"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini."JUWAIRIYAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Monday, January 18, 2010

KELEBIHAN MENGAMALKAN SURAH AL-IKHLAS


KEAGUNGAN SURAH AL-IHKLAS
DIAKUI SELURUH MALAIKAT PENJAGA ARASY ALLAH...

dikisahkan oleh Abdullah bin Abbas meriwayatkan...
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud....Katanya nabi saw
"ketikaa aku di israkkan ke langit..aku telah melihat arasy ALLAH berada
di atas 360000 tiang..dan dari satu tiang ke satu tiang yang lainnya
mengambil masa 360,000 tahun perjalanannya...
Dan di bawah setiap tiang terdapat padang sahara sebanyak 12,000
bagi setiap padang sahara itu luasnya mengjangkau
perjalanan dari barat ke timur..Dan bagi setiap padang sahara itu
terdapat 80,000 malaikat yang membaca surah al-ihklas..
Apabila selesai membaca semua malaikat itu berkata...
"Wahai Tuhan Kami...dan Wahai penghulu kami...
sesungguhnya kami menghadiahkan semua pahala bacaan kami..
kepada hambaMU yang membaca surah al-ihklas samaada..
dia adalah lelaki mahupun perempuan...."

"........Dan sesungguhnya Demi ALLAH yang jiwaku ditanganNYA
Sesungguhnya Qulhuwallahuahadu...itu tertulis di atas
sayap malaikat JIBRAIL...Allahush Shamad itu tertulis
di atas sayap malaikat MIKAIL..
Lam Yalid Walam Yuulad itu tertulis di atas
sayap malaikat IZRAIL..
dan Walam Yakul lahukufuwan Ahadun terukir di atas sayap
malaikat ISRAFIL....dan barangsiapa yang membaca
surah al-ikhlas maka seperti dia membaca kitab
TAURAT,ZABUR,INJIL dan AL-Quran..."



Rasulullah pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah al-ikhlas sebanyak 200 kali setiap hari maka ALLAH swt akan mengampuni segala dosanya selama 50 tahun.."

Rasulullah pernah bersabda "Seorang lelaki berjumpa Rasulullah saw lantas berkata : Wahai Rasulullah aku suka membaca Surah Al-Ikhlas..Sesungguhnya kasih engkau pada membaca Surah Al-Ikhlas menjadi sebab engkau masuk ke dalam syurga..."

Rasulullah pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali nescaya ALLAH akan menyediakan untuknya satu mahligai di dalam syurga..."

Rasulullah pernah bersabda "Barangsipa yang membaca surah al-ihklas sebanyak 51 kali setiap hari maka ALLAH akan bangkitkannya dari kubur dan terus ke syurga.."

Rasulullah pernah bersabda "Barangsiapa yang terlupa membaca bimillahirrahmanirrahim di awal permulaan makan maka bacalah surah al-ikhlas di akhir selepas selesai makan..."

Rasullullah pernah bersabda " Barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali selepas solat subuh maka tidak akan sampai dosa kepadanya..meskipun syaitan telah berusaha bersungguh-sungguh..."

Abi bin Ka'ab meriwayatkan.."Barangsiapa yang membaca surah al-ikhlas sekali maka ALLAH akan memberikan pahala untuknya seperti seratus orang yang mati syahid..."

No comments: