"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini."JUWAIRIYAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Sunday, April 17, 2011

Wanita sekarang LEBIH AWLA tidak berpurdah..


Sumber: qaradhawi.net

Terjemahan : Purdah dan zaman kini.

Dan pada masalah yang lain, as-Syeikh al-Qaradhawi telah berkata, menjawab soalan tentang (samada) wajib berpurdah atau tidak: "purdah adalah satu perkara yang wajib mengikut setengah pandangan ulamak. Dan sebahagian ulamak yang lain mengharuskannya..namun, saya tidak berpandangan bahawa ianya adalah wajib..Sesiapa yang hendak berpurdah, dia bebas berbuat demikian..Namun, pada zaman kita sekarang, saya melihat (berpandangan) bahawa muslimah lebih awla tidak berpurdah, ini kerana untuk membolehkannya bergaul dengan wanita yang tidak bertudung (membuka aurat) dan mendekati mereka."

As-Syeikh merujuk kepada perkara tersebut bahawa: "wanita yang bertudung (tidak berpurdah) (lebih) boleh merapati (wanita yang tidak bertudung) [(berbanding wanita yang berpurdah)]. Beliau berkata: "bagi wanita yang berpurdah, bagaimana dia ingin mengajak mereka yang tidak bertudung (tidak menutup aurat) secara berperingkat-peringkat?"

Beliau menambah dengan katanya: "saya mempunyai satu risalah tentang purdah; satu qaul yang mengatakan kewajipan berpurdah dan satu qaul lagi mengatakan bahawa ia adalah satu bid'ah. Di sana juga ada orang yang mengatakan bahawa purdah itu bid'ah dan (kumpulan) yang lain pula mengatakan ia adalah wajib. Namun, saya tidak bersetuju dengan kedua-dua pihak ini".

Beliau menjelaskan bahawa "berpurdah bukanlah suatu bid'ah.. (Di sana) ada qaul dalam Mazhab Hanbali dan qaul dalam mazhab-mazhab yang lain. Dan jamhur fuqaha' berpendapat bahawa muka seorang wanita itu bukanlah aurat. Sehinggakan al-Imam Ibn Qudamah as-Syeikh dari Mazhab Hanbali (juga) berkata dalam Kitab al-Mughni bahawa muka bukanlah aurat."

Siiru 'ala barakatillah...

3 comments:

ainularifin said...

Assalamualaikum, saya mahu meminta izin untuk copy n paste artikel ini ke dalam facebook saya.
barokallahufik.

~ety~ said...

pakailah bagi mereka yang merasakan wajahnya boleyh meluluhkan hati insan yang bernama lelaki itu....kerana selayaknya yang boleyh menatap wajah kita itu hanyalah insan yang bergelar zauj

Kasturi said...

Pengalaman saya sendiri yang berniqob...saya meraskan sehingga saat ini..niqob bukan halangan dan menyebab adanya benteng antara saya dengan masyarakat..sekrang masyarakat sudah terbuka dan sudah biasa dengan wanita2 yang memakai niqob..itu bukan halangan ..yang menyentuh hati manusia itu adalah Allah..adakalanya pemakaian yang lebih syariat ini..lebih mudah menyentuh hati2 mereka...saya sendiri merasakan situasi itu...