"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini."JUWAIRIYAH -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Tuesday, January 19, 2010

FADHILAT AYAT SERIBU DINAR


FADHILAT AYAT SERIBU DINAR

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum wbt kepada semua pelawat blog ini semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Hari ini Kalam ini ingin berkongsi dengan pelawat2 sekalian iaitu berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

rujukan : http://ibnismail.wordpress.com

No comments: