

Kita yakin… siapapun kita, pada serata sosial manapun kita, apapun profesion kita, di bumi manapun kita berpijak pasti mahu menjadi orang yang dirindukan oleh syurganya Allah SWT. Tempat yang di idam-idamkan oleh seluruh makhluk Allah, tempat yang tidak terdengar di dalamnya perkataan yang tak berguna, sia- sia dan dusta, didalamnya ada mata air yang mengalir, takhta-takhta yang ditinggikan, gelas-gelas berisi minuman yang terletak dekat, bantal-bantal sandaran yang tersusun, permadani-permadani yang terhampar, kebun-kebun dan buah anggur, gadis-gadis remaja yang sebaya.
peperangan antara suami isteri, antara kelompok, bahkan antara dua bangsa. Kesan negatifnya akan membuat orang menjadi sengsara, akan melenyapkan pahala kebaikkan yang kita buat seperti api memakan kayu bakar, akan membuat puasa jadi hampa dan sia-sia. Namun bila kita menjaganya, subhanallah… begitu banyak kenikmatan akan kita raih, dengan lisan kita berdakwah, dengan lisan kita bertilawah, dengan lisan kita berdo’a.
kiamat nanti disaat orang-orang sedang dilanda dahaga. Bila kita memberi makan kepada saudara kita yang sedang kelaparan, niscaya Allah akan memberi kita makan di saat orang-orang kelaparan pada hari akhir nanti, Bila kita memberi pakaian kepada saudara kita didunia ini, niscaya Allah akan memberi kita pakaian yang indah disaat orang-orang telanjang pada hari perhitungan nanti, bila kita memudahkan urusan saudara kita yang sedang kesulitan dan dihimpit permasalahan, yakinlah bahwa Allah akan memudahkan urusan kita sejak didunia ini. Pertolongan Allah akan datang kepada seorang hamba manakala sang hamba menolong saudaranya.
Buat Renungan Bersama...
Setelah menjelaskan masalah saya, peniaga terbabit bertanya kepada saya," Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut untuk menjatuhkan atau menganiaya orang lain. " Jika benar pak cik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dahulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak-anak yang cacat. "Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :
Firman Allah SWT yang bermaksud :
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
rujukan : http://ibnismail.wordpress.com
Kutuliskan sajak ini untuk para aktivis Islam di manapun berada. Janganpernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajathidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allahtermasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahanyang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a'lam
Buat manusia istimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang
ku masih terngiang kata-kata mu...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?....
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?...
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?...
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?...
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api....
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukahakhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannyaseperti lampu pijar yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bilatidak....
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda....
Dan...mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?...
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...
wahai Isteri...
ku mohon jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
janganlah dikau mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung nanti....
Kau taburkanlah bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan...
wahai Isteri..
suatu masa kita akan di amanahkan dengan anak2 yg akan mewarisi perjuangan ini...
Kau kenalkanlah mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuhlah mereka hidup dengan Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan...
seandai ku pergi bertemu Allah...
janganlah dikau berpatah dari meneruskan perjalanan perjuangan ini..
seandai anak kita bertanya ke manakah abi...
jawablah abi sedang menunggu kita di sana...
semoga ruh perjuangan islam terus mengalir hingga ke anak cucu..
Isteri...
Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali...
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia...
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang
Suaminmu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH
Andai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam...
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU..


Pendahuluan
Al-Imam as-Syafi‘e merupakan salah seorang tokoh kesarjanaan Islam yang terbilang sepanjang sejarah. Kehebatannya tidak mampu digambarkan dengan hanya beberapa helaian kertas. Ini kerana di dalam batas kehidupan yang ada, beliau telah meninggalkan jasa dan sumbangan yang tidak terhingga kepada Islam dan umat Islam seluruhnya.
Beliau telah meninggalkan suatu khazanah ilmu yang tidak ternilai. Khazanah tersebut berbentuk anak-anak murid yang ilmuwan, karya-karya agung yang menjadi rujukan sepanjang zaman, juga budi pekerti dan suri teladan yang telah dicatat oleh para sejarawan sejak zaman berzaman. Untuk itu membicarakan tetang as-Syafi‘e, manhajnya dan sumbangannya terhadap Islam adalah suatu kemuliaan. Tulisan ini hanyalah sebahagian kecil nukilan kegemilangan as-Syafi‘e. Mudah-mudahan ia menjadi salah satu amal soleh di sisi Allah jalla wa ‘ala.
Riwayat Hidup as-Syafi‘e
Nasab keturunan
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris Bin al-‘Abbas Bin Uthman Bin Syafi‘ Bin as-Sa’ib al-Qurasyi al-Mutallibi al-Makki. Beliau digelar "as-Syafi’e" sempena nama datuknya, Syafi‘ bin as-Saib. Beliau bertemu nasab dengan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, Abd Manaf. Ibunya bernama Fatimah, bukan dari kabilah Quraisy, tetapi dari kabilah Azd yang berasal dari Yaman.
Menurut pendapat yang paling sahih, as-Syafi‘e dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin (pada tahun tersebut juga al-Imam Abu Hanifah meninggal dunia di Kufah). Bapa as-Syafi‘e meninggal dunia semasa beliau masih kecil. Justeru itu beliau telah dibesarkan sebagai anak yatim yang miskin, tetapi memiliki nasab yang mulia. Ketika usianya 2 tahun, ibunya telah membawa beliau untuk berhijrah ke Makkah. Beliau kemudiannya membesar di sana, sebelum melakukan beberapa rehlah ‘ilmiyyah (pengembaraan ilmu) ke Madinah, Baghdad, Yaman dan Mesir.
Pendidikan
Semasa hidupnya di Mekah as-Syafi‘e amat meminati dan mahir dalam sukan memanah. Seterusnya beliau cenderung mempelajari Bahasa Arab dan syair sehingga menguasai bidang tersebut dan telah menghasilkan himpunan syair-syairnya yang bermutu yang dipanggil Diwan as-Syafi‘e. Kemudian atas nasihat salah seorang gurunya, beliau mula menumpukan perhatian kepada ilmu-ilmu agama khususnya Fiqh. Antara guru-gurunya ketika itu ialah Muslim bin Khalid az-Zinji, mufti kota Makkah, Sufyan Bin ‘Uyaynah, Abd. Rahman Bin Abu Bakar al-Maliki, Fudhayl Bin ‘Iyadh dan ramai lagi.
Dalam usianya 9 tahun beliau sudah khatam menghafaz al-Quran. Kemudian ketika berusia 10 tahun beliau telah mampu menghafaz sebuah kitab hadith yang terkemuka di zaman itu iaitu Kitab al-Muawatta’ karangan al-Imam Malik Bin Anas, Imam Dar al-Hijrah (Madinah). Atas beberapa kelebihan yang dimilikinya, as-Syafi‘e telah diizinkan oleh gurunya Muslim az-Zinji untuk mengeluarkan fatwa sedangkan ketika itu beliau baru berusia 15 tahun.
As-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri. Ketika itu beliau sudah berusia 20 tahun. Beliau berguru dengan al-Imam Malik selama 9 tahun, berulang alik sekali sekala ke Makkah menziarahi ibunya. Atas keakraban mereka, as-Syafi’e digelar ‘Tongkat Malik’ kerana sentiasa mendampingi dan mengiringinya. Hal ini berlanjutan sehinggalah kematian al-Imam Malik pada tahun 179H/796M. Semasa di sisi Malik jugalah beliau telah sempat bertemu dan berkenalan dengan salah serang murid utama al-Imam Abu Hanifah yang juga pendiri mazhab Hanafi iaitu al-Imam Muhammad Bin al-Hasan as-Syaibani (Qadi Baghdad semasa pemerintahan Harun ar-Rasyid).
Ketokohan as-Syafi‘e sebagai murid terpintar al-Imam Malik mulai diiktiraf ramai. Namun ramai juga yang mencemburuinya lantaran kefasihan dan ketegasan beliau menegakkan kebenaran. Beliau telah dituduh dan difitnah sebagai pengikut dan pendokong ajaran Syiah. Di samping itu berbagai konspirasi lain dilakukan agar hukuman dijatuhkan ke atasnya. Akibatnya beliau telah ditangkap, dirantai dan dihantar ke penjara Baghdad, pusat pemerintahan Dinasti Abbasiyyah ketika itu.
Beliau dibawa menghadap Khalifah Harun al-Rasyid dan berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan as-Syafi‘e membela dirinya dengan hujah-hujah yang meyakinkan menyebabkan Khalifah Harun sendiri tertarik kepadanya. As-Syafi‘e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini As-Syafi‘e telah berkenalan dengan ulama mazhab Hanafi dan duduk berguru dengan mereka terutamanya Muhammad al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan kepada beliau, iaitu berkesempatan untuk belajar dan membandingkan antara dua aliran Fiqh Islam, iaitu mazhab Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Aliran Malik mewakili pemikiran ulama hadith manakala aliran Abu Hanifah mewakili ulama ar-Ra’yu.
Demikianlah as-Syafi‘e meneruskan pengembaraan ilmunya ke tempat-tempat lain hinggalah tahun 199H beliau kembali ke Mesir. Pada usia 54 tahun, as-Syafi‘e meninggal dunia di Arafah, Mesir pada malam Jumaat 29 Rajab 204 Hijrah bersamaan 19 Januari 820 Masehi.
Peribadi
as-Syafie seorang yang memiliki ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman (semasa difitnah sebagai Syiah dan semasa isu khalq al-Quran).
Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya. Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat. as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang. Beliau juga sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
i.1/3 malam untuk berehat.
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
iii.1/3 malam untuk beribadat.
Sumbangan
as-Syafi‘e tidak meninggalkan dunia sia-sia. Beliau telah meninggalkan suatu warisan ilmu yang tidak ternilai. Antara anak muridnya ialah al-Imam Ahmad bin Hambal (241H/856M), Abu Yakub al-Buwaiti (231H/ 846M), ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M), Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M), al-Hasan Bin Muhammad az-Za‘farani, Abu ‘Ali al-Husain Bin ‘Ali al-Karabisi dan ramai lagi.
Di samping itu beliau juga telah meninggalkan karya-karya ilmiah dalam berbagai bidang. Antara kitab-kitab karangannya yang termasyhur ialah:
i. Ahkam al-Quran - Ayat Ahkam
ii. Al-Musnad - Hadith
iii. Al-Sunan - Hadith
iv. Ikhtilaf al-Hadith - Hadith
v. Kitab al-Umm (Kitab Induk) - Fiqh
vi. Kitab al-Hujjah - Fiqh
vii. Al-Mawarith (Harta warisan) - Fiqh
viii. Adab al-Qadhi - Fiqh
ix. Al-Mabsut - Fiqh
x. Ar-Risalah - Usul Fiqh
xi. Ithbat an-Nubuwwah wa ar-Radd ‘ala al-Barahimah - Aqidah
xii. Fadha’il Quraisy - Sejarah
xiii. Diwan as-Syi’r - Syair Arab
Menurut kebanyakan ulama, as-Syafi‘e adalah orang pertama yang menyusun ilmu Usul Fiqh secara sistematik melalui kitabnya ar-Risalah. Beliaulah pelopor ilmu Usul Fiqh.
Mazhab as-Syafi‘e
Mazhab as-Syafi‘e berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan, sebahagian kecil Iraq dan Arab Saudi serta di Nusantara.
Di awal kehidupan ilmiahnya, as-Syafi‘e berpegang dengan mazhab gurunya Malik Bin Anas. Namun selepas melalui ‘kembara ilmu’ yang panjang beliau memilih untuk berpegang kepada pendiriannya sendiri. Untuk itu beliau telah mengajar dan menulis kitab yang menjelaskan pendiriannya. Lebih dari itu beliau telah berhujah dan berdiskusi dengan ramai ulama bagi memepertahankan mazhabnya (seperti yang dilakukan di Baghdad). Malah ketika di Mesir, beliau telah menggegarkan pendirian orang awam yang terlalu taksub kepada mazhab Malik.
Semasa di Iraq, beliau telah mengarang sebuah kitab bertajuk: al-Hujjah di mana pendiriannya dalam kitab ini dikenali sebagai qaul qadim (pendapat lama). Ia ditulis ketika as-Syafi‘e berada di Baghdad antara tahun 195-197H. Method penulisan kitab ini tidak dapat dipastikan secara jelas kerana naskhah asalnya tidak ditemui. Dipercayai ia ditulis berdasarkan cara soal jawab dan berkisar sekitar pertentangan antara mazhab dalam beberapa masalah fiqh. Pendirian beliau didalam kitab ini dipanggil qaul qadim kerana semasa di Mesir beliau telah menarik balik beberapa pendapatnya itu. Qaul qadim ini diriwayatkan oleh 4 orang ulama’ Iraq (yang masyhur) iaitu al-Imam Ahmad Bin Hanbal (meninggal 241H), Abu Thaur, Ibrahim Bin Khalid (meninggal 240H), al-Za‘farani (meninggal 260H) dan al-Karabisi (meninggal 245H). Riwayat yang paling baik ialah riwayat al-Za‘farani.
Fatwa-fatwa as-Syafi‘e yang dikeluarkan semasa di Mesir dikenali sebagai qaul jadid (pendapat baru). Ini dapat disaksikan di dalam beberapa kitabnya yang unggul seperti al-Umm (akan dibicarakan selepas ini). Perawi-perawi terkenal mazhab baru ini ialah, Ismail Bin Yahya al-Muzani (meninggal 264H), Yusuf Bin Yahya al-Buwaiti (meninggal 231H), Al-Rabi‘ Bin Sulaiman al-Muradi (meninggal 270H), Al-Rabi’ Bin Sulaiman al-Jizi (meninggal 256H). Melalui ulama’ inilah kitab-kitab al-Syafi‘e seperti al-Umm, al-Risalah dan lain-lain sampai ke tangan kita.
Di kalangan anak murid al-Syafi‘e yang paling banyak meriwayatkan qaul jadid ini ialah al-Rabi’ al Muradi. as-Syafi’e sendiri pernah berkata: “al-Rabi` riwayati” (al-Rabi‘ adalah riwayatku). Para murid as-Syafi‘e ini bukan sekadar meriwayatkan mazhab atau pendirian beliau malah turut meringkaskan tulisan dan pandangannya. Justeru itu, dari al-Buwaiti lahirnya `Muhtasar al-Buwaiti` dan dari al-Muzani lahir `Muhtasar al-Muzani`. Ini juga membuktikan bahawa tulisan-tulisan yang disandarkan kepada as-Syafi’e adalah dalam dua kategori, iaitu hasil karyanya sendiri dan hasil riwayat serta tulisan anak-anak muridnya berdasarkan pengajaran beliau.
Qaul yang muktamad dikira sebagai pendirian as-Syafi’e ialah qaul jadid, kerana as-Syafi’e telah menarik balik qaul qadimnya dengan berkata: “aku tidak membenarkan orang meriwayatkannya daripadaku.” Ini dimaksudkan dalam perkara yang terdapat pertentangan antara kedua-dua qaul tadi. Jika tidak maka qaul qadim dan jadid adalah sama. Namun as-Syafi’e sendiri pernah menegaskan dengan perkataannya yang masyhur: “Jika sah sesuatu hadis maka itulah mazhabku, maka buangkan pendapatku.” Inilah yang ditegaskan oleh salah seorang ulama hadith terkemuka dalam mazhab as-Syafi’e iaitu al-imam al-Baihaqi berhubung isu memakan daging unta membatalkan wuduk.
Usul Mazhab
As-Syafi‘e menyatakan bahawa sumber ilmu atau usul mazhabnya terdiri daripada beberapa peringkat, iaitu:
1. Al-Quran dan as-Sunnah apabila ia thabit.
- Beliau menyatakan bahawa tidak boleh berpaling daripada nas al-Quran dan as-Sunnah selama mana ia masih ada.
- Baginya as-Sunnah berfungsi sebagai pengtakhsis (yang mengkhususkan), penjelas dan penghurai serta pentaqyid (yang mengikat keterbukaan) bagi al-Quran. Untuk itu kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber rujukan yang pertama.
- Beliau juga berhujah dengan khabar ahad (perawinya seorang) selagi perawinya itu thiqah dan adil. Ia tidak semestinya masyhur seperti yang dipegang oleh mazhab Hanafi. Ia juga tidak semestinya menyepakati amalan penduduk Madinah seperti yang dipegang oleh mazhab Malik. Apa yang disyaratkan cuma sanad riwayat itu sahih.
- Beliau akan mengambil pengajaran daripada zahir nas melainkan adanya petunjuk yang membuktikan selain daripada yang tersurat.
2. Ijma’ dalam perkara yang tiada padanya dalil al-Kitab mahupun as-Sunnah.
- Apa yang beliau maksudkan dengan ijma’ ialah dalam perkara-perkara fardhu yang tidak boleh untuk tidak diketahui seperti wajibnya solat dan zakat serta pengharaman perkara haram.
- Tidak boleh dikatakan ijma’ jika seorang mujtahid itu tidak mengeluarkan pendapatnya seperti yang dinamakan ijma‘ sukuti (ijma’ secara diam).
3. Qaul sahabat selama mana tiada tentangan daripada sahabat yang lain.
- Beliau mengutamakan perkataan sahabat lebih-lebih lagi yang tiada penentangan padanya.
- Ini didahulukan daripada al-qiyas.
- Menurutnya, bid‘ah ialah apa yang menyalahi al-Quran atau as-Sunnah atau athar sebahagian sahabah.
4. Qaul sahabat yang ada perselisihan.
- Jika terdapat perbezaan pendapat antara sahabat nabi SAW, beliau akan memilih salah satu daripadanya. Keutamaan diberikan kepada pendapat al-khulafa’ ar-Rasyidin dan pendapat yang disokong oleh qiyas.
5. al-Qiyas.
- Qiyas yang diterima ada pelbagai peringkat dan hanya dilakukan apabila terpaksa. Ia tidak digunakan meluas seperti dalam mazhab Hanafi dan tidak juga sempit seperti dalam mazhab Hanbali.
- Namun beliau sangat menentang proses al-Istihsan sehingga di dalam al-Umm beliau peruntukan satu bab membicara dan membahaskan isu ini. Perkataannya yang keras ialah: “…barangsiapa yang beristihsan, sesungguhnya dia telah membuat syariat, barangsiapa yang membuat syariat (tanpa keizinan Allah), sesungguhnya dia telah kafir”.
- Tidak boleh qiyas dalam urusan yang sudah ada nas padanya.
Istilah-istilah dalam Mazhab as-Syafi’e
1. al-Qaul : Khususnya digunakan pada pendapat as-Syafi’e sendiri.
2. al-Wajh : Merujuk kepada fuqaha’ mazhab as-Syafi’e
3. al-Azhar : Pandangan yang lebih kuat daripada dua pandangan atau lebih dari as-Syafi’e, iaitu apabila berlaku perselisihan antara pandangan tersebut yang sama berdiri atas dalil yang kuat. Bagi mentarjih antara dua pandangan seumpama ini disebut al-azhar (lebih mudah disebut). Oleh itu al-azhar ialah pendapat as-Syafi’e yang lebih kuat dibandingkan dengan pendapatnya yang lain yang juga kuat. Lawannya disebut al-zahir.
4. al-Masyhur : Tarjihan dari dua pandangan as-Syafi’e yang kuat dinisbahkan pada pandangannya yang lain yang lemah. Lawannya al-gharib.
5. al-Asah : Pendapat fuqaha’ mazhab as-Syafi’e yang dikeluarkan mengikut kaedah as-Syafi’e dibandingkan dengan pendapat mereka yang lain yang juga kuat. Lawannya as-sahih.
6. as-Sahih : Iaitu pandangan yang benar dari pelbagai pandangan ulama’ mazhab as-Syafi’e. Lawannya ialah ad-dho‘if.
7. an-Nas : Pendapat as-Syafi’e yang disebut dalam kitab as-Syafi’e. Ia dinamakan an-nas kerana ianya dimarfu’kan kepada as-Syafi’e, yakni dari kalamnya).
8. al-Mazhab : Pandangan yang rajih ketika wujud poerselisihan di kalangan ulama’ -ashab al-wujuh- mazhab as-Syafi’e.
9. al-Tahkrij: Iaitu as-Syafi’e menjawab dengan dua hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa. Tidak jelas perbezaan antara keduanya.
10. Qaul Jadid: fatwa as-Syafi’e semasa di Mesir.
11. Qaul Qadim: fatwa as-Syafi’e semasa di Baghdad.
12. Istilah-istilah untuk pandangan yang dho‘if (lemah).
a. Qila Kaza (dikatakan demikian)
b. Fi qauli kaza (dalam suatu pendapat dikatakan demikian)
c. ruwiya (diriwayatkan)
Istilah istilah lain:
1. as-Syaikhan: al-Imam an-Nawawi dan al-Imam ar-Rafi‘e.
2. al-Qadhi: al-Qadhi Husain.
3. al-Qadhiyan: al-Mawardi dan ar-Ruyani.
4. al-Imam: Imam al-Haramain
5. al-syuyukh: an-Nawawi, ar-Rafi‘e, as-Subki.
6. Syeikh al-Islam: al-Imam Zakariyya al-Ansori.
8. Hujjah al-Islam: al-Imam al-Ghazali.
9. Ashab al-Wujuh: Ulama’ mujtahid kepada mazhab as-Syafi’e. Terdapat beberapa perbezaan tentang siapakah ashab al-wujuh ini, namun antara contoh nama yang disenaraikan ialah: al-Buwaiti, al-Rabi` al-Muradi, al-Anmati, Ibn Abi Hurairah, as-Sairafi, Ibn Suraij, Abu Ishaq al-Marwazi, as-Syasyi, al-Istakhri dan beberapa nama lagi.
Secara umumnya ashab al-wujuh ialah mereka yang berkemampuan untuk melakukan qias dalam perkara-perkara yang tidak dibincangkan oleh as-Syafi’e, dengan merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh as-Syafi’e (an-nas) atau memasukan kes-kes baru di bawah kaedah-kaedah umum as-Syafi’e. Sebahagian ulama’ seperti as-Syirazi, Ibn Solah dan an-Nawawi tidak bersetuju fatwa ashab al-wujuh dinisbahkan pada al-Imam as-Syafi’e. Walabagaimanapun ia diterima sebagai sebahagian dari mazhab as-Syafi’e (bukan pandangan mazhab) selama mana ianya diambil dan dipetik berdasarkan nas dan usul al-Imam as-Syafi’e.
Kitab al-Umm
As-Syafi’e telah menulis banyak kitab sebahagiannya dari tulisan tangannya sendiri, dan sebahagian lagi ialah yang dibacakan kepada anak-anak muridnya atau mereka membacakannya di hadapan beliau. Ada yang beliau tulis di Makkah, ada yang di Baghdad dan ada juga semasa beliau di Mesir.
Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab as-Syafi’e ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab as-Syafi’e berasal daripada kitab ini.
Kitab ini ditulis semasa as-Syafi’e di Mesir. Ia telah dihimpunkan oleh salah seorang anak muridnya bernama ar-Rabi‘ al-Muradi berdasarkan beberapa tulisan as-Syafi’e. Terdapat riwayat yang tidak sahih yang mendakwa bahawa kitab ini sebenarnya ditulis oleh seorang lagi anak murid as-Syafi’e iaitu al-Buwaiti kemudian selepas kematiannya, ar-Rabi‘ mendakwa ini adalah hasil tulisan beliau.
Kitab al-Umm ini telah diringkaskan oleh al-Imam al-Muzani dalam kitabnya bertajuk Mukhtasar al-Muzani. Dua abad kemudian kitab Mukhtasar al-Muzani ini disyarahkan Imam al-Haramain al-Juwaini dalam kitabnya berjudul Nihayatul Matlab fi Dirayah al-Mazhab. Salah seorang murid al-Juwaini iaitu al-Imam al-Ghazali pula meringkaskan kitab gurunya itu lalu diberi tajuk al-Basit. Seterusnya al-Ghazali meringkasnya menjadi kitab al-Wasith, kemudian al-Wasith diringkas pula menjadi kitab al-Wajiz. Kitab al-Wajiz ini diringkas lagi menjadi kitab al-Khulasah.
Kitab al-Wajiz juga turut diringkaskan semula oleh seorang lagi ulama’ mazhab as-Syafi’e bernama ar-Rafie dalam kitabnya al-Muharrar. Selanjutnya, an-Nawawi pula meringkas al-Muharrar menjadi kitab Minhaj at-Talibin yang mana ia menjadi pegangan utama ulama Syafi‘iyyah dalam berijtihad dan berfatwa. Kitab ini seterusnya diringkaskan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari dalam kitab al-Minhaj dan kitab al-Manhaj pula diringkaskan oleh al-Imam al-Jauhari menjadi al-Nahj.
Bab yang disusun dalam kitab al-Umm hampir sama penempatannya dengan Minhaj at-Talibin atau syarahnya. Kitab ini dikira sebagai hulu bagi rujukan ulama’ as-Syafi’e yang muta’akhkhirin (terkemudian). Kitab ini mempunyai syarah (huraian) dan hawasyi (nota tepi) yang sangat banyak. Antaranya ialah Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syarbini, al-Minhaj wa Syarhuhu oleh Zakaria al-Anshari, Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibnu Hajar al-Haitami, Nihayah al-Muhtaj oleh ar-Ramli dan Zad al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj oleh Abdullah bin Hasan Ali Hasan al-Kuhaji.
Penutup
Demikianlah serba sedikit pengenalan tentang as-Syafi’e, mazhabnya dan kitabnya al-Umm. Mudah-mudahan ia menjadi perintis jalan bagi lebih mengenali ulama Islam dan sumbangannya.
Wallahu alam.
RUJUKAN DARI BLOG http://al-qayyim.net
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Mengenai Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah
1) Ulasan/Hujah
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.
2) Keputusan
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Senyuman bukan saja dapat membahagiakan diri tetapi juga gambarkan keikhlasan hati
SETIAP manusia melihat dunia ini sesuai dengan perbuatan, fikiran dan dorongan hidupnya. Ini bermakna bahawa apabila amal perbuatannya baik, fikirannya bersih dan motivasi hidupnya suci, maka dia akan melihat dunia ini bersih dan indah seperti dunia itu diciptakan. Begitu pula sebaliknya, apabila amal perbuatannya buruk, fikirannya kotor dan motivasinya ternoda, maka dunia ini akan terlihat gelap gelita dan dia melihat segala sesuatu berasa hitam pekat.
Di sinilah letak rahsia keistimewaan ihsan dalam proses pengajaran malaikat Jibril as yang datang kepada baginda Rasulullah SAW dalam hadis sahih riwayat Muslim yang bermaksud: "Daripada Umar ra, katanya: "Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi Rasulullah SAW tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya, tidak kelihatan atasnya tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun daripada kami yang mengenalnya sehingga ia duduk berdekatan kepada Nabi SAW lalu dia menyandarkan kedua-dua lututnya kepada dua lutut Nabi dan meletakkan kedua telapak tangannya ke atas dua paha Nabi. Kemudian ia berkata: "Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku daripada hal Islam," maka Rasulullah menjawab: "Islam itu ialah bahawa engkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya". Dia berkata: "Benarlah engkau". Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya.
Katanya lagi: "Maka khabarkanlah kepadaku daripada hal Iman?", Rasulullah menjawab: "Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah dan malaikat-Nya dan segala kitab-Nya dan Rasul-Nya dan hari kemudian dan engkau beriman kepada takdir baiknya dan jahatnya". Dia berkata: "Benarlah engkau". Kemudian dia bertanya lagi: "Maka sekarang khabarkanlah kepadaku daripada hal ihsan?" Rasulullah menjawab: "Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat engkau".
Akhirnya dia berkata � meneruskan pertanyaannya lagi: "Maka khabarkanlah kepadaku daripada hal hari kiamat". Rasulullah menjawab: "Tidaklah yang ditanya daripadanya lebih tahu daripada orang yang bertanya". "Kalau begitu � katanya, maka khabarkanlah kepadaku daripada tanda-tandanya saja." Rasulullah menjawab: "Tanda-tandanya itu ialah apabila hamba-hamba telah melahirkan tuannya dan engkau lihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing (berbangga-bangga) menegak dan meninggikan binaannya."
Kemudian dia pun pergi, lalu aku terdiam beberapa lama. Setelah itu, Rasulullah berkata: "Wahai Umar, adakah engkau tahu siapakah orang yang bertanya itu?". Berkata aku: "Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu."
Rasulullah berkata: "Sesungguhnya itulah dia Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajarkan agama kamu."
Dalam Kamus Dewan ihsan dijelaskan dengan mengambil kira makna hadis di atas ketika menjelaskan maknanya dengan "beribadat kepada Allah dengan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah Subhanahu Wataala yang sentiasa melihatnya."
Ihsan juga bererti kebaikan, kebajikan, kemurahan hati (lawan bakhil) seperti dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan atau ihsan juga bererti perbuatan (derma dan sebagainya) yang baik, kebaikan, kemurahan hati, kebajikan, kedermawanan seperti dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara.
Dalam al-Quran perkataan al-ihsan asalnya daripada perkataan: ahsana, yuhsinu, ahsin, ihsanan dan setidaknya ada 12 ayatnya yang mengandungi lafaz ihsan/ihsanan yang menunjukkan kepada perbuatan baik dan kebaikan yang lebih daripada yang sepatutnya atau yang sama maksudnya. Ada kira-kira sebanyak 38 ayat lagi menunjuk kepada pujian dan penghargaan tinggi kepada pelakunya dengan lafaz muhsin, muhsinun, muhsinin, muhsinat. Selanjutnya ada pula lafaz lain yang juga berkaitan dengan al-ihsan itu. Semuanya membawa pengertian menurut konteks ayat yang difirmankan oleh Allah Subhanahu Wataala. (al-Mu'jam al-Mufahras li Alfa al-Quran).
Konteks ihsan kepada sesama makhluk sangat luas dalam al-Quran dan ia sangat jelas dalam ayatnya bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan Allah dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak yatim, serta orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu; dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya". (Surah al-Baqarah: 83)
Bahkan perbuatan ihsan diperintahkan Allah dengan tegas dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya." (Surah al-Nahl: 90)
Satu daripada bukti wujudnya ihsan dalam diri manusia adalah senyum yang selalu melekat pada bibir seseorang kerana senyuman adalah bunga daripada perbuatan, fikiran dan motivasi yang baik. "Senyummu kala bertemu saudaramu bernilai sedekah", seperti dalam hadis menunjukkan bahawa senyum berakar daripada ihsan kerana sedekah tidak akan diberikan kecuali oleh orang yang bersih hati dan perbuatan.
Senyum yang tulus bukti kebahagian diri yang dihasilkan oleh kandungan ihsan pada diri manusia. Ahmad Amin dalam Faid al-Kathir menulis: "Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan saja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi juga orang yang berkemampuan lebih dalam mengerjakan pelbagai urusan, lebih bertanggungjawab ketika memikul tugas, orang yang paling kuat menghadapi kesulitan dan memecahkan persoalan dan lebih profesional dalam memikul urusan penting yang bermanfaat bagi diri mereka dan masyarakat. Seandainya saya disuruh memilih di antara harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi dengan jiwa yang tenteram damai dan selalu tersenyum, pastilah saya memilih yang kedua. Sebabnya ialah, apa ertinya harta yang banyak bila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas?"
Allah menyukai orang yang berbuat ihsan, dan ia disebutkan dalam beberapa ayat al-Quran. Jika kesukaan Allah sudah berada pada diri manusia maka senyum adalah tandanya. Di samping itu, rahmat Allah sangat dekat dengan orang yang sentiasa berbuat ihsan. Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya." (Surah al-A'raf: 5) Jika begini adanya dalam al-Quran, tidakkah kita ingin sentiasa dekat dengan rahmat Allah?

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.
Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.(Gambar: ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim lebih dikenali dengan Blogger Cina Islam turut hadir konvensyen blogger hari ini)
"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.
Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.
Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.
"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.
Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.
Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS.
Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.
Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'.

© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP