
Assalamualaikum....alhamdulillah..rasanya dah lama sangat tak tulis sendiri ^__^

Khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-


yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Firman-Nya lagi:-

“Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk” [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.
Firman Allah lagi:-


yang bermaksud : “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.” Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : “Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat.”
Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. “Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang“. serta “Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan“. Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
%5B5%5D.jpg)
JERTIH: Gadis misteri, Siti Balqis Mohd Nor, 22, dari Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, mengejutkan ahli keluarganya apabila dia kembali ghaib kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Siti Balqis yang mula menunjukkan perubahan dan tidak hilang dalam tempoh 15 hari lalu selepas menerima rawatan perubatan secara Islam dari beberapa pengamal perubatan dikatakan dibawa ke lokasi yang lebih jauh.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata sebelum Siti Balqis hilang, sebiji bola batu berwarna hijau tiba-tiba terjatuh di dalam rumahnya menyebabkan ahli keluarga terkejut dan masing-masing berebut-rebut untuk melihatnya.
Katanya, ketika mereka berebut bola itu, tanpa disedari Siti Balqis yang berada bersama tiba-tiba hilang.
“Misteri bola batu yang jatuh itu mungkin sebagai umpan oleh jin yang didakwa menjaga Siti Balqis untuk melalaikan orang ramai yang berada di dalam rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Norizan berkata, selepas kehilangan itu gerakan mencari dilakukan penduduk termasuk di tempat yang pernah dia dijumpai sebelum ini seperti di atas pokok, bumbung, dalam siling rumah dan kawasan gua Bukit Keluang, tetapi gagal.
"Sehingga jam 7 malam ini (semalam), Siti Balqis masih belum ditemui dan ini adalah kehilangan paling lama berbanding sebelum ini,” katanya.
Menurut Norizan, kira-kira jam 5 pagi semalam, dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Siti Balqis yang mendakwa berada di Gunung Jerai, Kedah, kerana dibawa oleh jin berbulu lebat.
Katanya, seluruh ahli keluarga kini dalam kebingungan kerana Siti Balqis gagal dikesan di tempat biasa dan mungkin berada di tempat yang diberitahunya menerusi SMS itu.
Menurutnya, sudah menjadi tabiat Siti Balqis membawa telefon bimbitnya di dalam seluar dan apabila hilang, dia akan mengirimkan SMS kepada ibunya.
Sharhan, ketika mengadakan sesi rawatan sesi kedua Ahad lalu berkata, Siti Balqis akan menghadapi cabaran dalam tempoh 21 hari dan kelmarin genap 14 hari dia menerima rawatan secara Islam.
RUJUKAN : http://www.hmetro.com.my

Amir bin Abdullah bin Zubair terbaring lemah di pembaringannya. Desah nafasnya hanya menunggu waktu ajal menjemput. Keluarganya berkumpul di sekitarnya sambil menangis menatap kondisinya yang kritis. Amir begitu lemah dan tubuhnya tidak bisa digerakkan.
Ketika itu terdengarlah suara azan magrib berkumandang, dia berkata pada orang-orang di sekitarnya: “Tuntunlah aku”. Amir bin Abdullah bin Zubair terbaring lemah di pembaringannya. Desah nafasnya hanya menunggu waktu ajal menjemput. Keluarganya berkumpul di sekitarnya sambil menangis menatap kondisinya yang kritis. Amir begitu lemah dan tubuhnya tidak bisa digerakkan.
Mereka bertanya: “Ke mana?”.
Amir berkata: “Ke masjid”.
Mereka berkata: “Dalam kondisimu seperti ini?”.
Amir pun menjawab: “Subhanallah, aku mendengar panggilan untuk shalat dan aku tidak menjawabnya? Bimbinglah tanganku dan boponglah aku”. Maka ia shalat satu rakaat bersama imam, kemudian menghembuskan nafas terakhir dalam sujudnya..
Sumber : Kitab 300 Mauqif fii Az-Zuhd wa Ar-Roqoiq, Abdul Rahman Bakr, Hal 10
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)




Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung
diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu
adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang
bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.
Diatas, adalah sedikit sebanyak menyentuh perihal bertudung dan berfesyen, dan disudut ini pula ingin saya bangkitkan satu lagi perihal beretudung wanita, seringkali saya terfikir, adakah berniqab itu dapat menjaga perihal maruah wanita??? Atau berniqab dapat menjaga diri wanita dari melakukan sesuatu perkara yg tidak menyenangkan??? Dan juga sekaligus dapat menangkis dari fitnah-fitnah???
Dalam hal ni, jauh sama sekali saya menjatuhkan martabah seorang wanita yang berniqab, malah saya ingin
mengingatkan akan peri pentingnya seorang wanita menjaga hak-haknya sebagai seorang wanita… ya… dan sebetulnya cuba kita lihat di Negara arab, berapa ramai wanita menutup mukanya dengan berniqab, ada yang memakai tudung sehingga ke paras lutut, menutup kesemua anggota badan sehinggakan tidak menampakkan sedikit kulit pun, tidak lupa juga di Malaysia atau dimana sekali pun, ada sahaja yang menutup muka nya dengan berniqab…
Disini, saya ikhlas memberi komen, terutamanya pelajar2 yang berada diluar Negara, yang amat menunjukkan perihal yang kurang menyenangkan dengan perwatakan dan sebagainya, disini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :

1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.
2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.
3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.
4. berniqab kerana ingin berfesyen.
5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.
6. berniqab tapi pakaian menjolok mata.
7. berniqab dan menjaga hak-hak kewanitaan dan menjauhi dari fitnah ( ini yg kita cari ).
Bagi saya, dan kami… baiklah mana2 wanita yang mempunyai perwatakan 1-6 itu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana anda golongan ketujuh terasa dan turut mendapat fitnah-fitnah yang tidak harus melekat kepadanya, setidaknya anda berubah dan berubah demi menjaga hak masing-masing… di akhir ini, saya ingin menceritakan kenapa tajuk ini dipilih Berniqab @ Menundukkan Pandangan? Ini kerana rasa hairan dan terfikirnya saya sebagai seorang mukmin, yang peka akan persekitaran, sekali saya melangkah ke
university setibanya disana, saya terserempak dengan beberapa orang akhawat yg berniqab dan ada juga yang tidak berniqab, malah bagi saya, saya lebih respect akan yg tidak berniqab, kerana dapat
menundukkan pandangannya dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengannya, malah yg amat menghairankan saya, ada dikalangan yang berniqab ini, matanya hanya Allah sahaja yang tahu melilau entah kemana…. ( cerita ini hanya utk peringatan kepada golongan 1-6 tersebut ) semoga Allah merahmati kita semua… Ameen…
( Maaf kepada yang tersinggung, dan bukan ingin menjatuhkan mana-mana pihak ).
rujukan :http://teratak.wordpress.com
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP