"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini."JUWAIRIYAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Tuesday, March 9, 2010

PERISTIWA DAN SEBAB PENURUNAN AYAT-AYAT AL-QURAN


Bismillahirahmanirrahim..Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang pembuka penulisan posting kali ini..ALhamdulillah padaNYA dipanjatkkan kesyukuran atas rahmat dari ALLAH yang sentiasa mengalir dalam diri kita sebagai seorang hamba yang lemah tanpa bantuan dariNYA..

Alhamdulillah..Ana tidak pasti sama ada semua sahabat dan sahabiah yang melawat laman blog ini hanya sekadar masuk untuk memberi komen dan meninggalkan pesan semata-mata atau masuk dan membaca posting yang ada di laman blog ini...Mudah-mudahan ilmu yang ada dalam blog ini dirahmati ALLAH sentiasa...Amin Ya Mujib...

Mudah-mudahan usaha ana dalam meyebarkan dakwah dalam bentuk dakwah maya ini sentiasa dirahmati oleh ALLAH....Semoga ilmu ini dapat dikongsi dengan semua sahabat dan sahabiah yang bertandang di laman blog ini..INSYAALLAH...

Bagi posting kali ini..ana ingin berkongsi tentang peristiwa dan sebab penurunan surah AL-IKHLAS.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahwa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat ALLAH kepada Rasulullah saw dengan berkata "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu.."

Maka penurunan ayat di atas adalah sebagai tuntutan untuk menjawab pertanyaan kaum musrikin tersebut..

Diriwayatkan oleh At-Tirmizi, Al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah daripada Abi-Aliyah daropada Ubay bin Kaab. Diriwayatkan pula oleh At-Thabrani dan Ibnu Jarir daripada Jarir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahawa surah ini adalah SURAH MAKIYAH.

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahwa kaum Yahudi datang mengadap Rasulullah di antaranya ialah Ka'bubnul Asyraf dan Hay bin Akhtab. Mereka berkata : "hai Muhammad ceritakan kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutuskanmu.."

Maka penurunan ayat ini adalah dari peristiwa tersebut..Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim Daripada Ibnu Abbas diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir daripada Qatadah dan Ibnu Munzir daripada Said bin Jubair. Dengan riwayat ini Said bin Jubair menegaskan bahawa surah ini adalah MADANIYYAH.

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahwa kaum Ahzab berkata "ceritakkan sifat Tuhanmu kepada kami.." Maka datanglah Jibril menyampaikan surah ini yang menceritakan tentang sifat-sifat ALLAH yang diriwayatkan olah Ibnu Jarir daripada Abi Aliyah daripada Qatadah.

Keterangan :

Menurut pendapat as-Sayuthi perkataan al-Musyrikin dalam hadis daripada Ubay bin Kaab ialah Musyrikin daripada kaum Ahzab sehingga dapat dipastikan bahawa surah ini adalah Madaniyyah bersesuaian dengan hadis daripada Ibnu Abbas.

Dengan demikian tidak ada pertentangan di antara dua hadis ini dan dikuatkan pulak daripada riwayat Abu Syaikh di dalam kitab Adhamah daipada Aban daripada Anas yang meriwayatkan bahawa Yahudi Khaibar datang mengadap Nabi dan berkata

"Hai Abal Qasim! Allah menjadikan para malaikat daripada cahaya Hijab, Afam daripada tanah hitam, Iblis daripada api yang menjulang, Langit daripada asap dan bumi daripada buih air. Maka teranglah kepada kami tentang Tuhanmu...."

Kemudian Rasulullah tidak menjawab sehingga turunlah Jibril membawa wahyu dari surah ini iaitu surah Al-Ikhlas yang menceritakan tentang sifat-sifat ALLAH..

rujukan : ASBAB NUZUL AL-QURAN OLEH IMAM JALALUDDIN AS-SAYUTI


No comments: