA DAN TULISANNYA, INSYA ALLAH TIDAK TERJEBAK.


Monday, July 18, 2011

MIHRAB CINTA ALLAH II


Rasulullah saw bersabda :

"Sesiapa diantara kamu yang diizinkan Allah di saat dirinya berdoa maka Allah akan membukakan kepadanya pintu-pintu rahmat. Tidak ada sesuatu permohonan kepada yang lebih dicintai Allah selain permohonan kemaafan dan keselamatan di dunia dan akhirat.."

Sunday, July 17, 2011

DIMANA KEKUATAN ISLAM YANG HILANG


Menurut Saidina Umar
"Kami adalah kaum yang mulia dengan islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari islam, maka dia akan mendapat kehinaan di sisi oleh Allah"

Sayyid Qutb menjelaskan bahawa

"Faktor penting kepada kebangkitan agama Islam ialah Roh Al-Islam (The Spirit of Islam). Roh inilah yang mencetuskan kekuatan dalam diri seseorang mukmin. Seluruh hati nurani, akal budi diresapi dan dibentuk oleh ajaran Ilahi.. dan seluruh tindak tanduknya itu dikendalikan oleh iman dan taqwa hanya kepada Allah.."

Sebagai ummat Nabi Muhammad saw kita mestilah sayang kepada Rasulullah saw..bukan seperti Abu Jahal, Abu Lahab, dan Abu Talib yang sayang kepada Rasulullah saw di saat baginda dilahirkan di atas muka bumi ini..tetapi kita mestilah sayang kenapa Rasulullah saw dengan mengikut segala suruhan Nabi Muhammad saw, memperjuangkan apa yang dibawa oleh baginda dan ikhlas melakukan semuanya hanya kerana Allah..

AL-FATIHAH BUAT DR LO'LO

AL-FATIHAH BUAT DR LO'LO YANG BARU SAJA KEMBALI KE RAHMATULLAH..SEMOGA ROHNYA BERADA DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN..

MIHRAB CINTA ALLAH


“Barangsiapa yang mendapat peringatan dari Tuhannya,dan dia menghentikan perbuatan buruknya,maka yang lalu biarlah berlalu,dan urusannya menjadi urusan Allah.Tapi barangsiapa yang kembali melakukan perbuatan buruknya,maka mereka itulah penghuni neraka,kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah 275)

Saturday, July 16, 2011

ABU LAHAB DIRINGANKAN SEKSAAN SETIAP HARI ISNIN


Imam Al-Hafiz Syamsuddin Ibnul Jazari menulis didalam kitabnya URFUT TA'RIF BIL MAULIDISY SYARIF bahawa ada seorang ulamak bermimpi melihat Abu Lahab. Orang itu bertanya kepada Abu Lahab tentang keadaan dirinya, maka Abu Lahab berkata "aku sedang berada di dalam neraka kerana dosa-dosaku..tetapi seksaanku diringankan oleh Allah pada setiap menjelangnya hari ISNIN dan aku dapat meminum sedikit air dari celah-celah jariku"

Maka para ulamak menyatakan bahwa hal iini berlaku kerana abu Lahab merasa gembira dengan kelahiran Nabi Muhammad saw. Dengan "kegembiraan" yang dirasakan oleh Abu Lahab yang ikhlas lahir dari hatinya inilah yang membuatkan Allah telah meringankan segala seksaan Abu Lahab keatas dirinya sempena kelahiran Baginda Rasulullah saw yang telah dilahirkan pada hari Isnin...

Subhannallah Wallamdulillah Allahukahbar..Sesungguhnya Allah itu Maha besar...

Thursday, July 14, 2011

Cincin Rosmah RM24.4 juta- Chegu Bard


KUALA LUMPUR: Pendedahan siri pemborosan yang dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan beliau menghabiskan wang rakyat sebanyak RM24.4 juta hanya untuk sebentuk cincin.

Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, bukti pembelian cincin itu didapatinya melalui skrin sistem maklumat Kastam Diraja Malayasia (KDRM), yang tertera nama Rosmah sebagai pengimport daripada syarikat beralamat di New York.

Rosmah dikatakan membelanjakan RM24.4 juta hanya untuk membeli sebentuk cincin (Gambar Hiasan)

“Kita dapat maklumat daripada skrin KDRM yang ada nama Rosmah pembeli, justeru itu Rosmah kena jawab kerana hanya satu bentuk mutiara di cincin itu dengan RM24.4 juta.

“Cincin berkenaan jelas tertera butirannya, natural fancy blue gray cushion CV7 diamond ring daripada Jacob & Co,” kata Badrul yang lebih dikenali CheguBard.

Dalam pada itu, Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

“Mana dapat duit sebegitu rupa? Apa yang diberitahu menteri sebelum ini tiada belanjawan khas diperuntukkan untuk Rosmah. Cincinnya juga tidak dikenakan cukai.

“Saya tidak mahu teman Umnonya yang jawab, orang yang perlu jawab adalah Rosmah atau Najib sendiri,” ujarnya.

Katanya, ekoran pendedahan terbaru itu, beliau yakin Rosmah akan mengerahkan KDRM menghapuskan kesemua data mengenai urusan pembeliannya.

“Isnin ini akan ada arahan daripada Rosmah untuk siasat KDRM hapus data-data mengenai cincin, baju mewah dan pelbagai lagi,” kata beliau.

Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman.

sumber : http://www.keadilandaily.com/cincin-rosmah-rm24-4-juta-chegu-bard/

Wednesday, July 13, 2011

KHASIAT ISNIN DAN KHAMIS


Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Setiap hari Isnin dan hari Khamis, amal-amal manusia akan dipersembahkan dihadapan Allah SWT dan Allah SWT akan mengampuni mereka pada hari itu bagi orang yang tidak mensyirikkan sesuatu dengan Allah, kecuali seorang yang memusuhi akan saudaranya (orang ini akan kecewa dari pengampunan Allah). (Malaikat) akan mengatakan kepadanya: Tinggalkanlah kedua orang ini sehingga kedua-duanya bermaaf-maafan, tinggalkanlah kedua orang ini sehingga kedua-duanya saling bermaaf-maafan. (HR Muslim)

Tuesday, July 12, 2011

TOKOH WANITA ISLAM TERUNGGUL


Dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, berketurunan Umar Al-Khattab dan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Anak kepada seorang ulama' lulusan Al-Azhar. Pada permulaan beliau merupakan peuang aktivis Islam dan aktif di dalam pergerakan feminis dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir ( Egyptian Feminist Union ) yang diasaskan oleh Huda As-Syarawi pada tahun 1923. Pada tahun 1936 di usia 18 tahun, beliau menubuhkan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hall ehwal dan aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam.

Pada permulaan penubuhan Ikwanul Muslimin oleh As-Syahid Hasan Al-Banna, as syahid meminta beliau mengetuai bahagian wanita di dalam ikhwan namun beliau menolak tawaran tetapi menyatakan kerjasama . Namun setelah ikwan diharamkan pada 1948, Zainab Al-Ghazali telah berbaiah kepada As-Syahid Hasan Al-Bana untuk bersama memperjuangkan daulah Islamiyah. Malangnya pada As-Syahid Hasan Al-Bana telah gugur syahid dan kesedihan hati Zainab tercoret di dalam bukunya Hari-hari dalam Hidupku, beliau kemudian menyambung perjuangan Hasan Al Banaa di mana diganti oleh Hasan Al-Hudaibi. Walaupun ikhwan bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naseer sekitar tahun 150-1960 an.

Dalam temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, beliau berkata :

" Islam telah menydiakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya kebebasan, hak ekonomi,politik,sosial,hak awam dan juga persendirian. Islam memberikan hak wanita di dalam keluarga leibh daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga pagan tetapi di dalam Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam memberikan mereka semua hak-hak mereka. "

Monday, July 11, 2011

SUAMIKU SEORANG AKTIVIS DAKWAH



Seorang aktivis dakwah memerlukan isteri yang ‘tidak biasa’. Kenapa? Karena mereka tidak hanya memerlukan istri yang pandai merawat tubuh, pandai memasak, pandai mengurus rumah, pandai mengelola keuangan, trampil dalam hal-hal seputar urusan kerumah-tanggaan dan piawai di tempat tidur. Maaf, tanpa bermaksud mengecilkan, berbagai kepandaian dan ketrampilan itu adalah bekalan ‘standar’ yang memang harus dimiliki oleh seorang istri, tanpa memandang apakah suaminya seorang aktivis atau bukan. Atau dengan kalimat lain, seorang perempuan dikatakan siap untuk menikah dan menjadi seorang istri jika dia memiliki berbagai bekalan yang standar itu. Lalu bagaimana jika sudah jadi istri, tapi tidak punya bekalan itu? Ya, jangan hanya diam, belajar dong. Istilah populernya learning by doing.

Kembali kepada pokok bahasan kita.

Menjadi isteri kepada aktivis dakwah berarti bersedia untuk mempelajari dan memiliki bekalan ‘di atas standar’. Seperti apa? Berikut ini adalah bekalan yang diperlukan oleh istri aktivis atau yang ingin menikah dengan aktivis dakwah:

1. Bekalan Yang Bersifat Pemahaman (fikrah).

Hal penting yang harus dipahami oleh istri seorang aktivis dakwah, bahwa suaminya tak sama dengan ‘model’ suami pada umumnya. Seorang aktivis dakwah adalah orang yang mempersembahkan waktunya, gerak amalnya, getar hatinya, dan seluruh hidupnya demi tegaknya dakwah Islam dalam rangka meraih ridha Allah. Mendampingi seorang aktivis adalah mendampingi seorang prajurit Allah. Tak ada yang dicintai seorang aktivis dakwah melebihi cintanya kepada Allah, Rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Jadi, siapkan dan ikhlaskan diri kita untuk menjadi cinta ‘kedua’ bagi suami kita, karena cinta pertamanya adalah untuk dakwah dan jihad!

2. Bekalan Yang Bersifat Ruhiyah.

Berusahalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Jadikan hanya Dia tempat bergantung semua harapan. Miliki keyakinan bahwa ada Kehendak, Qadha, dan Qadar Allah yang berlaku dan pasti terjadi, sehingga tak perlu takut atau khawatir melepas suami pergi berdakwah ke manapun. Miliki keyakinan bahwa Dialah Sang Pemilik dan Pemberi Rezeki, yang berkuasa melapangkan dan menyempitkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki. Bekalan ini akan sangat membantu kita untuk bersikap ikhlas dan qana’ah ketika harus menjalani hidup bersahaja tanpa limpahan materi. Dan tetap sadar diri, tak menjadi takabur dan lalai ketika Dia melapangkan rezeki-Nya untuk kita.

3. Bekalan Yang bersifat Ma’nawiyah (mentalitas).

Inilah di antara bekalan berupa sikap mental yang diperlukan untuk menjadi istri seorang aktivis: kuat, tegar, gigih, kokoh, sabar, tidak cengeng, tidak manja (kecuali dalam batasan tertentu) dan mandiri. Teman saya mengistilahkan semua sikap mental ini dengan ungkapan yang singkat: tahan banting!

4. Bekalan Yang bersifat Aqliyah (intelektualitas).

Ternyata, seorang aktivis tidak hanya butuh pendengar setia. Ia butuh istri yang ‘nyambung’ untuk diajak ngobrol, tukar pikiran, musyawarah, atau diskusi tentang kesibukan dan minatnya. Karena itu, banyaklah membaca, rajin mendatangi majelis-majelis ilmu supaya tidak ‘tulalit’!

5. Bekalan Yang Bersifat Jasadiyah (fisik).

Minimal sehat, bugar, dan tidak sakit-sakitan. Jika fisik kita sehat, kita bisa melakukan banyak hal, termasuk mengurusi suami yang sibuk berdakwah. Karena itu, penting bagi kita untuk menjaga kesehatan, membiasakan pola hidup sehat, rajin olah raga dan lain-lain. Selain itu, jangan lupakan masalah merawat wajah dan tubuh. Ingatlah, salah satu ciri istri shalihat adalah ‘menyenangkan ketika dipandang’.

Akhirnya, ada bekalan yang lain yang tak kalah penting. Itulah sikap mudah memaafkan. Bagaimanapun saleh dan takwanya seorang aktivis, tak akan mengubah dia menjadi malaikat yang tak punya kesalahan. Seorang aktivis dakwah tetaplah manusia biasa yang bisa dan mungkin untuk melakukan kesalahan. Bukankah tak ada yang ma’shum di dunia ini selain Baginda Rasulullah?

Sunday, July 10, 2011

Ukhuwah adalah rahasia kekuatan dakwah kita


Sesungguhnya ukhuwah yang kami sebutkan hak-haknya, wahai Ikhwanul Muslimin adalah sebuah batu yang mampu menghancurkan gelombang konspirasi dan usaha menguasai dakwah kita yang penuh berkah ini, dan ia merupakan titik awal sebuah kemenangan.

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ. وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَكِنَّ اللهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ. يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللهُ وَمَنْ اتَّبَعَكَ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka Sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan Para mukmin, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana. Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mukmin yang mengikutimu”. (Al-Anfal:62-64)

Wahai Ikhwanul Muslimin: Sungguh nabi saw telah memaklumatkannya dengan jelas dan gamblang:

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيث، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَحَاسَدُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

“Jauhilah kalian akan buruk sangka, karena buruk sangka adalah sedusta-dusta ucapan, dan janganlah kalian saling menduga-duga, jangan saling mengintai, jangan saling hasad, jangan saling berkonspirasi, jangan saling benci (marah), namun jadilah kalian hamba Allah yang saling bersaudara“. (Muttafaq alaih).

Umat Islam di masa awal memahami dari Islam akan makna ukhuwah ini, merasuk dalam aqidah dan agama Allah secara kekal akan perasaan cinta dan bersatu serta berkasih sayang, dan fenomena yang paling mulia adalah ukhuwah dan ta’aruf, sehingga seakan mereka menjadi sosok yang satu, satu hati, satu tangan, maka Allah pun mewujudkan pada mereka kemenangan, kemuliaan dan kejayaan.

Karena itulah, marilah kita berpegang teguh pada ukhuwah yang kekal ini yang niscaya tidak akan sirna sekalipun dunia akan hancur, sekalipun hari-hari akan hilang dan berlalu namun ukhuwah akan tetap kekal sepanjang masa, dan hendaklah kita terus memelihara dan berambisi untuk menunaikan hak-hak ukhuwah ini, merasakan nilai-nilainya, menjaga wirid Rabithah setiap hari. Semoga Allah tetap bersama kalian dan tidak menyia-nyiakan perbuatan kalian.

wibiya widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP