kayu yang telah ana jumpa pada malam ana berkhemah di KUDAT.. kayu yangtertera kalimah LAILAHAILLAH menyebabkan hati ana begitu sayu..
kerana ALLAH mendengar rintihanku pada malam itu...
Rupa-rupanya inilah hikmahnya kenapa ALLAH membawa ana ke tapak perkhemahan
itu walaupun banyak rintangan yang terpaksa ana lalui...
Assalamualaikum ana ucapkan kepada semua sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH..Semoga sahabat dan sahabiah sekalian sentiasa berada dalam jagaan ALLAH sentiasa...Dengan Nama ALLAH hamba ALLAH yang hina menuliskan sebuah kisah yang benar-benar berlaku dalam kamus hidupku..Mungkin ia sekadar cerita biasa..Tapi cukup bermakna bagi diriku..dengan izin ALLAH juga aku dapat menulis cerita ini..Mudah-mudahan dapat dijadikan iktibar buat ana sendiri dan kepada sesiapa sahaja yang telah membaca coretan kisah ini..''Mudah-mudahan ENGKAU mengampunkan segala dosa yang telah diri ini lakukan tanpa disedari..Kerana diri ini tidak pernah sempurna...malah penuh dengan kejahilan dan sering melakukan dosa PADAMU..AMPUNKAN DAKU YA ALLAH.. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENGAMPUN..''
Dengan lafaz Bismillah..Dengan Nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG....
Aku adalah seorang pelajar yang menuntut di UITM sabah..Aku mengambil jurusan sains fizik..tapi baru diploma..Kisah ini bermula bilamana rakan-rakan kos aku merancang untuk melakukan satu perkhemahan di sebuat tempat..Tempat yang tak pernah aku jejaki..Aku sangat teruja untuk turut serta dalam perkhemahan tersebut..Sebab kawan-kawan aku kata tempat tu cukup indah dan sangat cantik.."Tempat tu tepi laut.. cantik suasana dia..rugi kalau kau tak ikut..Kau bukannya asal sini..bila lagi kau nak pegi tempat macam tu kalau bukan sekarang.." Seorang sahabatku menyakinkan aku supaya aku turut serta dalam perkhemahan itu..Mula-mula hati ini cukup berat untuk turut serta.. Sebab kalau melibatkan aktiviti kos..Aktiviti dia sosial dan campur lelaki dan perempuan..
Akhirnya aku mendapatkan keizinan dari kedua orang tuaku untuk pergi ke program perkhemahan tu..Dengan izin mak dan ayah akhirnya aku mengambil keputusan untuk pergi bersama sahabat-sahabat...Semiggu lamanya kami membuat persiapan untuk program perkhemahan tersebut..
Disepanjang persiapan dibuat..Banyak peralatan yang kami perlu sediakan..Semua peralatan kami lengkap..tapi ada satu benda penting yang tak dapat kami sediakan..Iaitu kanvas..dimerata kami cuba cari dan pinjam tapi masih tak dapat.."Mungkin ALLAH tidak merestui perancangan kita" hati kecilku berbicara..
"Ahhh!! kita tidak perlukan khemah.. kita kan hanya satu malam saja disana..buat apa susah-susah nak cari khemah..tak payahlah..menyusahkan kita ja..lagipun esok kan kita nak bertolak.." seorang sahabatku merungut yang menyebabkan lamunanku tersentak..
Keesokkan harinya..Aku dan sahabat-sahabat yang lain bersiap-siap untuk bertolak...
Aku terkejut sekali lagi bilamana aku dapat cerita kereta yang kami ingin guna untuk ke tapak perkhemahan tidak ada..selagi lagi hati kecilku bersuara "ALLAH tidak benarkan aku dan sahabat-sahabat untuk pergi kesana.."...Aku tidak pasti samaada tanggapan aku salah atau benar..Melihat kepada kesungguhan sahabat-sahabat yang lain aku berat hati untuk mengatakan lebih baik kita batalkan saja perkhemahan kita..Mungkin ALLAH tidak izinkan untuk kali ini..Mungkin kita bolah buat di hari lain...Aku abaikan buat seketika kata-kata yang lahir dalam hatiku ini..Mungkin ini hanya ujian dari ALLAH untukku dan sahabat-sahabat yang lain..supaya jangan terlalu gembira dengan perkhemahan tersebut....
30 minit kemudian..."alhamdulillah..kita dah dapat kereta..alhamdulillah!!!" seorang sahabat aku menjerit kegembiraan..kerana kereta untuk ke tapak perkhemahan sudah ada..terkejut aku melihat seorang sahabat aku telah membawa sebuah pajero berwarna hitam..cukup besar.."allahukhbar..besarnya..mesti mahal sewa kereta nie.." hatiku berkata..aku bertanya dengan seorang sahabatku harga sewa untuk pejero tu.. tapi dia tidak mahu bagi tahu..memang sah!!! cukup mahal bilamana aku dapat mengetahui di akhir perkhemahan yang harga sewa pajero tu hampir rm 800..Benda dah berlaku.. tidak guna mengungkit..yang penting ambil pengajaran..
Selepas semuanya selesai..kami memulakan perjalanan..Dengan lafaz bismillah kami semua memulakan perjalanan ke KUDAT..tapak perkhemahan kami..Perjalanan yang bermula jam 10 pagi diakhiri jam 1 pagi..Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3 jam..tetapi kami mengambil masa hampir satu hari untuk sampai kesana..Banyak ujian yang ALLAH telah berikan untuk aku dan sahabat-sahabat...Antaranya tayar kereta pajero yang kami naiki bocor..dan hujan lebat di sepanjang perjalanan...menyebabkan kami mengambil masa yang lama untuk sampai kesana..Kami pergi dengan 3 buah kereta..Satu pajero, 1 buah waja dan 1 proton...Sebelum sampai kesana kami kena lalui satu laluan yang cukup gelap...
Tiba-tiba.."CRUKKK.." kereta yang aku naiki menghasilkan bunyi yang mencemaskan kami yang berada dalam kereta tersebut..Sahabat-sahabat lain sudah jauh ketinggalan di depan..mereka tidak menyedari yang kereta kami menghadapi masalah.."lebih baik kita berhenti sekejap..tengok apa yang tak kena dengan kereta kita..kot-kot tayar bocor ka.." aku berkata dengan seorang sahabat yang memandu kereta ketika tu..kami berhenti kereta di tengah laluan yang cukup gelap itu..kiri dan kanan kami hanya hutan semata-mata..bayangkan semuanya perempuan disitu..aku melihat jam di kereta..
jam 12.30 tengah malam...cukup lewat..sahabat-sahabat aku yang lain kelihatan cukup letih..mungkin penat seharian perjalanan kami untuk sampai ke tapak perkhemahan...dengan hanya menemani cahaya lampu kereta sahabat aku memberanikan diri keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku... "alhamdulillah tiada apa-apa..mungkin kita terlanggar kayu tadi.." sahabatku berkata padaku.. "alhamdulillah..mungkin satu lagi peringatan dari ALLAH..supaya jangan kita terlalu leka.."" sekali lagi hati kecil ini berbicara...
Dalam 30 jam kemudian aku dan sahabat-sahabat sampai di tapak perkhemahan.. Aku melihat jam di tangan..Tepat jam 1.15 pagi.. hampir jam 2 pagi.."ALLAHUAKHBAR.. banyak yang ALLAH uji aku dan sahabat-sahabat untuk sampai kesini..tapi tak bermakna ujian ALLAH itu berakhir disini..lepas nie mungkin ada yang lebih besar dan mencabar.."
dialog antara aku dan hatiku kembali lagi menyapa..tapi aku bersyukur kami semua dapat sampai dengan selamat walaupun banyak yang kami lalui di sepanjang perjalanan kami untuk sampai kesini..
Memang benar ujian kami bukan berhenti bilamana kami sampai disini..."apa yang kamu semua buat disini..bahaya!!!" kedengaran suara yang garang dan cukup bengis datang dari belakang kami..kami semua menoleh kebelakang...seorang pakcik tua.."mungkin polis marin.." aku berkata dengan nada yang perlahan seolah-olah berbisik dengan sahabat yang ada berhampiran denganku..dia mengangguk tanda setuju dengan kata-kataku..dia yang sebelum ini seorang yang peramah..terkaku seketika melihat pakcik tua itu menyapa kami dalam keadaan yang agak tidak sopan..
"apa yang kamu semua buat disini..bahaya disini..ini kawasan larangan..banyak kes pembunuhan berlaku disini.." pakcik itu memberitahu kami..tanpa perkenalkan dirinya dia memberitahu dimana tempat yang kami berada sekarang adalah tempat larangan untuk beriadah samaada waktu siang atau malam..lagikan pula untuk berkhemah.."boleh kami tahu..pakcik siapa??"
seorang sahabatku memberanikan diri untuk bertanya.."minta maaf ya anak-anak..pakcik lupa untuk kenalkan diri..pakcik adalah polis marin yang ditugaskan untuk menjaga disini..pakcik minta maaf jika tadi pakcik terkasar dengan anak-anak.. pakcik ingatkan penceroboh yang cuba untuk masuk ke kawasan ini..selalunya banyak kes penceroboh masuk ke kawasan ini..waktu-waktu macam nie lah..".
..pakcik itu terang dengan panjang lebar...
"sangkaanku meleset kali nie..pakcik yang aku ingatkan seorang yang garang dan bengis..rupa-rupanya seorang yang baik hati dan cukup ambil berat... AH!!! itulah mudah cepat berprasangka.." hati kecilku kembali berkata...cukup mudah aku membuat andaian tanpa berfikir panjang...kali pertama berjumpa sudah membuat andaian yang bukan-bukan..semoga ALLAH mengampunkan kesalahanku kali ini...
"anak-anak semua dari mana" tanya pakcik kepada kami.. "kami semua dari uitm pakcik..kami datang untuk berkhemah disini..hanya satu malam..tapi kami dah tersalah tempat..kami ingatkan boleh berkhemah di kawasan nie..kami minta maaf pakcik..kami tidak tahu..ini kali pertama kami semua sampai sini.." aku dengan berani menceritakan hal yang sebenar kepada pakcik marin itu..
Kawasan yang cukup gelap disitu..hanya menerangi cahaya lampu kereta..aku melihat ke laut..biarpun gelap tapi aku dapat rasakan suasana pantai ketika itu cukup indah.. Malam yang diterangi cahaya bulan itu cukup sempurna bagiku.."YA ALLAH.. HANYA PADAMU AKU BERSERAH..hambaMU yang hina ini kembali merintih padaMU.." hatiku kembali berdialog dengan MAHA Pencipta malam yang cukup indah itu..Cukup indah.. itulah yang dapat aku katakan..lamunanku tersentak..Apabila seorang sahabat memanggilku..
"nabilah..nabilah..nabilah.." seorang sahabat aku memanggil dengan nada yang agak kuat..mungkin terlalu lama aku berkhayal.. "ya!! sekejap..kami datang.." aku membalas kembali sahutan sahabatku itu..supaya dia tahu aku mendengar panggilannya.. aku lebih biasa menggunakan kata ganti nama"kami" dengan sahabat-sahabat dalam kos ku..kerana ia kedengaran lebih sopan..ada juga sahabat-sahabat yang lain menegur..tapi mungkin dah terbiasa..maka susah pulak nak berubah...
"ada apa.." aku bertanya..
"kau tolong jaga kawan-kawan kita..aku tengok diorang nie takut betul..mungkin cerita yang pakcik marin tadi cerita...lagipun kawasan nie gelap.. kita tak boleh pasang lampu kereta sampai pagi..takut habis bateri kereta nanti..biar aku dan kawan-kawan lain buat unggun api..kau tolong jaga kawan kita..aku takut ada yang kena histeria pulak..takut-takut nanti ada yang pengsan pulak..susah kita..ubat kita pun tak cukup.." sahabat aku menyuruh aku menjaga sahabat-sahabat yang lain..
"anak-anak kawasan nie adalah kawasan larangan..banyak lanun-lanun akan datang kesini..dah ada kes pembunuhan disini..pertama sorang perempuan bunuh diri di pokok tepi sana..yang kedua kes tembak-menembak dengan lanun di tempat yang kita berdiri sekarang nie..disini ada kesan darah yang terpaksa disimenkan..sebabnya kesan darah tu tak dapat hilang walaupun dibasuh banyak kali...jadi bahaya kalau anak-anak nak berkhemah disini..lagipun disini banyak anjing-anjing berkeliaran.." aku teringat kembali kata-kata pakcik marin tadi..mungkin cerita itu yang membuatkan mereka takut.. bukan aku tidak takut..tapi aku yakin yang ALLAH sentiasa bersama denganku dan sahabat-sahabat yang lain...
"kawan-kawan kita mesti yakin yang ALLAH sentiasa bersama dengan kita..INSYAALLAH tidak ada apa-apa akan berlaku..tapi jika kita mati ditembak lanun disini..itu semua sudah takdir yang ALLAH telah tentukan..yakinlah dengan ALLAH kawan-kawan sekalian.." aku memberikan nasihat kepada sahabat-sahabatku yang lain..bukan aku nak tunjuk hebat... tetapi kekuatan yang telah ALLAH lahirkan dalam diriku ketika itu membuatkan aku agak berani berbanding sahabat-sahabat yang lain...aku menyuruh sahabat-sahabatku yang lain berzikir dan membaca ayat-ayat yang mereka ketahui..
Aku akur..semua sahabat-sahabat kos aku..agak sosial orangnya..mungkin aku yang kelihatan kampungan didalam kumpulan aku ketika itu..dengan tudung labuhku..memang kampung..berbanding dengan sahabat-sahabat yang lain..berbaju ketat dan berseluar jeans..itulah trend sekarang...tapi itu semua tidak menghalang aku untuk bergerak seperti mereka...
"aku yakin ada hikmahnya kenapa ENGKAU menghantar aku kesini..berada dengan kawan-kawan yang tidak yakin dengan pertolonganMU ...YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI..BERILAH AKU KEKUATAN YA ALLAH..AKU YAKIN DENGAN PERTOLONGANMU....YA ALLAH BANTULAH AKU YA ALLAH..AKU TIDAK MAMPU JIKA TIADA BANTUAN DARIMU..." aku berdoa dalam hatiku..sambil memandang laut yang cukup indah ketika itu...aku melihat dua orang sahabat aku sibuk mencari kayu untuk dijadikan unggun api..sedangkan sahabat-sahabatku yang lain kelihatan takut.. kerana suasana ketika itu cukup gelap..lampu kereta terpaksa kami padamkan kerana takut kehabisan bateri untuk perjalanan pulang keesokkan harinya..
Kami mendapat kebenaran oleh pakcik marin tadi untuk bermalam disitu..kerana kondisi kami yang agak darurat..lagipun hanya satu malam..esoknya kami akan pulang...Pada malam itu kami ditemani oleh pakcik marin dan kawan-kawannya yang lain..mereka menjalankan tugas dengan baik sekali..Mereka menjaga keselamatan kami dari mula kami berada di sana hinggalah esoknya...
Dengan bantuan polis marin..kami dapat mencari banyak kayu yang boleh dijadikan unggun api..aku melihat kawan-kawanku yang lain.."alhamdulillah semakin tenang keadaan mereka..boleh aku membantu kawanku mencari kayu api..kesian mereka..dengan hanya guna lampu suluh..manakan dapat cari kayu api dengan banyak..jika cuma yang cari hanya beberapa orang saja.."...
aku mengambil keputusan untuk menolong sahabat-sahabatku mencari kayu api..bilamana aku melihat sahabat-sahabatku yang lain sudah cukup stabil..mungkin dengan zikir dan doa yang menyebabkan mereka semakin yakin denganMU.. alhamdulillah...
sedang aku asyik mencari kayu api..TIBA-TIBA..aku telah mengambil satu kayu..yang panjangnya dalam lingkungan 30cm...Aku tidak tahu kenapa aku agak keberatan untuk memberikan kayu itu kepada sahabatku untuk jadikan kayu api...
warna kayu yang agak putih bersih berbanding dengan kayu-kayu yang aku jumpa sebelum ini membuatkan aku begitu tertarik untuk mengetahui lebih tentang kayu tersebut...aku duduk diatas batu yang berhampiran..sambil berhadapan dengan suasana malam yang ditemani dengan cahaya bulan..dengan bunyi deruan ombak yang memukul pantai ketika itu..aku melihat kayu itu dengan teliti...
""YA ALLAH!!!!!!!!...YA ALLAH!!!!! YA ALLAH!!!!!!!"" aku menjerit dengan kuat menyebut nama ALLAH...
air mataku mengalir keinsafan..ALLAH mendengar rintihanku malam itu... SUBHANALLAH... rupa-rupanya kayu itu bukanlah kayu biasa.. Walaupun ia hanya sebatang kayu..tetapi di kayu itu ada tertulis kalimah "LAILAHAILLAH..".. tiada TUHAN yang disembah melainkan ALLAH...
Tanpa membuang masa aku membawa kayu itu kepada sahabat-sahabat aku yang takut dan hilang keyakinan mereka kepadaNYA tadi....
Akhirnya mereka yakin dan terus mereka bersyukur padaNYA...
Air mataku mengalir..tidak dapat menahan kesedihan..kerana ALLAH mendengar rintihan hatiku malam itu...""Sesungguhnya hamba yang hina ini hanya pandai meminta padaMU..tetapi sentiasa melakukan kesalahan padaMU..ALLAH sentiasa bersama denganku..."
"YA ALLAH inilah hadiah yang telah ENGKAU berikan untukku..Inilah yang ENGKAU ingin berikan untukku..aku dengan rasa rendah dirinya YA ALLAH..TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH..walaupun ia hanya sebatang kayu..tapi aku cukup bersyukur dengan hadiah ini...terima kasih YA ALLAH..terima kasih YA ALLAH.." hati kecilku menangis tanda kesyukuran kerana ALLAH menolongku..meyakinkan yang DIA ada bersama dengan HAMBANYA pada malam itu..aku dapat menyakinkan sahabat-sahabatku yang lain yang ALLAH sentiasa bersama...Dengan hadirnya kayu itu keyakinan sahabat-sahabatku yang lain semakin tinggi..
Sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama...
HASBIYALLAH HUWANIAQ MANNASIR..CUKUPLAH ALLAH UNTUKKU SESUNGGUHNYA DIALAH SEBAIK-BAIK PENOLONGKU...



























