"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini."JUWAIRIYAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Sunday, February 28, 2010

JOM MASUK "U"

Banner karnival pengajian Tinggi Negara 2010

Salah satu tapat pameran dari salam sebuah Universiti di Malaysia

Dewan Mellium..tempat pameran diadakan..juga tempat
khusus ESQ 165 ana pernah berlangsung..

Pameran yang dianjurkan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi


Pada 27 dan 28 yang lalu pihak Kemeterian Pengajian Tinggi telah mengadakan sebuah karnival yang dinamakan dengan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 JOM MASUK U. Karnival yang berjalan selama 2 hari ini telah menyediakan kelegkapan yang cukup mudah untuk semua masyarakat Malaysia. Terutamanya dari golongan belia lepasan SPM, STPM dan golongan lepasan DIPLOMA. Dan tidak lupa juga untuk sesiapa yang ingin untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara mahupun di luar negara. Pameran yang menyediakan hampir 200 tapak pameran ini meyediakan pameran dari semua Universiti Tempatan dan Universiti Swasta. Pelajar-pelajar dapat mengambil dan bertanyakan maklumat kepada pegawai-pegawai universiti jika ada terdapat apa-apa kemusykilan. Pameran ini yang telah dihadiri lebih kurang dari 20 ribu pengunjung ini berjalan lancar selama 2 hari..

Seperti yang kita ketahui..Kita sebagai manusia mestilah sentiasa mencari ilmu..Bukan saja suruhan dari ALLAH dalam firmannya...

“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-'Alaq :1-5)

Tapi ia juga adalah pesan dari Rasulullah saw yang dalah hadisnya meyebut...

Daripada Anas Rasulullah saw pernah bersabda...
"barangsiapa keluar mencari ilmu maka sebenarnyaia
berjihad di jalan ALLAH sehingga kembali ia ke tempat asalnya..."

Sesuai dengan firman ALLAH dan hadis baginda..Universiti ini merupa tapak perjuangan seterusnya buat seorang pelajar khususnya pelajar islam untuk meneruskan perjuangannya dalam mencari ilmu..Tidak kiralah dimana kita belajar maka teruskanlah untuk mencari ilmu untuk bekalan di akhirat..

"semua yang berlaku dihadapan kita adalah ilmu baru.. dari ALLAH untuk kita..tidak kira ia baik atau buruk.. ia tetap ilmu..tapi yang membezakan baik buruknya sesuatu itu adalah berbalik kepada IMAN kita...jika iman kita masih ada dalam jiwa maka baik buruknya dapat kita beza... tetapi jika iman di jiwa terlalu tipis maka...baik dan buruk semuanya sama di hadapan mata..."

Syafia Humairah Sahari..MANGSA DERA PALING TRAGIS


KUALA LUMPUR 27 Feb. – Jenazah adik Syafia Humairah Sahari, 3, yang mati akibat didera kelmarin dituntut oleh keluarga ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu dekat sini tengah hari ini.

Bagaimanapun, suasana di bilik mayat hospital itu kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang untuk menziarahi jenazah kanak-kanak itu, sebelum dihalau pulang. – Utusan

Kes Syafia: Polis percaya lebih daripada seorang terlibat

28/02/2010 8:19pm

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Polis percaya terdapat lebih daripada seorang individu yang terlibat dalam kes penderaan hingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dalam kejadian di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, siasatan awal mendapati suspek utama, yang kini ditahan reman tujuh hari, tidak melakukan pembunuhan berseorangan tetapi kemungkinan melibatkan sekurang-kurangnya lima individu lain.

"Siasatan awal mendapati terdapat dua kemungkinan iaitu individu-individu itu turut terlibat mendera Syafia atau mereka tidak melakukannya, tetapi mengetahui kanak-kanak terbabit telah didera.

"Bagaimanapun polis sedang mengesan kesemua mereka yang disyaki terlibat termasuk bapa suspek untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil ibu kanak-kanak itu, Nurhanim Aziz, dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangannya.

Diminta mengulas kebarangkalian mangsa adalah anak kepada suspek, Bakhtiar enggan mengulas lanjut dan berkata, tiada sebarang ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan bagi mengesahkan perkara itu.

"Saya tidak boleh kata ya atau tidak kerana belum ada pihak yang meminta ujian DNA dilakukan bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu.

“Namun, hal ini akan dipertimbangkan selepas polis merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai laporan yang mendakwa ibu mangsa bersekedudukan dengan teman lelakinya (suspek),” katanya.

Bakhtiar turut kecewa apabila tiada saksi tampil memberikan maklumat sejurus selepas kejadian itu berlaku dan beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat supaya berbuat demikian.

Syafia Humairah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Baharu setelah mengalami pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

Jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh, petang semalam. – Bernama

Ibu Syafia nafi mengandung, ada anak dengan teman lelaki

28/02/2010 8:01pm

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Nurhanim Aziz, 25, ibu mangsa dera Syafia Humairah Sahari, 3, hari ini menafikan laporan akhbar bahawa beliau sedang mengandung empat bulan hasil hubungan dengan suspek yang membunuh anak perempuannya itu.

Beliau berkata, laporan akhbar itu mengaibkan dirinya dan menyebabkan beliau bertambah sedih dan tertekan.

"Saya tidak mengandung seperti yang dilaporkan... sudahlah saya kehilangan anak, ditambah pula dengan dakwaan tersebut membuatkan saya bertambah sedih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Sungai Plong, Kuang, di Sungai Buloh, dekat sini.

Laporan akhbar hari ini juga menyebut beliau dan suspek berusia 28 tahun itu turut memiliki seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan.

Nurhanim mendakwa anak bongsunya itu, Shakimi Iqbal Sahari, adalah anak bersama-sama suaminya, Sahari Usol, 33, yang kini ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan jenayah sejak 2006.

Menceritakan kejadian itu, Nurhanim berkata beberapa hari sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara beliau dan suspek menyebabkan suspek tertekan kerana perlu menjaga kedua-dua anaknya semasa beliau keluar bekerja.

"Kami bergaduh mulut saja tetapi tidak sehingga dipukul dan suspek juga tidak pernah marah anak-anak saya di depan saya.

"Kali terakhir saya jumpa Syafia Humairah ialah pada Rabu lepas dan dia gembira sangat nak keluar dengan Abang Mat (panggilan mangsa kepada suspek) sebab dah lama tak jumpa dengan suspek sejak beberapa minggu lalu,” katanya.

Nurhanim berkata, beliau menerima panggilan daripada suspek kira-kira 8.30 malam pada hari kejadian yang memberitahunya, Syafia Humairah telah meninggal dunia akibat jatuh motosikal.

"Masa dia hubungi saya, dia menangis-nangis beritahu kejadian yang menimpa anak saya dan saya amat terkejut,” katanya.

Beliau tidak menyangka suspek yang berperwatakan baik dan sering bergurau dengan anak-anaknya merupakan seorang yang kejam dan beliau tidak akan memaafkan perbuatan suspek.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan sejak empat tahun lalu dan bercadang untuk berkahwin tahun ini selepas proses tuntutan fasakh Nurhanim selesai. – Bernama

Saturday, February 27, 2010

ADAKAH INI TEMPAT PERJUANGANKU



Tempoh hari dengan rasa syukur padaNya..Ana telah mendapat dua tawaran dari dua tempat pengajian yang berbeza iaitu dari Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Komputer dan tawaran dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Rangkaian.. Alhamdulillah kedua-dua tawaran itu adalah tawaran yang cukup baik bagi ALLAH buatku..Kerana ana juga cukup meminati dalam sistem komputer.. Tapi setakat tiada lagi kata putus dariku..kerana ana masih menunggu keputusan terbaik dari ALLAH buatku..Adakah ALLAH menetapkan diri ini di antara 2 tempat ini atau masih lagi di bumi uitm?? Kerana ana masih menuggu keputusan permohonan dari Kementerian Pengajian Tinggi yang akan diumumkan pada hujung bulan jun ini..
Adakah perjuanganku masih di bumi UITM atau di tempat perjuangan lain...Kerana ana yakin semuanya adalah yang terbaik jika ia dari ketentuan ALLAH...kerana ana teringat dengan pesan Saidina Umar apabila seorang sahabat bertanya kepadanya....yang berbunyi begini..

"tidak ada kebahagiaan yang tinggal bagiku...kecuali dalam takdir ALLAH.."Pernah ada sahabat bertanya padanya.."Apakah yang tuan inginkan dari kehidupan dunia ini..." maka umar menjawab..."Apa yang ALLAH telah tetapkan untukku di atas muka bumi ini...itulah yang aku inginkan dalam hi...dupku...aku redha denga ketentuan dariNYA untukku...."


Ana yakin..dimana ALLAH meletakkan diriku..maka disitulah perjuangan untuk islam akan ana pertegakkan..InsyaALLAH dengan bantuan dari semua dan yang paling penting ILMU,AMAL dan IMAN dalam diri harus ana perkuatkan untuk menjadi kekuatan dalam perjuangan yang bakal ditempuhi..

"aku tidak akan membiarkan kawasan tempat aku berada itu lusuh dengan ISLAM..akan aku cuba untuk mengharumkan nama ALLAH dan RASULULLAH saw pada setiap insan yang berada di sekelilingku..biarpun aku sakit dan menderita untu mereka..tapi yang penting ISLAM dikembangkan dengan sebaiknya...Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam setiap langkah perjuanganku untuk menegakkan kalimahMU, agamaMU dan RasulMU...ALLAHUAKHBAR..Tiada siapa yang dapat menghalangku..."

"islam tidak memerlukan aku dalam hidupku..tapi aku yang perlukan islam..Aku yakin.. dimana ALLAH meletakkan aku..disitulah tempat terbaik untukku..Sebenarnya tempat perjuangan itu tidak perlukan aku..tapi aku yang perlukannya untuk tarbiyyah diriku..yakinlah wahai jiwa yang lemah..dimana pun kita berada itulah yang terbaik..."

Thursday, February 25, 2010

SALAM MAULIDUL RASUL


Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W "Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wednesday, February 24, 2010

PESANAN IMAM SYAFIE

"Kalau kamu bertemu seseorang yang baik perkertinya.. maka berusahalah untuk menyamai kebaikannya... dan kalau kamu bertemu dengan seseorang yang rendah pekertinya.. maka kembalilah kepada dirimu sendiri..
mungkin kita lebih rendah pekerti darinya..."

Hayatilah nasihat Imam Shafie ini dan jadilah ia sebagai panduan dalam kehidupan seharian.. PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?” Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat. Sukarnya mencari sahabat sejati. Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka.

Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit. Sahabat sejati pada waktu susah. Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia. Rosaknya keperibadian seseorang. Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. Menghormati orang lain. Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat. Menghadapi musuh. Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai. Tipu daya manusia. Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati. Menjaga nama baik. Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Muzium Tuanku Fauziah. Muzium yang terdapat
dalam kampus USM Pulau Pinang

bergambar di galeri islam dalam muzium...
Tulisan khat dari penulis khat Malaysia dan
Antarabangsa.

Hasil seni Islam seluruh dunia

Model mesin penghasilan minyak. Di galeri
hasil sumber alam, penghasilan petroleum

Urutan budaya di gua Niah, Sarawak

Lukisan yang bernilai 1.5 juta yang dipamerkan di
Muzium Tuanku Fauziah

Cikgu Salasiah dan anak-anak murid SMKPTJ ketika melawat
Muzium Tuanku Fauziah.
Gambar yang berlatar belakangkan hasil seni lukis seniman
di negara kita, semua lukisan itu hampir bernilai puluhan
ribu bagi setiap satu gambarnya.

Ini pulak gambar adik-adik lelaki..Nak jugak
bergambar kat lukisan puluhan ribu tu....

Waktu pendaftaran nak masuk ke Muzium..Kena bayar
rm 1 untuk yang tangkap gambar..

“(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. (Al-'Alaq :1-5)

Selepas pameran Green Lung masa yang terluang kami semua telah melawat Muzium Tuanku Fauziah. Dalam lawatan yang hampir 1 jam setengah itu banyak tempat yang dapat kami lawat.
Lawatan ke-2 oleh saya sendiri telah banyak memberikan ilmu yang baru. Kali pertama saya menjejaki ke muzium itu pada saya tingkatan 3. Banyak perubahan dan lebih banyak alatan-alatan yang dipemerkan. Muzium Tuanku Fauziah itu adalah muzium yang dikendalikan oleh pihak USM.

"GREEN LUNG" KATAKAN TAK NAK MEROKOK

Dewan Budaya tempat perasmian Pameran Green Lung oleh
Timbalan Naib Canselor USM. Gambar di atas adalah auditorium di dewan budaya USM

Cikgu Salasiah serta anak didik yang hadir
Gambar diatas menunjuk adik amirul (along) dengan adik farmee
tengah bersiap sedia untuk pameran

dari kiri cikgu salasiah (guru kaunseling SMKPTJ),
adik syafiq, adik amirul (along), dan adik farmee

adik-adik dari SMKPTJ sedang bersiap-siap sebelum
pameran bermula, terdapat juga wartawan datang ke tapak
pameran kami untuk membuat liputan kerana SMKPTJ
adalah satu-satunya sekolah yang berani untuk menyahut cabaran dalam
pameran GREEN LUNG ini.

adik-adik yang terdiri daripada 4 orang perempuan
dan 6 orang lelaki, sedang bersiap sedimenyusun bahan kimia
yang terdapat dalam rokok, terdapat lebih
4000 bahan kimia yang terdapat dalam rokok.
KATAKAN TAK NAK !!!


Pada hari selasa yang lalu bersamaan dengan 23 February saya telah mengikuti sebuah pameran yang dianjurkan oleh Mahasiswa USM di bawah Persatuan Green Lung. Program ini adalah sebuah program yang mempunyai tema sempena "KATAKAN TAK NAK UNTUK ROKOK". Program yang berlagsung selama satu hari ini telah disertai oleh pihak-pihak hospital, Pusat Racun Negara, Mahasiswa USM dan banyak lagi. Saya mewakili Sekolah Menengah Permatang Tok Jaya yang telah diketuai oleh ibu saya sendiri selaku guru pengiring iaitu Cikgu Salasiah Yusoff. Saya cuma membantu adik-adik dari sekolah Menengah Permatang Tok Jaya. Yang merupakan satu-satunya pemeran yang disertai oleh pelajar sekolah di seluruh pulau pinang. Tahniah kepada adik-adik keran kesungguhan dan ketekunan adik-adik untuk menjayakan pameran ini. Walaupun baru tingkatan 4 tetapi sudah berada di atas bersama mahasiswa USM yang jauh lebih tua dari mereka. Tahniah diucapkan. Lain kali kita buat lagi ya... CAIYOK teruskan berusaha demi agama..

Tuesday, February 23, 2010

SOLAT DARI HATI YANG KHUSYUK

HADIR HATI ADALAH ROH SEMBAHYANG
Oleh Azmi Mohd pada 13 September 2009

Solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih awal di akhirat kelak oleh Allah SWT , berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Menurut pendapat al-Imam al – Ghazali ; Tidak syak lagi bahawa tujuan seseorang itu berzikir atau membaca ialah untuk memuji Tuhan, dan yang menjadi tujuan percakapan kita itu tidak lain ialah Allah SWT. Hati manusia itu disebabkan oleh lalai maka ia terdinding dari Tuhan.

Segala percakapan sama ada zikir atau lafaz-lafaz dalam sembahyang adalah ditujukan kepada Allah SWT, namun percakapan itu akan menjadi sia-sia jika tidak disertai dengan hati yang sentiasa ingat akan Allah, kerana hati adalah merupakan perantaraan atau wasilah kepada Tuhan. Bagaimanakah hati boleh jadi perantaraan sekiranya ia dalam keadaan lalai, maka selama itulah segala bacaan itu tidak sampai kepada Tuhan. Dengan sebab itu ia tidak akan dapat ‘ syuhud ’ bersaksi kepada Tuhan atau melihat Tuhan dalam erti kata melihat dengan pandangan hati. Hati diciptakan oleh Allah SWT untuk mengenal dan melihat Tuhan, namun tidak mungkin hati dapat syuhud kepada Tuhan sedangkan dia dalam keadaan lalai.

Sebab itulah ketika Nabi Musa a.s. ketika diperintahkan supaya bertemu dengan Firaun, dia tidak minta benda lain tetapi dia mohon kepada Tuhan suatu alat untuk berdakwah seperti yang dijelaskan dalam surah Toha ayat 25 yang bermaksud: “ Wahai Tuhanku lapangkanlah untukku dadaku."Dengan doa Nabi Musa a.s itu bererti baginda memohon bantuan dari Tuhan agar dengan hati yang lapang itu ia dapat melaksanakan tugas dakwah yang besar itu. Tidak mungkin dapat dilaksanakan tugas bertemu dengan Firaun, bagi melaksanakan kerja dakwah terhadap seorang yang sangat memusuhi ajaran Allah, jika pergi bertemu dengan hati yang berserabut.
Berdakwah tehadap Firaun tidak mungkin terlaksana jika dengan hati yang lalai, kerana ucapan dari hati yang lalai itu walau sehebat mana sekalipun sehingga berhari-hari berdakwah, namun tidak ada kesannya.

Orang yang hati lalai di dalam solatnya,meskipun lidahnya bergerak menyebut lafaz zikir dan ayat Fatihah atau surah, namun gerak lidahnya itu bukan dari dorongan hati. Ia hanya bergerak disebabkan kebiasaan, sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan tentulah akan mudah terkeluar dari mulut mereka. Tetapi alangkah jauhnya dari tujuan solat yang difardukan oleh Allah SWT itu, kerana yang dikatakan solat itu ialah hadir hati ketika melakukan ibadah tersebut iaitu hati tidak lalai dari mengikuti setiap perkataan dari perbuatan yang dilakukan dalam solat. Hadir hati di dalam solat itu merupakan nyawa kepada solat ersebut.

Sesungguhnya sesiapa yang tahu rahsia maka dengan sendiri ia harus tahu bahawa lalai itu ialah lawan bagi solat, maksudnya ialah bercanggah dengan tujuan solat seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT iaitu : “ Dirikanlah solat untuk mengingati – Ku (Allah).” Kesimpulannya hati yang sentiasa ingat dan mengikuti segala perbuatan dalam solat adalah menjadi nyawa kepada solat tersebut. Apabila hati sentiasa lalai maka solat itu hanya tinggal rangka saja,sedangkan rohnya sudah melayang.

Sunday, February 21, 2010

Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar



Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Monday, February 15, 2010

ABDUL RAHMAN RAHIMI...

Senyumnya sudah menghilangkan segala keresahan hati..
abdul rahman rahimi..adikku..


Semoga menjadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah..
menjadi pembela agama ALLAH bila besar nanti...

abdul rahman rahimi yang dah berusia 1 tahun 3 bulan..
gambar nie..waktu ana tengah bermain dengan abdul rahman..
penat jugak main kejar-kejar....tapi akhirnya ana kalah...
abdul rahman yang menang....

Pembela agama ALLAH...insyaALLAH jadi USTAZ ABDUL
RAHMAN RAHIMI nanti..


Assalamualaikum...posting kali ini..... diri ini ingin menceritakan tentang adikku....abdul rahman rahimi...permata yang tiada gantinya...dialah peyeri di saat kegundahan..cukuplah dengan tawanya yang dapat menghilagkan keletihan dan kesedihan...Dialah anugerah ALLAH yang tiada pengantinya....Semoga menjadi anak yang soleh..dan menjadi pembela agama ALLAH dan menjadi seorang yang hebat dalam perjuangan nanti...INSYAALLAH....

Saturday, February 13, 2010

HARAM...TAPI KENAPA RAMAI YANG BUAT!!!

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.


Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.


Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.


SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE


Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.


1)Pendapat pertama

Mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.


Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.


Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.


Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.


2) Pendapat kedua

Mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.


i) Versi pertama.

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.


Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.


Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.


Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.


ii) Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


3) Pendapat ketiga.

Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

4) Pendapat keempat.

Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


HUKUM SAMBUT VALENTINE


Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).


Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.


Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.


Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.


Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)



Thursday, February 11, 2010

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW


Assalamualaikum..mungkin banyak kali kita terbaca pesan Rasulullah di dalam khutbah yang terakhir dari baginda...Tapi berapa banyak yang kita ambil iktibar dan kita ingat pesan Rasulullah ini..Biarlah kita ulang berjuta kali sekali pun..asalkan ia dapat ditanam di hati kita untuk menjadi nasihat buat kita..

"jangan kita menilai orang lain..atau melihat akan kelemahan orang lain..tetapi kita perlu menilai diri kita dahulu..adakah amalan kita sudah cukup sehingga kita boleh memburukkan atau menjatuhkan orang lain...ingatlah bahawa ALLAH boleh menarik nikmat islam yang ada dalam diri kita ini..jika kita tidak menjaga dengan sebaik-baiknya..."


"YA ALLAH..PIMPINLAH AKU KE JALAN REDHAMU..JAUHKANLAH AKU DARI FITNAH DUNIAMU....PIMPINLAH AKU KE JALAN YANG LURUS..AKU TAKUT PADAMU YA ROB.."


Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah tidak akan tersesat selamalamanya WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.

Tuesday, February 9, 2010

TANDA-TANDA KITA CINTA KEPADA ALLAH...


"bagiku..tiada yang berhak untuk menilai diriku..selain ALLAH yang MAHA satu..
kerna hanya ALLAH yang memahamiku..lebih dari aku
memahami diriku sendiri..."


Assalamualaikum kepada semua sahabat dan sahabiah yang dihormati oleh ALLAH.

Pada posting kali ini aku ingin berkongsi sedikit ilmu apa yang perolehi dari pembacaan aku tempoh hari. Menarik sungguh tajuk bukunya "Berlindung di Bawah Cahaya Ilahi" membuatkan tanganku tergerak untuk membuka dan membacanya..

Aku cuba membelek buku itu terlebih dahulu sebelum aku mula untuk bacanya dari muka surat yang pertama..Aku tidak pasti..tapi jari-jariku terus membuka buku itu pada halaman 236..Terpampang sebuah tajuk subtopik dari buku tersebut.."Tanda-tanda cinta Terhadap ALLAH"

Aku tidak tahu kenapa tiba-tiba hatiku begitu sayu..dan tanpa disedari air mataku mengalir dan aku rasa begitu sebak sekali..Aku rasa hatiku terlalu merinduiNYA..Sambil alunan zikir dialunkan dari laktop buruk milikku ini..hati aku bertambah sayu...hati aku terus dibawa untuk asyik menghayati maksud alunan zikir yang dialunkan dari laktopku itu....

Aku menasihati diriku..

Cinta terhadap ALLAH mempunyai tanda-tanda iaitu cinta kepada kitab suciNYA Al Quranul Karim, cinta kepada syariat dan agamaNYA yang menerangi kehidupan umat. Dalam hadis Rasulullah saw "tidaklah beriman seorang diantara kamu melainkan jika keinginan hatinya dan cita-citanya sesuai dengan apa yang aku bawa iaitu syariat islam..."

Saidina Uthman berkata "Seandainya hati-hati kita sihat dan bersih, nescaya tidak akan merasa puas mendengar dan membaca firman-firman ALLAH SWT. Bagaimana seorang pencinta merasa puas dari perkataan orang yang dicintainya, padahal itulah keinginannya yang terakhir.."

Aku menasihati diriku..."sabarlah dan ikhlaskanlah hatiku dalam perjuangan hidupku..aku tidak perlu takut bila aku ditinggalkan hidup seorang atas muka bumi ini...kerana aku punya ALLAH yang sentiasa bersamaku setiap masa..ketika aku susah..ketika aku senang...ALLAH sentiasa bersamaku..."

IKHLAS DAN SABAR DALAM PERJALANAN HIDUPMU...


Hari ini berlalu seperti biasa. Cuma pada hari ini aku bertanya kepada adikku dengan menghantar mesej padanya....kedengaran soalan yang aku ajukan padanya lebih kurang bunyi seperti ini "apa yang adik akan jawab, bila ada orang yang bertanya kepada adik kita sekarang berada dalam zaman apa..."kemudian soalan itu aku sentkan pada adikku..mesej deliverd..maksudnya mesej yang aku hantar itu telah sampai padanya..

Beberapa minit kemudian mesej di telefonku berbunyi menandakan ada mesej masuk..aku yakin dan pasti memang itu adikku...tepat jangkaanku..di skrin telefon tertulis "Adik?? Adik akan jwb akhir zaman..Knp kak?.." itu yang adikku tulis...mesej itu membuatkan aku terseyum sendiri.. Tepat jawapannya...akhir zaman..walaupun ia adalah soalan biasa, tapi bagiku cukup besar maksudnya..kemudian adikku bertanya lagi padaku "tapi kenapa akak tanya??"

Soalan kenapa yang ditanya oleh adikku itu aku jawab "sebab kakak teringat..ramai orang akan jawab kita berada di zaman siber, zaman kemajuan..dan macam-macam lagilah tapi hakikatnya kita berada di zaman akhir...dimana pada zaman inilah akan berlakunya kiamat..." itu jawapanku untuk soalan yang adikku tanya tadi...kemudian aku sentkan mesej itu padanya...

dan inilah jawapan balas dari adikku.."dekatnya mati dengan kita..."...Jawapan dari adikku itu membuatkan aku terseyum sinis sekali lagi...Dalam hatiku berkata memang tepat jika aku katakan yang dia adalah adikku yang soleh....setiap ayat darinya menyedarkan aku yang dalam kealpaan ini...

inilah nasihat kakak buat adikku.."ikhlas dan sabar dalam semua urusan adik ya...biarlah apa pun orang kata dan cakap..tapi adik yakinlah yang ALLAH sentiasa bersama kita...."

ketahuilah adikku..... "Perjalanan hidup kita hanya satu, Iaitu mencapai tujuan matlamat hidup kita untuk menjadi seorang hamba kepada TUHAN kita, yang sentiasa patuh padaNYA. Biarpun adik tersungkur untuk mendapatkannya. Tetapi yakinlah LAILAHAILALLAH MUHAMMADARRASULULLAH adalah matlamat hidup adik dan hanya DIA yang akan membantu adik bilamana adik dalam kesusahan,kesedihan dan kealpaan. Biarpun diri adik dihina oleh sesiapa sahaja yang tidak memahami diri adik. Tapi yang pasti adik punya ALLAH yang sangat memahamimu..Tujuanmu hanya satu..mencintai YANG MAHA SATU.. HASBUNALLAH HUWANIAQ MALWAKIL...Cukuplah ALLAH untukku kerana dia adalah satu-satunya yang membantuku..."

NUKILAN DARI....SAHABAT RAUDHAH
UNTUK...ADIKKU..

Sunday, February 7, 2010

KALIMAH AGUNG DI BUMI...


Assalamualaikum kepada semua sahabat dan sahabiah...Semoga semuanya sihat dan sentiasa dirahmati ALLAH sentiasa..

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi dengan semua sahabat dan sahabiah.. Pada ahad malam yang lepas dalam siaran TV 9 untuk program halaqah. Tajuk yang dibincangkan pada malam itu cukup menarik dan menyebabkan hati ini tertarik untuk berada di depan tv terus. Untuk menonton program Halaqah tersebut. Tajuk yang dibincangkan pada malam tu "Keajaiban Azan". Rancangan yang dipengerusikan oleh Ustaz Zawawi dan dihadiri oleh 2 orang panel iaitu panel pertama Ustaz Roslan dari Akedemi Pengajian Islam UM dan Dr Azhar Sarip merupakan Trainer Sumber Manusia.

Macam kebiasaannya, Sebelum memulakan perbincangan mesti ada satu ayat AL-QURAN diperdengarkan oleh para penonton pada malam itu untuk mengukuhkan lagi bukti hujah-hujah ahli panel. Ayat Al-Quran yang menjadi pilihan pada malam itu yang dipetik dari surah Al-Jumu"ah ayat 1 yang berbunyi :
"Apa yang ada di langit dan di bumi sentiasa bertasbih kepada ALLAH, Maharaja dan Mahasuci Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.."

Perbincangan pada malam itu dimulakan dengan Ustaz Roslan yang menceritakan tentang maksud azan..Apa yang dikatakan azan adalah merupakan satu tasbih yang memuji ALLAH secara tidak langsung disamping memanggil orang-orang islam untuk menyembah ALLAH.
Kerana azan ini merupakan satu panggilan dari ALLAH kepada hambanya untuk bertemu denganNYA.. Bayangkan sahabat sekalian..Maha Besar yang menciptakkan kita memanggil kita untuk bertemu denganNYA.. Tapi kita kadang-kadang leka dan sering melambat-lambatkan solat kita..Sedangkan ia adalah panggilan dari ALLAH buat kita..Kerana Rasulullah pernah bersabda dengan sabdanya iaitu meyurah kita untuk segerakan untuk menunaikan solat..

Kerana dikhuatiri ajal kita tiba tanpa sempat kita menunaikan solat padaNYA..Sahabat dan sahabiah sekalian dimana Al-Qurtubi pernah berkata azan merupakan ucapan tasbih yang harmoni yang bermaksud memuji ALLAH dan membesarkan kalimahNYA...

Azan juga merupakan syiar kita sebagai lambang keagungan agama ALLAH, azan juga merupakan kalimah harmoni yang dapat menyatukan seluruh hati ummat islam di suatu tempat yang dipanggil rumah ALLAH..Disini seluruh masyarakat islam datang dan meyembah ALLAH yang MAHA BERKUASA..Tanpa kira bangsa dan warna kulit..semuanya bersatu hanya untuk YANG MAHA SATU...

Menurut ahli ulamak juga azan merupakan salah satu ajakkan ALLAH kepada manusia untuk menyembah ALLAH..Dan menurut kajian dari ilmu sains.. Azan akan sering berkumandang di seluruh dunia tanpa henti sehinggalah hari kiamat tiba. Kerana azan ini dapat menurunkan tahap gelombang dari tinggi kepada rendah. Menurut kajian sains apabila gelombang bumi ini tinggi maka ia akan berlaku satu kejadian yang luar biasa..Iaitu bumi kita akan pecah dan hancur kerana gelombang yang tinggi itu..

Menurut kajian pakar geologi dan kaji bumi azan merupakan satu gelombang yang berasal dari gelombang theta. Gelombang theta ini dapat menurunkan gelombang dari tinggi kepada rendah. Sebab itu gelombang bumi tidak pernah naik secara mendadak kerana gelombang theta ini sentiasa ada setiap masa dan tak pernah berhenti..
SUBHANALLAH cukup hebat aturan ALLAH.. Itulah dia ALLAH yang bersifat YA MALIK YANG MAHA BERKUASA, YA MUKMIN YANG MAHA MENGAMANKAN, YA AZIZ YANG MAHA PERKASA, YA MUTAKKABBIR YANG MAHA BESAR DAN YA JABBAR YANG MAHA MENUNDUKKAN MAKHLUKNYA....

Manakala berdasarkan sirah Rasulullah saw pula..azan pertama yang berkumandang adalah yang dilaungkan oleh Bilal Bin Rabah..Sebelum itu dalam peristiwa israk dan mikraj Rasulullah saw juga telah diperdengarkan azan oleh ALLAH pada langit yang ke-7 seelum bertemu dengan ALLAH. Seperti yang kita ketahui selepas mendapat arahan oleh ALLAH supaya diwajibkan untuk menunaikan solat 5 waktu. Para sahabat bertanya kepada rasulullah saw iaitu ucapan apa yang patut kita ucapkan untuk memanggil semua orang islam menunaikan solat... Sehinggalah satu malam Zaid bermimpi diperdengarkan azan dan diperintahkan oleh ALLAH untuk melaungkan azan seperti dalam peristiwa israk dan mikraj..

Azan pertama dilaungkan oleh Bilal bin Rabah..Seorang penghuni syurga yang Rasulullah mendengar derapan kakinya di syurga..Bila ditanya apa amalan yang sering dia amalkan sehinggakan derapan kakinya boleh didengar oleh Rasulullah..Maka jawab bilal bin rabah dengan rasa rendah dirinya "aku tidak akan membiarkan wudukku begitu sahaja tanpa aku tidak menunaikan solat 2 rakaat.." dimana Bilal akan menunaikan solat 2 rakaat bilamana dia berada dalam keadaan berwuduk...

Dimana Rasulullah juga pernah bersabda "aku cukup terkilan kerana tidak dapat mendengar azan dari bilal..." Rasulullah hanya sempat mendengar azan yang dilaungkan oleh bilal sebanyak 3 kali..kali yang ke 4 Rasulullah telah wafat..Dimana azan yang dilaungkan oleh bilal pada kali ke4 adalah azan yang cukup menyentuh hati...Dimana bilal tidak dapat menghabiskan azannya pada kalimah ASHADUAN NAMUHAMMADARRASULULLAH...... kerana bilal menangis dan jatuh kerana kasihnya pada Rasulullah..kerana Bilal tahu nama Muhammad yang disebutnya itu sudah pergi buat selamanya dan tidak lagi dapat mendengar azan yang dilaungkan olehnya. Sejak peristiwa itu Bilal telah pergi ke syam dengan waktu yang agak lama..Sehinnggalah diperintah oleh Saidina Umar yang cikup merindui azan dari bilal...Maka Saidina Umar telah menjemput Bilal dan meyuruh Bilal untuk melaungkan azan setelah sekian lama...

Kedengaran suara Bilal...Menangis semua sahabat ketika itu kerana sayunya dan rasa rindu mereka pada Rasulullah...Dimana Bilal yang berkulit hitam ini merupakan insan yang hebat.. dimana laungan azannya didengari sehinggalah sampai ke ARASY ALLAH...

Semoga ALLAH meletakkan kita dalam golongan para siddiqqin...AMIN YA MUJIB...YANG MEMILIKI 99 NAMANYA....

Nukilan dari : Sahabat raudhah

Saturday, February 6, 2010

RANGKA MANUSIA ZAMAN PURBA

Rangka manusia berusia 8,000 tahun ditemui


AHMAD Said (kanan) mendengar penerangan tentang rangka manusia zaman Mesolitik daripada Penolong Pengarah Sejarah Muzium Terengganu, Rashid Hamat ketika melawat kawasan cari gali di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.

HULU TERENGGANU 6 Feb. - Satu penemuan rangka manusia yang disemadikan dalam keadaan meringkuk seperti bayi di dalam kandungan dipercayai berusia antara 8,000 hingga 11,000 tahun ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, November tahun lalu.

Dengan penemuan rangka manusia zaman prasejarah itu, ia membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia zaman Mesolitik di kawasan tersebut.

Semasa ditemui, rangka berada dalam posisi yang dipercayai merupakan cara masyarakat zaman tersebut mengkebumikan mayat.

Pakar Arkeologi daripada Institut Tamadun dan Alam Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, pihaknya percaya rangka tersebut milik manusia berdasarkan ciri-ciri lengkap tulang yang ditemui sama dengan rangka manusia.

Bagaimanapun, katanya, jantina dan usia rangka manusia itu belum dikenal pasti.

"Rangka tersebut ditemui pada kedalaman 75 sentimeter dan ia merupakan penemuan terbesar selepas rangka pertama yang ditemui pada tahun 1975 di Gua Batu Tok Bidan berdekatan gua tersebut.

"Kesemua rangka yang hampir lengkap dari kepala hingga kaki itu ditemui dalam keadaan tulang telah patah dan pecah, oleh itu kita telah membawa rangka tersebut untuk analisis saintifik pada bulan lalu," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan bersama media di Tasik Kenyir di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah.

Mengulas lanjut, Nik Suhaimi yang bertindak sebagai penyelia kerja-kerja cari gali berkata, gua tersebut telah ditutup untuk sebarang lawatan dan kunjungan orang ramai bagi membenarkan kerja-kerja cari gali disambung semula bermula tiga minggu lagi.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Ahmad berkata, Taman Burung yang terletak di Island Hopping dekat sini bakal dibuka pada bulan April ini.

Katanya, ia bakal menempatkan 40 spesies burung dan itik termasuk dari Belanda yang telah dibiak di Pengkalan Gawi dekat sini.

"Kerja-kerja pembinaan taman tersebut telah siap 80 peratus dan hanya menunggu masa untuk proses pelepasan burung-burung berkenaan.

"Kita yakin burung-burung tersebut sesuai hidup di taman berkenaan memandangkan kita telah berjaya membiakkan sebanyak 15 ekor anak itik Belanda di kawasan tersebut," jelasnya.

Thursday, February 4, 2010

Kisah Aafia Siddiqui - Prisoner No. 650


Gambar di atas ialah seorang wanita Pakistan yang mempunyai kelulusan PhD. di dalam bidang neurology daripada Universiti Harvard. Juga, seorang hafizah al-Quran. Sebagai pengenalan ringkas, beliau telah diculik bersama dengan 3 orang anak-anaknya oleh FBI Amerika daripada tempat tinggalnya di Karachi (dengan bantuan kerajaan Pakistan) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda. Sekarang beliau berada di penjara di Amerika, dan telah hilang ingatan berikutan seksaan fizikal, psikologi dan seksual yang berterusan ke atas dirinya (dia dipenjarakan bersama banduan-banduan lelaki).

Mengikut sumber lain pula, iaitu daripada laman web Wikipedia, sebelum misteri kehilangannya bermula, beliau bekerja di Universiti Aga Khan sebagai seorang neuroscientist. Pada 1 Mac 2003, Khalid Sheikh Muhammad, suspek ketua perancangan peristiwa 11 September telah ditahan di Rawalpindi, Pakistan. Dikatakan bermula daripada penahanan inilah, nama Aafia adalah salah seorang yang telah disebut oleh Khalid (Khalid dikatakan mungkin menyebut secara rambang, kerana tidak tahan diseksa), yang membawa kepada siri penahanan seterusnya, termasuklah Aafia sendiri. Pada hari yang sama, Aafia telah menghantar emel kepada salah seorang professor di Universiti Brandeis dan menyatakan minatnya untuk bekerja di Amerika, kerana kekurangan peluang kerja di Pakistan yang sesuai dengan kelulusannya. Beberapa hari kemudian, Aafia didapati telah hilang setelah dilihat meninggalkan rumah ibubapanya bersama dengan 3 orang anaknya. Aafia telah mengambil teksi untuk menaiki penerbangan ke Islamabad, di mana dia merancang untuk melawat pakciknya. Berbagai andaian telah timbul bagaimana misteri kehilangan Aafia bermula daripada perisitwa ini, dan apa yang terjadi padanya sejak itu (2003) sehinggalah 2008. FBI Amerika dan kerajaan Pakistan pula berterusan menafikan mengetahui mengenai kehilangannya ini.

5 tahun selepas misteri kehilangannya ini berlaku, akhirnya FBI Amerika mengaku bahawa Aafia masih hidup dan berada di dalam tahanan pihak Amerika di sebuah penjara di Afghanistan. Menurut sumber kerajaan Amerika, Aafia dikatakan hanya ditahan pada Julai 2008 oleh tentera Amerika di Ghazni, Afghanistan atas tuduhan cuba menjadi pengebom berani mati dan dikatakan memiliki bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bom. Aafia telah didakwa di Mahkamah Daerah New York, atas tuduhan menyerang, cubaan membunuh warga Amerika, dan juga dikatakan mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda.

Perbicaraan atas tuduhan pertama (menyerang dan cubaan membunuh) telah bermula pada Selasa, 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan. Walaupun bukti-bukti yang ada menunjukkan kelemahan pada tuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa (ketiadaan peluru, atau sisa-sisanya, dan tiada kesan tembakan di tempat kejadian), namun Aafia telah disabitkan dengan tuduhan tersebut pada 3 Februari 2010 dan perlu menunggu keputusan pada May 2010 untuk mengetahui nasibnya yang sedang berhadapan dengan hukuman 60 tahun penjara.

Begitulah antara kisah yang menimpa umat Islam kita pada hari ini. Apa yang termampu dilakukan oleh kita, perlu dilakukan, seperti berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengasihani, semoga Aafia dapat menikmati kembali erti kebebasan di dalam hidup. Amien…

Wednesday, February 3, 2010

IMAN ADALAH JIWA



Bismillah..
Iman adalah jiwa bagi setiap jiwa manusia, jika tiada iman di dalam dada, maka jiwa manusia itu akan kosong dan tidak berharga. Syukur kita kepadaNYA kerana masih diberikan oleh ALLAH untuk merasai iman di dada..

Justeru untuk berjaya setiap insan wajib beramal dengan syariat Islam secara sempurna berasaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Bak kata Syed Qutb, jika kita ingin ambil islam itu secara sedikit-sedikit maka pesannya lebih baik kita buang terus semuanya dan jangan lagi ambil.

Walaubagaimanapun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman. Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ia adalah nyawa dan nadi yang menentukan samaada satu amalan itu ditolak ALLAH aatu tidak. Ia adalah syarat kepada sahnya amal disisi ALLAH.

Dalam surah AZ-ZUMAR ayat 65 ALLAH bersumpah "Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu Muhammad dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, Jika kamu menyekutukan ALLAH akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi."

Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya tidak tersesat, Antara baja yang perlu diberikan adalah baja ILMU dan KEFAHAMAN melalui kefahaman yang dinyatakan dalam AL-QURAN iaitu ALLAH meyuruh kita membaca "IQRAK" bacalah dengan nama TUHANMU yang menciptakan......

Rujukan bersama : Quran Saintifik karangan Dr Danial Zainal Abidin
Penulis : Sahabat Raudhah

MATI DAHULU SEBELUM HIDUP



MENGAPA ALLAH SEBUT MATI DAHULU SEBELUM HIDUP?


Dalam Al-Quran Allah berfirman:
Maksudnya:
"Tuhan yang menjadikan mati dan hidup supaya menguji manusia siapa di kalangan mereka itu yang baik amalannya." (Mulk: 2)

Di sini ada dua perkara yang akan dihuraikan:
1.Tuhan jadikan mati dan hidup
2.Tuhan jadikan manusia di dunia untuk diuji, siapakah yang baik amalannya.

Kalaulah kita yang sebut ayat ini, bukan Tuhan yang menyebutnya tentu kita berfikir secara lojik akal, kita akan sebut hidup dahulu baru mati. Memang kenyataannya kita hidup dahulu baru mati. Tapi Tuhan sebut mati dahulu baru sebut hidup. Tuhan tidak sebarangan menyebutnya, walau pun satu huruf ada maksud dan hikmah, ada nilai yang besar di sisi Tuhan. Secara lojik akal tentu kita berfikir, tidak kisahlah yang mana dahulu, hidup atau mati. Menurut lojik akal, kita tidak kira yang mana dahulu tapi Tuhan tidak begitu. Satu huruf pun yang Tuhan sebut ada maksud, tidak secara suka-suka.

Mengapakah Tuhan menyebut mati dahulu dan tidak memilih hidup dahulu baru mati. Ini menunjukkan Tuhan hendak tarik perhatian manusia supaya kita memandang besar perkara mati, lebih daripada soal hidup. Mengapa? Sebab hidup di dunia hanya sementara. Hidup di Akhirat selama-lamanya kekal abadi. Hidup di dunia, sudahlah tidak lama, masa yang ada pun hanya sekejap sangat.

Cuba kita analisa tempoh hidup kita di dunia. Kita tidak usah fikirlah masa dalam kandungan, bayi, kanak-kanak dan sebelum baligh, itu tidak ada erti apa-apa. Kehidupan seorang manusia itu sejak lahir sahaja hingga menjelang baligh, tidak ada erti apa-apa. Sebab masa itu manusia tidak ada kebebasan, hidupnya betul-betul bergantung pada ibu dan ayahnya. Sebahagian masa kita sedar, sebahagiannya tidak. Sejak waktu bayi sampai usia lima tahun kita tidak sedar. Dari lima tahun hingga baligh baru sedar, itupun tidak indah, keadaannya terkongkong oleh ibu dan ayah. Masa yang kita hendak ambil kira ialah sejak mula baligh, secara puratanya umur 12 tahun.

Kita akan kira dari umur kita 12 tahun. Paling lama berapa tahun manusia hidup? Katalah hidupnya 100 tahun. Jadi hidup prime time kita kira 100 kurang 12 tahun, iaitu 88 tahun. Tapi katalah dari umur 80 hingga 100 tahun sudah nyanyuk, jadi 20 tahun itu sudah tidak di kira. Kita tolak lagi 88 dengan 20, jadi tinggal 68 tahun sahaja. Hidup selama 68 tahun itu pun jarang dapat, mungkin dalam 1000 orang, seorang sahaja. Tapi pada umumnya, panjang masa manusia dapat hidup adalah sekitar 40 hingga 50 tahun sahaja masa primanya, setelah itu mati. Jadi kita hendak bahaskan masa yang 50 tahun

Di sini Tuhan hendak mengambil perhatian kita supaya besarkan Akhirat. Walaupun kita hidup istimewa, sejak lahir sahaja sudah berada dalam kekayaan, 50 tahun hidup dalam kekayaan. Nampak hebatlah, rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati. Kalau dalam masa 50 tahun ini, kita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia.