Powered by Blogger.
"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Thursday, January 27, 2011

KATA-KATA HIKMAH


Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya dan tidak mensia-siakan umurnya”.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab

Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali pelakunya.

Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.

Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap

Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis riwayat al-Hakim.

Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.

Friday, January 21, 2011

PEREMPUAN ADALAH SERIKANDI...


Pertama - Niat mesti betul

Masalah niat ini sering dikesampingkan oleh ramai orang sama ada memang sengaja tidak mahu menanam niat mahupun terlupa. Dalam mengejar taraf serikandi ini perlulah setiap perempuan memahatkan niat yang betul sebelum mengorbankan diri untuk Islam kerana niat yang tidak betul akan menyebabkan segala usaha dan pengorbanan menjadi sia sia di sisi Allah S.W.T.

Kedua - Perlaksanaan mesti betul

Selalu terjadi,niat telah dipahat dengan betul tetapi perlaksanaannya tidak mengikut landasan yang dibenarkan oleh syariat. Jadilah sesuatu usaha itu cantik pada niatnya sahaja (Habluminaullah) tetapi buruk pada sistem kemanusiaannya (Habluminan'nas).

Ketiga - Perkara yang dilakukan nyata dibenarkan dalam Islam

Dalam konteks ini,contohnya jika dalam berniaga, barang barang yang diniagakan adalah barang barang yang bersih,suci lagi halal serta memang diperlukan oleh umat Islam. Jadi, berniaga barang barang yang ada unsur sybahat dan diragui kehalalannya seperti mee kuning,rokok dan sebagainnya perlu diambilkira....

Keempat - Natijahnya mesti betul

Contoh daripada perniagaan, hasil daripada perniagaan itu disalurkan kepada jalan yang betul.Contohnya keuntungan yang diperolehi tidak digunakan kesemuanya untuk diri sendiri atau dilaburkan kesemuanya dalam pelaburan yang diketahui berunsurkan riba. Sebaliknya hendaklah disalurkan sebahagiannya kepada perjuangan Islam.

Kelima - Tidak melalaikan ibadah yang asas

Masih lagi contoh tentang perniagaan, sepanjang berniaga itu, perempuan tadi tidak meremahkan apalagi meninggalkan terus ibadah-ibadah asas Islam seperti sembahyang,puasa,zakat dan sebagainya.

Apabila kesemuanya ini dijadikan asas dan keadaan kepada kehidupan, jadilah kita seorang serikandi yang dikasihi keluarga, masyarakat dan juga Allah S.W.T.

Sehebat mana pun perjuangan seseorang perempuan itu dalam apa apa bidang tetapi kalau tetapi kalau kerana itu terbarailah tanggungjawabnya kepada suami, kepada anak anak dan kepada Tuhan , tanpa memelihara batas batas `aurat', bukan sahaja jauh dari layak digelar serikandi maklah sentiasa mendapat laknat Allah S.W.T.

"Marilah kita menjadi seorang ummah yang baik, yang berfikiran positif,optimis, dan tidak pesimis...juga cuba elakkan kita menjadi seorang manusia yang `cakap tidak serupa bikin'...`amin...

Sumber dari : DIARI MUSLIMAH

PESAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Friday, January 14, 2011

TUNTUTLAH ILMU....

Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Ikatlah ilmu dengan menulisnya".

Saturday, January 8, 2011

Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”

RIWAYAT MUSLIM

Huraian
Usaha merupakan asas kepada pembentukan dan kemajuan hidup manusia walau apa pun agama dan bangsa yang dianuti. Dalam kehidupan di dunia ini manusia dikehendaki berusaha untuk mendapatkan sesuatu hajat termasuklah mendapatkan rezeki. Oleh itu di atas nama keadilan, Allah S.W.T Yang Maha Adil akan mengganjari sesiapa sahaja yang berusaha bersungguh-sungguh tidak kira sama ada dia seorang mukmin atau kafir. Ini merupakan suatu bentuk motivasi agar manusia itu tidak merasa kecewa dalam meneruskan kehidupan mereka. Namun begitu, di samping memberikan balasan di dunia, orang-orang mukmin juga diberikan pahala yang akan menolongnya di akhirat kelak iaitu sebagai balasan kebaikan yang telah dilakukannya ketika di dunia.

Sunday, January 2, 2011

PENGHUNI SYURGA ADALAH SEBAIK MUSLIM

Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya saya mengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.”
(Muslim)

Huraian
Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah dalam mememuk agama yang benar dan diredhai Allah SWT. Namun fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain (murtad). Betapa mudahnya iman mereka tergoyah dek kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai namun nilaian mereka hanyalah seperti buih-buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Mereka mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru meskipun peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang tersebut tidak direbut oleh semua orang. Ramai yang berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang yang kafir.

wibiya widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP