"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini."JUWAIRIYAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Wednesday, July 20, 2011

PEJUANG ISLAM TERHEBAT ZAMAN RASULULLAH SAW


Sahl bin Hanif:

Salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau telah memainkan peranan yang amat cemerlang dalam mengundurkan tentera musyrikin.

Qutadah bin al-Nukman:

Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya, Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji matanya, Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.

.Abdul al-Rahman bin Auf:

Beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.

.Malik bin Sinan:

Beliau menyedut buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami’ah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu, kata Rasulullah: “Luahkan darah itu”, jawab Malik: “Tidak”, sebaliknya beliau menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda: “Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malik bin Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.


1 comment:

muhammadnurislam said...

subhanAllah, bgitu hebat perjuangan para sahabat di masa dulu. semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini.. nice entry.. truskn mnulis ya ukhti..