Powered by Blogger.
"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Saturday, February 26, 2011

API NERAKA MENURUT HADIS RASULULLAH.....


"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Api neraka itu dinyalakan hingga 1000 tahun hingga menjadi merah, kemudian dinyalakan di atasnya selama 1000 tahun hingga menjadi putih, kemudian dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam, maka ia menjadi hitam dan gelap.”
(HR. Tirmidzi)

Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
”Apimu ini (api di atas dunia ini) adalah satu bahagian dari 70 bahagian api Jahannam. Kalau sahaja ia tidak dipadamkan dua kali tentulah kamu tidak dapat memanfaatkannya, dan ia berdoa kepada Allah agar ia tidak dikembalikan ke dalam neraka.”
(HR. Ibn Majah)

Ka’bah Al-Ahbar berkata: ”Demi Allah, yang nyawaku berada di tangan-Nya, seandainya engkau berada di timur dan api neraka berada di barat, kemudian ia disingkapkan, nescaya otakmu akan keluar dari ke dua lubang hidungmu kerana sangat panasnya. Wahai orang-orang beriman, apakah kamu merasa tenang dengan kenyataan ini? Apakah kamu akan tahan dengan kenyataan ini? Wahai orang-orang yang beriman, sebenarnya mentaati Allah lebih ringan dari seksaan ini, oleh itu , taatilah Dia.”

Diriwayatkan bahawa Allah S.W.T. mengutuskan malaikat Jibril kepada Nabi Adam a.s. supaya memperoleh sedikit api dan diberikan kepada Nabi adam a.s. agar ia mudah memasak makanan. Maka datanglah Jibril kepada malaikat Malik, lalu malaikat Malik bertanya: ”wahai Jibril apakah yang engkau kehendaki dari neraka ini?”
Pertanyaan malaikat Malik itu dijawab oleh malaikat Jibril: ”Wahai Malik, berikanlah aku api dari neraka itu agak sebesar buah kurma.” Maka berkata Malik: ”Wahai Jibril, jika sebesar kurma aku keluarkan dari neraka itu, maka akan hancurlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi kerana panasnya.”
Mendengar keterangan dari malaikat malik, Jibril lalu pergi menghadap Allah S.W.T seraya berkata: ”Ya Allah, berapa besar api yang akan aku ambil dari neraka untuk diberikan kepada Adam?” Kata Allah: ”Ambillah sebesar debu.” Lalu malaikat Jibril mengambil api neraka itu sebesar debu dan di bawa turun ke dunia untuk diberikan kepada Adam. Sebelum diserahkan kepada Adam, api neraka itu dicelup ke dalam sungai sebanyak 70 kali.
Lalu Jibril pun meletakkan api itu diatas bukit yang tinggi, maka bukit itu pun hancur luluh dan bahangnya ditinggalkan, sedangkan api neraka sebesar debu itu dikembalikan oleh Jibril ke neraka semula.

Dalam riwayat lain pula di katakan, bahawa Jibril pernah berkata kepada Rasulullah S.A.W. ”Demi zat yang menguruskan dengan hak seseorang Nabi, sekiranya neraka itu dibuka sebesar lubang jarum ke arah matahari terbit, sungguh akan terbakarlah manusia yang ada di bumi kerana sangat panasnya. Andaikata pakaian ahli neraka digantung antara langit dan bumi, maka akan matilah seluruh penghuni bumi kerana panasnya. Andaikata ada satu hasta rantai yang Allah sebutkan di dalam al-Quran itu di letakkan di atas gunung, nescaya kan tembuslah guning itu hingga ke dasar bumi yang tujuh.

Original Article From:
Ikhwanul

Thursday, February 24, 2011

SAJAK BUAT SUAMIKU...


♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

*Sebuah Note kiriman dari seorang sahabat*

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku....

Entah dengan apa ku harus menggambarkan segala rasaku padamu...

Tak cukup dengan untaian kata,dan barisan kalimat indah...

Tak mampu tergambar dengan pewarna apapun, semuanya terlalu indah...

Tak kan ada kanvas yang mampu membingkai semua warna tentangmu...

Karena kau begitu indah disini....dihatiku....

Tahukan betapa besar rasa syukurku,ketika Allah memilihku untuk menjadi pendampingmu...

Tak pernah ku merasa cukup mensyukuri nikmat itu...

Betapa bahagiaku ketika kau memilihku diantara sekian banyak bidadari yang jauh lebih indah di luar sana...

Kau tau dengan sangat tahu,aku hanya wanita dengan segala keterbatasan dan kau tetap memilihku...

Duhai Lelaki Pilihan Allah Untukku...

Tahukah engkau betapa buncahahan di dada ini seakan ingin meledak,membawaku ke awan yang hanya mampu ku ekspresikan dengan airmata...

Ketika dari lisanmu kau sebut namaku dalam lantunan ijab kabul yang suci...

Ketika itu pula ku abdikan diriku padamu,dengan segala ketundukan yang kumiliki...

dan Kau tau,bahwa akan ku patuhi inginmu selama tak bermaksiat pada Sang Maha Kasih,Robbul 'izzati....

Duhai Lelaki ku, penghìas mata dan hatiku...

Tak pernah ku lalui tiap hari, tiap jam, tiap detik kecuali kulalui hanya dengan jatuh cinta padamu...

Tak akan pernah berkurang rasa ini padamu,karena disini di hati ini kaulah yang terindah...

Dan akupun berharap dengan segala kekuranganku,kau sudi menjadikanku perhiasan terindah di mata dan hatimu...

Aku tau,diri ini tak jelita dan tak se cerdas Aisyah,apalagi setaqwa Khadijah, Namun sungguh ku akan mencintaimu seperti mereka,cinta yang terbingkai atas nama~NYA...

Duhai Pelipur Laraku...

Aku pun tahu betapa lelah dan penat harimu,bergelut dengan rutinitas kerjamu...

Kau lalui dengan penuh keikhlasan demi aku,demi anak~anak kita, demi kami amanahmu dari~NYA...

Sungguh,ketika kau lelap dalam tidurmu,aku menangis menatapmu dlm wajah lelahmu...

Betapa ku hargai tiap tetesan keringatmu, bukan berapa banyak yg telah kau beri,namun berapa banyak cinta dalam tiap tetes keringatmu,dalam tiap lelahmu... Dan aku selalu merasa cukup dengan itu...

Duhai Cintaku, Labuhan Hatiku..

Gandeng tanganku ke Jannah~NYA...

Jangan segan membangunkanku di 1/3 malam terakhir, bersama kita mengarungi samudra cinta~NYA dalam lautan dzikir...

Jangan pernah segan menegurku dalam tiap khilafku,aku adalah wanita biasa,ada kalanya ku berbuat salah padamu,maka bersabarlah padaku,jangan membentakku atau membiarkanku..

Kau tau aku adalah kaum yg tercipta dari tulang rusuk yang paling bengkok...

Ada kalanya aku akan membuatmu begitu marah,maka ketahuilah olehmu bahwa DIA menghendaki kau menasehatiku dengan hikmah,

Sungguh hatiku tetaplah wanita yang lemah pada kelembutan,namun jangan kau coba meluruskanku, krn aku akan patah, tapi... Jangan pula membiarkanku begitu saja,karena akan selamanya aku salah...

Tatap mataku dengan cintamu,

genggam tanganku dan nasihati aku dengan lembut...

Niscaya kau akan menemukanku tersungkur menangis dalam pangkuanmu... Dan maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku...

Duhai Kasihku Dunia Akhirat...

Kau adalah nahkodaku, kemana kau mengarahkan haluan rumah tangga kita,di situ pula aku akan mengikutimu...

Maka jadilah Imam yang baik untukku, Ajarkan aku mencintaimu Karena~NYA...

Ridholah padaku, maka Rabb kitapun akan ridho padaku...

Sesungguhnya Ridhomu adalah Ridho Illahi....

Mudahkanlah jalanku ke Jannah~NYA...

Karena bagiku kau adalah kunci Syurgaku...

Dari Ummu Salamah, Ia berkata :Rosululloh SAW bersabda "Seorang perempuan jika meninggal dan suaminya meridhoinya maka ia akan masuk Syurga"

Sungguh, cintaku padamu akan bertambah seiring ketakwaanmu pada~NYA,

dan akan berkurang dengan kemaksiatanmu pada~NYA...

"Aku mencintaimu karena Allah.."

Semoga bermanfaat

Oleh:Admin Muslimah Sholehah

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas, semuanya milik bersama

Bagi sahabat2 Muslimah Sholehah

yang berminat dan bersedia memberikan ilmunya berupa catatan,

puisi, doa dan kisah yang dapat menambah keimanan kita,

silahkan hubungi admin Andhika Al-Banjari Mtp

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik

✩ B uang yang buruk

✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

Sunday, February 20, 2011

BOB LOKMAN SERTAI PAS

Pengumuman artis terkenal, pengacara, penulis lirik dan bekas pengkritik tetap Raja Lawak 5iaitu Bob Lokman (foto) menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) sesungguhnya sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak. Malah kehadirannya dalam beberapa program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini banyak menimbulkan tanda tanya peminat hiburann tanahair. Namun, segalanya terjawab apabila Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut,Kedahsemalam. Pengacara rancangan "Teksi Tunai" Astro itu menyerahkan borang keahliannya kepada YAB Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. Kemasukan beliau ke dalam PAS menyebabkan ramai pemimpin UMNO "kecut perut" sebenarnya. Ini kerana artis itu punyai ramai peminat yang terdiri dari kalangan generasi muda. Kemasukannya ke dalam PAS membuktikan parti itu kini mula diterima oleh golongan artis. Sebelum ini PAS mempunyai Ustaz Akhil Hayy, kemudian Ringgo Arrow dan kini diikuti oleh Bob Lokman. Cuma yang masih dinantikan ialah pengumuman rasmi oleh Amy Seacrh sahaja yang dipercayai telah bersama perjuangan parti PAS sejak kebelakangan ini.


Ustaz Azizan Razak gembira mengangkat borang keahlian PAS Bob Lokman

Ribuan ahli pemuda PAS mendengar ceramah pertama oleh Bob Lokman
Soalnya sekarang pasti ramai pemimpin dan para penyokong UMNO BN yang "gila meroyan" melihat penyertaan Bob Lokman ke dalam PAS ini terutamanya Setiausaha Agung UMNO si Tengku Adnan Tengku Mansor. Tambahan pula, dalam kenyataan terbarunya beliau jelas memperli Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Matkononnya risau akibat parti itu kini hilang sokongan orang-orang Melayu. Nampaknya, kenyataan itu meleset sama sekali sekarang. Bukan orang Melayu biasa yang mula bersama PAS tetapi golongan artis juga. Malah, Bob Lokman dalam kenyataannya mengatakan dia menyertai PAS kerana Islam dan Nik Aziz sendiri. Sungguh sayu melihat penarikan diri Bob Lokman dari menjadi Pengkritik Tetap Raja Lawak 5 awal tahun ini.


[Beliau mengundur diri sambil memberi tazkirah dengan cara terhormat kepada semua peminat dan peserta Raja Lawak itu sendiri. Ramai yang panik dan terkejut dengan tindakan tersebut. Sangkaan kita dia sengaja buat gimik, rupa-rupanya Bob Lokman memang ingin kembali kepada landasan perjuangan Islam yang sebenar. Jika sahabatnyaAllahyarham Din Beramboi pergi ke rahmatullah ketika di puncak kejayaan maka kini Bob Lokman juga pergi ke perjuangan Islam ketika di puncak kejayaannya dalam industri hiburan. Sesuatu yang wajar dihormati oleh semua pihak sebenarnya. Tahniah dan syabas diucapkan kepadanya atau keberanian beliau membuat tindakan hebat ini].

Friday, February 18, 2011

PARIS HILTON LAGI...NIE DIA CERITA SEBENAR TENTANG PARIS HILTON MASUK ISLAM

Paris Hilton masuk islam?? anda percaya....nie dia cerita sebenar....JOM KE LINK INI UNTUK TAHU CERITA SEBENAR....

Wednesday, February 16, 2011

PARIS HILTON MASUK ISLAM????

Paris Hilton Masuk Islam?

Selebritis Amerika, Paris Hilton telah masuk Islam. Hal ini dinmaklumkan oleh jurucakanya, Ian Brinkham, melalui CBS News.

“Dia memikirkan hal tersebut dalam beberapa waktu dan ketika ia dipenjarapada tahun 2007, dia menemui beberapa orang yang telah memeluk islam ” Ujar Brinkham.

Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah memutuskan untuk menghindari kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas. Ketika bercakap dari pusat pendidikan Islam di Jeddah,d ia berkata: “Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenal sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah.."

Paris Hilton merancang untuk kembali ke Los Angeles minggu depan untuk mulai mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang begitu gemilang

“Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yag wajib dianuti, dan saya akan menyebarkan ayat ayat Al-Quran kepada semua orang, “kata Paris Hilton bersemangat.

Paris Hilton juga merancang untuk mengubah namanya menjadi ‘Tahirah’. Perkataan dalam bahasa Arab yang bererti’murni, atau suci’
sumber


Sumber: Paris Hilton Masuk Islam? | MalaysiaSensasi.Net

Tuesday, February 15, 2011

SAMPAIKAN WALAUPUN SATU AYAT

Hadith:
"Sampaikan dariku walau satu ayat...dan
barangsiapa berdusta keatasku maka siaplah tempatnya di neraka"

Berkata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin `Ali bin Ibrahim Al-Maliziy Al-Sakandary: telah menceritakan kami dari Al-Syaikh Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary , beliau berkata: telah mengkhabarkan kami Al-Syaikh Mahir Yasin Al-Fahl melalui ijazah katanya telah mengkhabarkan kami Al-Duktur Basyar `Awwad Ma'ruf dari Al-Syaikh `Abd Al-Fattah Abu Ghuddah dan dia meriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf Al-Kaafi dari Al-Shihab Ahmad Al-Rifa'iy dari Mustafa Al-Muballidh dari Muhammad bin Muhammad Al-Amir Al-Kabir dari Abi Al-Hasan `Ali Al-Sai'di dari Muhammad Al-Bulaidiy dari Al-Ajhuri dari Muhammad bin Qasim Al-Buqri dari pakciknya Musa bin Ismail Al-Buqri dari Abd Al-Wahab bin Ahmad Al-Sya'raniy dari Zakaria bin Muhammad Al-Ansariy dari `Abd Al-Rahim bin Muhammad ibn Al-Farat dari `Umar bin Hasan bin Mazyad bin Amilah dari `Ali bin Ahmad Al-Sa'di dari Ibn Thabarzad dari Abi Al-Fath `Abd Al-Malik bin `Abdullah Al-Karrukhi, dari Abi `Amir Mahmud bin Al-Qasim bin Muhammad Al-Azdiy dari Abd Al-Jabbar bin Muhammad Al-Jarrahi dari Abi `Isa Muhammad bin `Isa bin Sawrah Al-Tirmizi katanya: telah menceritakan kami Muhammad bin Yahya telah menceritakan kami Muhammad bin Yusuf dari Ibn Thauban iaitu beliau ialah Abu `Abdulrahman bin Thabit bin Tahuban dari Hassaan bin `Athiyyah[1] dari Abi Kabsah Al-Salusi dari `Abdullah bin `Amr katanya

telah bersabda Nabi Salla Allahu ta ala alayhi wa Sallam : "sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritalah (sebutlah) apa yang dari Bani Israil tiada apa, dan barangsiapa yang berdusta keatasku (dengan sengaja) maka siaplah tempatnya duduknya di neraka"

kata Abu Isa: Hadith ini Hasan Sahih, telah menceritakan kami Muhammad bin Basyar telah menceritakan kami Abu `Asim dari Al-`Auzaie dari Hassan bin `Athiyyah[1] dari Abi Kabsah Al-Salusi dari `Abdullah bin `Amr dari Nabi sepertinya, dan ini Sahih

dan berkata Al-Syaikh Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary: ianya adalah seperti yang disebut, hadith sangat Sahih.

[1] kata guru kami Al-Syaikh Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Skandary: "telah silap akan Ahmad Syakir apabila menyatakan bahawa Hassan bin `Athiyyah meriwayatkan dari Sahabi, yang benarnya adalah Hassan bin `Athiyyah tidak meriwayatkan dari Sahabi tetapi dari Kibar Al-Tabiin"

kata Abu Ismaaeel Muhammad Fathi bin `Ali bin Ibrahim Al-Maliziy Al-Sakandary: aku mendengar hadith ini dari guruku Syaikh Abu Muhammad Ahmad Muhammad Shihatah Al-Alfy Al-Sakandary ketika majlis sama' hadith Sunan Al-Tirmizi di Masjid Imam Al-Bukhari,`Asafrah, Iskandariah, Mesir


Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL


SALAM MAULIDUR RASUL...SEMPENA MAULIDUR RASUL INI
MARILAH KITA SEMUA BANYAKKAN SELAWAT KEPADA
BAGINDA...

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI SEGALA
PERJUANGAN KITA...DAN BANTU KITA DALAM PERJUANGAN KITA DALAM
MENEGAKKAN ISLAM DI DUNIA INI....
AMEEN.....

SAMPAIKAN WALAUPUN SATU AYAT

Hadith:
"Sampaikan dariku walau satu ayat...dan
barangsiapa berdusta keatasku maka siaplah tempatnya di neraka"


Saturday, February 12, 2011

AKHIRNYA HOSNI MUBARAK BERUNDUR

Maklumat yang dikutip melalui media-media yang boleh dipercayai tapi masih belum terbukti kesahihannya. Kerajaan Malaysia, melalui pasukan Tentera Udara diRaja Malaysia (TUDM) dan lain-lain akan membawa pulang para pelajar yang menuntut di wilayah bergolak Mesir. Rancangan evakuasi juuga melalui kapal khas Bunga Mas 5 para penuntut akan dibawa pulang terus atau dipindahkan ke negara terdekat (mungkin Jeddah).

Setakat entry ini ditulis, ada beberapa laporan mengenai penuntut di sana selamat sampai ke tanah air melalui penerbangan Gulf Air dll. menerusi inisiatif mereka sendiri. Bagi yang masih terperangkap dalam krisis antara golongan rakyat dengan kerajaan pimpinan Presiden Mesir Hosni Mubarak, aku berharap mereka dapat keluar dari kemelut itu.

Sementara itu, Presiden Hosni Mubarak memberi kata putus bahawa beliau akan berundur September ini namun akan berusaha mengembalikan ketenangan di bumi Mesir sebelum berundur. Perkara ini masih belum dapat meredakan ketegangan di jiwa rakyat Mesir, keadaan masih lagi tidak berpuas hati dengan keputusan beliau (Mubarak) itu.

Di masa yang sama, Washington dikatakan memberi tekanan yang kuat buat Mubarak untuk berundur bagi memberi peluang kepada rakyat Mesir memilih pimpin mereka yang baru. Apa yang aku dapat simpulkan di sini, Amerika masih lagi menguasai jatuh bangun sesebuah negara besar dengan kuasa tenteranya dengan bantuan yang didalangi oleh segala kejahatan di dunia (Zionis).

Komunikasi di sana kembali pulih di beberapa kawasan. Bagi para keluarga di Malaysia yang terputus hubungan dengan sanak saudara mereka di sana diminta untuk menghubungi pihak-pihak berwajib yang mengendalikan proses evakuasi ini. Sentiasa peka dengan kedudukan antara ahli keluarga mereka di sana dan tindakan susulan kerajaan kita di sini.

laporan asal: dailymail, krisis mesir, nasib rakyat kita

JANGAN BUAT BENDA HARAM!!!!!



JANGAN SAMBUT VALENTINE DAY'S
HARAM!!!

JANGAN BIARKAN ALLAH MURKA DENGAN ANDA..
BAGI TAHU KAWAN-KAWAN YANG LAIN...

JAZAKILLAH..

72 NEGARA TELAH MELAWAT BLOG SAHABAT RAUDHAH


Alhamdulillah...selama Blog sahabat raudhah dibuka selama hampir setahun...telah banyak lawatan dari pelbagai negara...iaitu 72 negara...alhamdulillah...semoga islam dapat di sebarkan ke seluruh pelusuk dunia..insyaALLAH...sampaikan walaupun hanya sepatah ayat...
syukran jazilan kepada semua yang sudi melawat....

Friday, February 11, 2011

INI LANGKAHKU...SELAMAT BERJUANG WAHAI DIRI KU SENDIRI


Aaa… Ini langkahku Aaa… Terus melaju Aaa… Ini langkahku Aaa… Bangkitkan jihad

Ini langkahku yang kan kuayun Walaupun payah tak akan jera Ini langkahku kan terus melaju Setegar karang bangkitkan jihadku Aral rintangan datang menghadang Tapi syurga di bawah kilatan pedang Hancurkan kedzaliman Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang Dengan Al-Qur’an menjadi pedoman Hembuskanlah angin pembaharuan Karena kita khalifaturrahman

Tajuk Nasyid : Ini Langkahku Artis : Shoutul Harokah Album : Ini Langkahku

Wednesday, February 9, 2011

SEIMBANGKAN PELAJARAN DAN AGAMA BARU CEMERLANG


Tips yang cikgu ingin kongsikan ..

Hayati beberapa panduan berikut untuk jadi pelajar yang cemerlang.
1. Mesti ada Target
- Buat Target yang ingin anda capai..5A,7A,9A..?
2. Tahu apa yang perlu untuk capai Target
- Bagaimana caranya..? Siapa yang boleh Bantu kita..?
3. Fahami Target supaya tidak tersasar
- Tumpuan kepada kelemahan diri sendiri..
4.Hubungan Baik dengan Guru
- Keberkatan ilmu yang ditimba bila guru kita turut mendokan kejayaan kita..
5.Hubungan Baik dengan Ibu Bapa
- Restu dan Doa Ibu Bapa amat penting supaya kita dipermudahkan dan dilindungi..
6.Menjaga Amalan
- Amalan Dunia dan Akhirat perlu seimbang seperti sembahyang..jaga kesihatan.
7.Berdoa
- Memohon dan minta lah dari Allah s.w.t insya Allah akan berjaya.


RUJUKAN :

http://haslinahussein.wordpress.com/2010/05/04/bagaimana-nak-jadi-pelajar-cemerlang/

HATI MELAMBAGKAN PERIBADI


"Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat".

(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya" .

(Riwayat Muslim)

Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Bukanlah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat".

(Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya

(RiwayatAt-Tirmizi)

Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang

bermaksud:

'Agama ituialahnasihat" .Adayangberkata "untuksiapa ya Rasulullah. Sabdanya "untukailah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka'.

(Riwayat Bukhari)

Friday, February 4, 2011

MUHASABAH DIRI SENDIRI...




Assalamualaikum buat semua pelawat2 yang setia mengunjungi blog sahabat raudhah....alhamdulillah sekali lagi Allah izinkan jari2 ini menulis untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada di dalam dada....

Dalam kesibukan kita dalam berdakwah...kita mesti lah selalu juga muhasabah diri kita.... adakah apa yang kita buat semua kerana Allah atau kerana kita ingin terkejar-kejar dalam mengumpul sebanyak mana ilmu...untuk kita gunakan ilmu kita untuk menunjuk-nunjuk yang kita hebat....

Muhasabahlah diri kita....duduk dan menangislah kerana ALLAH...

tidak mahu menulis panjang...mari kita semua MUHASABAH diri...semoga ALLAH merahmati segalanya.......INSYAALLAH...

Thursday, February 3, 2011

Semoga ALLAH selamatkan mereka....


Assalamualaikum...kali ini di sahabat raudhah ingin bercerita tentang suasana di bumi Mesir..pasti di hati kita terdetik tentang keselamatan rakyat-rakyat yang tidak bersalah yang turut menjadi mangsa di sana... tidak mahu menulis panjang...

Sahabat Raudhah juga bukan penuntut di mana-mana pusat pengajian tinggi di Mesir...cuma sekadar ingin berkongsi maklumat dengan semua saudara-saudara sekalian...

Alhamdulillah...sekarang semua penuntut Malaysia akan di pindahkan dari Mesir ke Jeddah...
Mungkin hati kita lega mendapat berita itu....tapi banyak lagi saudara-saudara kita di Mesir yang terpaksa mempertahankan hak mereka....

Ya ALLAH ku cicipkan doa ini...Selamatkan lah mereka dari apa jua ujian dari MU...hanya Engkau tempat kami mengadu....sesungguhnya hanya Engkaulah MAHA MENGETAHUI segala sesuatu yang berlaku......ameen ya ALLAH.....

Wednesday, February 2, 2011

MENCARI SINAR KEKASIH ALLAH BAHAGIAN 1 (SEMPENA MAULIDUR RASUL)

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya…


Pagi itu walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.


Pagi itu..Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah…


“Wahai umatku..kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya ku wariskan kepada kalian, Al-Quran dan Sunnahku…barangsiapa yang mencintai sunnahku, bererti mencintai aku, dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku…”


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap para sahabatnya bersatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar, dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.


Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba... Rasulullah akan meninggalkan kita semua. Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.. Tanda-tanda itu semakin kuat… Ali dan Fathal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.


Di saat itu, kalau mampu,seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu...


Matahari kian tinggi, tetapi rumah Rasulullah masih tertutup rapat..tiba-tiba dari luar terdengar seseorang berseru mengucapkan salam.


“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.?


Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.?


“Maaflah,ayahku sedang demam,”kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu.?


“Siapakah itu wahai anakku?”?


“Tak tahulah ayahku,orangnya seperti baru sekali ini aku melihatnya..”tutur Fatimah lembut.?


Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan . seolah-olah, bahagian demi bahagian wajah anaknya itu ingin dikenang.?


“Ketahuilah dialah yang menghapus kenikmatan yang sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.”?


“Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah.?


Fatimah pun menahan ledak tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tetapi Rasulullah menanyakan mengapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya.?


Kemudian dipanggil Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.?


“Jibrail, jelaskan apa hakku di hadapan Allah nanti?”Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.?


Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu.?


“Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,”kata Jibrail.?


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.


“Engkau tidak gembira mendengar khabar ini?” Tanya Jibrail lagi.?


“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”?


“Jangan khuatir Ya Rasulullah, aku pernah mendengar Alllah berfirman kepadaku: Kuharamkan syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad sudah berada di dalamnya,” kata Jibrail.?


Detik-detik semakin dekat saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.?


“Jibrail betapa sakit sakaratul maut ini” perlahan Rasulullah mengaduh.?


Fatimah terpejam, Ali yang disanpingnya menunduk semakin dalam dan Jibrail memalingkan muka.?


“Jijikkah kau memandangku, hingga kau palingkan wajahmu Jibrail? Tanya Rasulullah kepada Malaikat penghantar wahyu itu.?


“Siapakah sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal” kata Jibrail.?


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.


“Ya Allah! dasyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut kepadaku, jangan kepada umatku”?


Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya seakan bergetar membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushikuum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu.”?


Di luar pintu, tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajah dengan tangannya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.?


“Ummati…Ummati…Ummati…”?


Dan..berakhirlah kisah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaih. Betapa cintanya Rasulullah terhadap kita. Dan cinta itu..akan kami buktikan…?


wibiya widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP