"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini."JUWAIRIYAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Tuesday, March 23, 2010

SUSUNAN AYAT AL-QURAN TENTANG BUTA HATI MANUSIA

Assalamualaikum..alhamdulillah posting kali ini sahabat raudhah ingin berkongsi bagaimana hati manusia boleh menjadi keras seperti batu apabila meninggalkan suruhan ALLAH berdasarkan ayat AL-QURAN..Semoga ALLAH merahmati segala usaha..insyaALLAH...

"Sesungguhnya mereka tidak buta mata tapi yang buta itu adalah mata hati yang ada dalam dada"
Surah Al-Hajj (22:46)

"Kemudian hatimu itu menjadi keras sesudah itu, lalu ia menjadi seperti batu malah lebih keras dari itu.." Surah Al-Baqarah (2:74)

"Keras hati dan selain itu ia sangat terkenal dengan sifat kejahatannya.." Surah Al-Qalam (68:13)

"..Telah berkarat hati mereka, Kerana dosa-dosa yang telah mereka lakukan.." Surah Al-Muthaffifiin(83:14)

"Apabila langit telah pecah, dan apabila bintang-bintang telah berjatuhan,dan apabila lautan telah bergelora dan apabila kubur-kubur telah terbalik semuanya.....Ketika itu tahulah manusia apa amalan yang dilakukannya dan apa yang ditinggalkannya.. Wahai manusia apakah yang memperdayakanmu terhadap Tuhanmu yang Maha Pemurah?.....Yang telah menciptakanmu dan menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan angota-anggotamu dengan baik, Menurut apa yang dikehendakiNYA dan DIA yang telah menyusun tubuhmu...."
Surah Al-Infithaar(82:1-8)

No comments: