Powered by Blogger.
"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Friday, March 25, 2011

Mutabaah Bukan Amal Kosong!

Cuti dan rehat...mutabaah amal macam mana?

Mutabaah pun nak rehat juga!

Astaghfirullah. Teringat disaat liqa' kami. Bersama murobbi dan ikhwah tercinta. Soal mutabaah amal tidak pernah ada noktahnya. Kalau yang kurang akan ditambah, yang sedia ada akan di upgrade lagi. Itu bila kami bersama, ukhuwwah dan bi'ah solehah mengikat hati-hati ini, merumpunkan dalam segelung nilai tarbiyyah.

Namun jiwa kita tetap manusiawi. Iman kita ada naik dan turunnya. Bila lagi ikhwah berjauhan, urusan tarbiyyah tergendala bak berkurun lamanya, biarpun hanya seminggu dua pada hakikatnya. Maka soalnya pada mutabaah kita. Bukan pada amal, tapi pada pelaksana iaitu kita sendiri.

Mutabaah bukan amal nilai kosong.

Bila musim exam ada alasannya. Bila cuti dan masa terluang pun ada juga alasannya!

Sampai bila nak maju bro!?

Disaat dan ketika ini, yang perlu adalah muhasabah diri pada apa disandarkan iman dan amal kita. Pada bi'ah? Pada ukhuwwah? Pada murobbi?

Biarlah amal itu bersandar pada iman. Iman kita subur dengan gerak kerja da'wah, bila segala-galanya hanya untuk da'wah. Dengan itu amal berkadar terus seiringan kekuatan iman. Usah lagi risau dengan kekontangan amal, andai iman sentiasa dibasahi dengan tarbiyyah, disuburi dengan gerak yang tidak pernah ada putusnya.

Da'wah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka berIMAN dengan Allah dan akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan RasulNya...

[Syeikh Abul al-'Ala al-Maududiyy]


Mutabaah bukan amal kosong. Mutabaah amal perlu menjadi benih yang menyuburkan rasa istiqomah, meningkatkan darjat mujahadah.

Rasa sunyi tidak patut membuatkan amal goyah. Kiranya betul imannya, maka akan betul caranya. Masakan uzlah itu satu pengesyoran membaik pulih amal, padahal uzlah menuju kesunyian, tapi pada kebenarannya ia membina riuhnya iman.

Belum lagi cuti, tapi rasa risau. Bukan risaukan mutarobbi sahaja, tapi lebih-lebih lagi pada diri sendiri.

Akhi! tarbiyyah zatiyah mesti on selalu. Ingat tu, TZ!


Mutabaah bukan amal kosong. Isinya mutabaah amal itu adalah jawapan kepada persoalan, untuk apa aku hidup dalam tarbiyyah? Itu hasilnya liqa' tarbawi yang kita selusuri, yang kita perah untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak, liqa' kita hanya tidak lari seperti kelas-kelas agama, duduk-duduk, sembang-sembang. Tiada manfaat. Catitan mutabaah amal sekadar catitan kedatangan yang tiada ertinya.

Jauh di sudut hati, kita tanam cita-cita tinggi. Jadikan cuti ini manfaatnya bukan pada perut-perut yang bakal kekenyangan, pada mata-mata yang lagha dengan tatapan hiburan dan nafsu. Tapi cuti ini satu medan amal yang luasnya perlu diisi dengan kesungguhan!

Fastaqim kama umirta... Hembusan satu azam. Dengan izinNya.



'Hammuka ala qadari ma ahammak'

'Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan'

Wednesday, March 23, 2011

JANGAN GANGGU DEMOKRASI DI KAMPUS

Jangan ganggu demokrasi di kampus
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Persidangan Dewan Rakyat hari ini didedahkan dengan beberapa penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya kampus (PRK) di beberapa buah universiti baru-baru ini, terutama di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Antara penyelewengan yang berlaku di UM termasuklah penggantungan kemenangan dua calon Pro Mahasiswa (Pro-M) sehingga 23 hari yang terdiri daripada Mastura Abu Bakar dan seorang calon berketurunan Cina.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria (kiri) ketika membangkitkan perkara itu berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas bertentangan dengan peraturan yang terdapat dalam Buku Tata Tertib yang digunakan oleh pihak pentadbiran UM sendiri.Â

Menurut beliau, perkara seperti itu tidak boleh dibiarkan kerana ia bukan sekadar mengganggu perjalanan demokrasi kampus, tetapi juga memperlihatkan sikap pihak pentadbiran universiti yang tidak adil dalam pengurusan PRK di IPT. Â

"Kalau mereka benar-benar bersalah, sudah sepatutnya mereka menerima tindakan, tetapi kejadian yang berlaku itu jelas memperlihatkan tindakan yang tidak sepatutnya yang dikenakan kepada mereka," katanya ketika bertanyakan soalan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.Â

Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi supaya campur tangan bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi dalam PRK di IPT pada masa akan datang.Â

Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (kanan) ketika mencelah turut menyuarakan kekesalannya dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya berlaku di UPM dalam PRK universiti itu baru-baru ini.Â

Kejadian yang berlaku itu berpunca dari campur tangan pihak pengurusan UPM dalam PRK universiti itu yang jelas memihak kepada pihak lawan Pro-M, sehingga menjadikan PRK itu juga turut memperlihatkan ketidakadilan kepada parti-parti yang bertanding.Â

Akibatnya, pihak yang menjadi mangsa terpaksa berhempas pulas mempertahankan kemenangan mereka yang dinafikan oleh pihak pentadbiran UPM sehingga mencetuskan beberapa kejadian tidak diingini.Â

Namun yang dikesalinya, pelajar-pelajar itu pula yang dipersalahkan, walaupun semua itu berpunca dari sikap pihak pentadbiran UPM sendiri yang tidak adil kepada mereka.Â

Beliau berharap Kementerian Pengajian Tinggi mengambil perhatian serius berhubung kejadian itu agar ia tidak berlaku lagi dalam PRK UPM pada masa akan datang.Â

Saifuddin ketika menjawab pertanyaan itu antara lain menegaskan Kementerian Pengajian Tinggi akan memantau perkara itu bagi memastikan perjalanan PRK di IPT berlangsung dengan baik pada masa akan datang.Â

Ketika mencelah balik, Nasir turut mengingatkan pihak Kementerian Pengajian Tinggi agar tidak hanya sekadar berjanji untuk memantau dengan baik perkara itu, tetapi turut melakukan tindakan-tindakan yang sepatutnya bagi memastikan PRK di IPT benar-benar demokratik sejajar dengan amalan demokrasi di negara kita

wibiya widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP