Powered by Blogger.
"CINTA KEPADA ALLAH MEMBAWA KETENANGAN..CINTA KEPADA RASULULLAH MEMBAWA KE SYURGA YANG KEKAL ABADI "
"Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" -Semoga dapat mengambil istifadah dan manfaat dari laman ini-

Friday, October 30, 2009

RASA BERTUHAN MENGATASI SEGALA-GALANYA..



Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya


Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Friday, October 23, 2009

SETIA SEORANG ISTERI..

SETIA SEORANG ISTERI...



"Wanita yang solehah akan sentiasa tersenyum..
tatkala ujian datang mengujinya..wanita solehah
sentiasa mengucapkan maaf kepada suaminya..tatkala
dirinya terasa telah melukakan hati suaminya...
wanita solehah sentiasa mendoakan kesejahteraan suaminya..
wanita solehah itulah wanita yang sentiasa setia dengan suaminya..
dan wanita solehah itu sentiasa taat perintah suaminya..
itulah wanita idaman syurga firdausi.."

" Kutitipkan doa di kejauhan..moga suamiku
diberi kekuatan dan kesabaran dan dilindungi sentiasa
olehNYA..."

"Diri ini akan terus menunggumu..menantikan kepulanganmu...
Semoga ALLAH sentiasa melindungimu..
Lukisan 2 jiwa menjadi satu.. hanya satu tujuannya...
hanya mencari redha dariNYA.."

"Tangisan sanubari telah terhenti...Kala suram suria memancar sinarnya...Pertemuan seindah bayangan firdausi...Menjadi zikir kasih yang suciLukisan dua jiwa menjadi satu....Terkenang detik bertemunya kau dan aku...Santun berhikmah mengingatkan diri....Hidup dan mati hanya untuk Ilahi Mengenggam janji cinta ini...Bertemu kasih tanpa jasad...Bicara tanpa suara...Hanya tulisan bahasa indah...Mengeratkan antara kita..Hinggalah ke akhirnya...Kau ku sanjung kerna pengorbanan...Bagai puteri di kayangan..Tika ku lesu hadapi hidup...Kau hembuskan nafas semangat...Penawar hati"











Tuesday, October 20, 2009

Nasihat untukmu..buat insan yang disayangi dan dicintai...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih
Lagi Maha Penyayang...
Selawat dan salam untuk Junjungan Nabi
Muhammad saw serta para sahabat baginda...

YA ALLAH..
Jari-jemari yang ENGKAU ciptakan ini...
Akan diri ini gunakan dengan sebaiknya..
Akanku gunakan untuk menulis hanya kalimah-kalimahMU YA ALLAH..
YA RAHMAN..
Tapi untuk kali ini..diri ini meminta izin dariMU..
Dengan kasih sayangMU..
Aku ingin menulis sedikit nasihat buat adikku..
Yang aku cintai dan sayangi kernaMU YA ALLAH...

YA ALLAH..
Berikanlah diri ini ketenangan dan kemudahan..
YA ALLAH bantulah diri yang hina ini...
TanpaMu Aku tidak berguna sama sekali..

Dengan Lafaz Bismillah..
Buat adikku yang kakak cintai dan sayangi kerna ALLAH..
Disini ada nasihat dariku untukmu..

Adikku sayang...
Dunia ini penuh dengan cabaran..
Laluilah ia dengan penuh kesabaran..
Kerna sumpah ALLAH...
"Syahid itu bersama dengan orang-orang yang sabar"
Bersabarlah melalui dunia ini adikku sayang..
Perjalanannya hanya sementara...

Adikku sayang..
Ketahuilah..disepanjang perjalananmu..
PENCIPTAmu akan menguji keimananmu..
DIA akan menguji kesetiaanmu..
DIA ingin melihat samaada hatimu terbeli dengan cinta dunia yang sementara
ini atau tidak...
DIA ingin melihat amanah yang telah dirimu berjanji denganNYA..
Disaat dirimu berkata
" DIA adalah KEKASIHku"
Ketahuilah adikku..
bermula dari kata-katamu itu...
ALLAH sentiasa hampir denganmu..
DIA sentiasa mengawasimu...
DIA sentiasa menjagamu...
tetapi dirimu tidak sedar akan kehadiranNYA..
Adikku sayang...
Ketahuilah...
Setiap kali keperitan yang dirimu lalui,
Setiap kali kesusahan yang hatimu lalui,
dan setiap kali kesengsaraan yang jiwamu lalui..
Semua itu adalah tujuan untuk menahan dirimu,hatimu dan jiwamu dari
melakukan kemaksiatan,kederhakaan dan ketidakketaatan kepadaNYA..
Ketahuilah adikku sayang..
Setiap keperitan,kesusahan dan kesengsaraan yang dirimu,hatimu dan jiwamu ketika ini..
adalah bukti yang

HADIRNYA CINTA ALLAH DALAM JIWAMU..

HADIRNYA KASIH SAYANGNYA DALAM HATIMU..

ITULAH BELAIAN ALLAH UNTUKMU..

Adikku sayang..
Jagalah Ia dengan baik..
Jangan Dirimu campakkan kasih sayang manusia dalam
hatimu..kerna ia akan mengotori kasih sayang ALLAH
itu padamu...
katakan pada dirimu...
"aku menasihati diriku,bahawa aku adalah seperti sepacal binatang..dan aku sentiasa berkata di dalam hatiku..yang islam tidak memerlukan aku.. namun aku yang memerlukan islam untuk panduan hidupku..kerana aku memerlukan sezarah redho dari PENCIPTAKU..manalah tahu mungkin aku adalah pencinta YANG MAHA SATU..."


YA ALLAH...
YA MUHAIMIN..
Kuatkanlah hatinya untuk menghadapi segala ujianMU
YA ALLAH..
Bimbinglah hatinya,rohnya dan dirinyadisepanjang kehidupannya di atas muka bumiMU ini
YA ALLAH...
Janganlah ENGKAU biarkan dirinya keseorangan..
HADIRLAH CINTAMU DI DALAM HATINYASETIAP MASA YA ALLAH...
matikanlah dirinya dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH..dan tempatkanlah dirinya di tempat para syuhada..
YA ALLAH sesungguhnya diri ini sangat menyayanginya..
JAGALAH HATINYA DENGAN BAIK..
Sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk menjaganya tanpa bantuan DARIMU YA RAHMAN..
LINDUNGI DAN JAGALAH ADIKKU YANG AKU SAYANGI DAN CINTAI INI
YA ALLAH...
JAGALAH DIA UNTUKKU..."
KERNA AKU TIDAK MAMPU MENJAGANYA TANPA BANTUAN DARIMU..
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA
MENDENGAR DAN MENGGABULKAN DOA
HAMBA-HAMBANYA...

AMIN...AMIN..AMIN
YA MUJIB..










Monday, October 19, 2009

..:: SYAHID HANYA UNTUK ORANG YANG SABAR ::..


.:: Syahid Hanya Untuk Orang Yang Sabar ::. "Dan janganlah kamu seperti orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri". (Surah Al-Hasyr:19)

Sesungguhnya segala puji-pujian untuk Allah, tempat kami memuji dan memohon pertolongan, tempat kami meminta hidayah dan keampunan. Kami berlindung kepadaNya daripada kejahatan hawa nafsu kami dan daripada keburukan perbuatan kami. Sesiapa yang telah diberi hidayah olehNya, maka dia tidak akan tersesat. Sesiapa yang telah disesatkan olehNya, maka tidak ada sesiapa yang dapat memberiNya hidayah.

"Pada saat aku (Anas) dan Rasulullah saw keluar dari masjid, tiba-tiba kami berjumpa seseorang di pintu masjid, dia bertanya: Wahai Rasulullah! Bilakah terjadinya hari kiamat itu? Lalu Baginda menjawab kepadanya: Apakah kamu sudah bersiap sedia menghadapi hari kiamat? Dia menjawab, dan seakan-akan tunduk sambil berkata: Aku belum bersedia dengan tidak melakukan banyak solat, tidak memberi derma dan tidak banyak berpuasa.Tetapi aku mencintai Allah swt dan RasulNya. Maka Baginda berkata: Nanti kamu akan bersama orang yang kamu cintai." (Imam Bukhari, hadis ke-6171, dalam kitab Fathul-Bari, juz.4, hal 2033; Imam Muslim, hadis ke-2639,juz.4, hal.2033:sedangkan pada riwayat ini, lafaznya adalah daripada Imam Muslim).

Seorang hamba banyak menimbulkan masalah dan melakukan kesalahan-kesalahan lain. Namun demikian, apabila cinta sejati yang hanya ditujukan kepada Allah dan RasulNya semata-mata telah bertapak dalam hati seorang hamba, maka rasa cinta tersebut akan dapat menyempurnakan perbuatannya yang penuh dengan kekurangan, malah mereka diberikan darjat yang tinggi di sisi Allah swt.

Cinta seorang hamba mampu menyucikan perbuatannya selagi perbuatan itu dilakukan dengan jumlah yang sedikit. Ini kerana, cinta mampu mendatangkan berkat bagi usaha atau perjuangan yang dilakukan secara sederhana.Tidak ada seorang manusia pun yang tidak memerlukan cinta, dan juga tiada seorang pun yang gigih berjuang walaupun lemah yang berasa bahagia tanpanya.

Sesungguhnya cinta merupakan perkara yang amat agung dan sesuatu yang mulia. Sesungguhnya cinta juga memiliki kedudukan tersendiri. Cinta seperti yang diucapkan oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah, merupakan satu keduduksn di mana ramai orang bersaing utk merebutnya.

Cinta merupakan kehidupan, apabila cinta itu hilang dari jiwa seseorang, maka dia bagaikan hidup dalam kematian. Cinta merupakan cahaya. Apabila cinta itu hilang dari hati seseorang, maka dia bagaikan berada di dalam laut kegelapan. Cinta merupakan ubat penawar, apabila cinta tiada dalam diri seseorang, maka hatinya akan ditimpa oleh pelbagai penyakit.
Sumber rujukan:
Kekasih Allah Yang Sejati tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

FAHAM TENTANG PRO-MAHASISWA DAN GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SEMALAYSIA


" aku menasihati diriku,bahawa aku adalah seperti sepacal binatang..
dan aku sentiasa berkata di dalam hatiku..yang islam tidak
memerlukan aku..namun aku yang memerlukan islam untuk
panduan hidupku..kerana aku memerlukan sezarah redho
dari PENCIPTAKU..manalah tahu mungkin aku
adalah pencinta YANG MAHA SATU..."

-nabilah azinan "srikandi_umar"-



FAHAM TENTANG PRO MAHASISWA DI SETIAP KAMPUS !!!!!!

PRO MAHASISWA GEGAR !!!!

Tahniah! SyabashPro-M sahab!


Pro Mahasiswa Nasional (PMN) atas kejayaan mereka menyerahkan memorandum kepada Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada 17 Oktober yang lalu. Kehadiran seramai kira-kira 200 mahasiswa pada demonstrasi tersebut menggemakan sebuah isyarat penting kepada pihak KPT dan universiti, bahawa "Gerakan Mahasiswa Sememangnya Mampu Menggugat!"Ini lebih hebat daripada program Gegar U! 2 bulan lepas, Naib Canselor bermisai tebal UiTM telah menggerakkan sejumlah besar mahasiswa UiTM turun berdemonstrasi di hadapan pejabat SUK Selangor, dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti MB Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada hari tersebut, tidak ada satu batang tubuh demonstran pun yang dikasari, apatah lagi disentuh oleh pihak polis. Malah hingga ke hari ini, tidak ada seorang pun mahasiswa yang dibicarakan di bawah AUKU atas "kesalahan" terlibat dalam demonstrasi haram. Yang kelakarnya, NC bermisai tebal itu telah memberikan komen yang amat melucukan, bahawa demonstrasi adalah hak mahasiswa dalam mengecap demokrasi di negara kita.Allah Maha Bijaksana. Bukan sahaja perancangan NC misai tebal tidak memberi kesan negatif untuk mencalarkan imej Pakatan Rakyat, malah tindakannya telah menyebabkan Anwar Ibrahim menang majoriti besar di Permatang Pauh. Komen lucu beliau, kini telah dijadikan senjata ampuh oleh Pro Mahasiswa untuk menggiatkan lagi demonstrasi sebagai jalan terakhir mereka menyalurkan pandangan selepas segala usaha rundingan dibakul sampahkan. Kalau mahasiswa UiTM boleh, takkan kami tak boleh kot?Diberitakan, Khaled Nordin akan memberi jawapan terhadap memorandum tersebut pada Isnin ini (20 Oktober 2008). Jika beliau gagal memberikan jawapan yang munasabah, lebih baik letak jawatan saja lah. Tak layak beliau jadi Menteri Pengajian Tinggi jika ruang demokrasi di kampus terus dicabuli. Mahasiswa hari ini adalah bakal pewaris tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan. Allah akan mempersoalkan Khaled Nordin di akhirat kelak jika beliau tidak melakukan perubahan yang sewajarnya.Saya akan menunggu jawapan beliau esok hari. Jangan cabar


MAHASISWA!STUDENT POWER!


HIDUPKU SEMUA HANYA UNTUK ALLAH!!!!












Thursday, October 15, 2009

MAHA BESAR ALLAH YANG MEMILIK SELURUH JIWA MANUSIA..MARI KITA HAYATI PERJALAN SPIRITUAL INSAN BERIMAN INI..


Akui Lihat Alam Barzah, Bisa Hafal 30 Juz Alquran

Sudah dua pekan belakangan ini masyarakat Bengkalis dihebohkan dengan meninggalnya seorang gadis bernama Azlina (25) saat berobat di Mahkota Medical Center, Melaka, namun setelah dua jam tak bernafas ia akhirnya hidup kembali. Apa saja kisah yang dialami Azlina saat ia mati suri? Laporan evi suryati, Bengkalis evisuryati@riaupos.com

Cerita mati surinya warga Desa Pematang Duku, Kecamatan Bengkalis benar-benar menjadi pembicaraan hangat, bahkan berita ini sampai ke Pakning dan kecamatan lainnya. Berbagai versi kematian pegawai honor Disperindag Pemkab Bengkalis inipun muncul. Bahkan masyarakatpun berbondong-bondong mendatangai kediamannya. Tak hanya warga, pejabatpun tak luput ingin tahu cerita pasti. Bahkan kemarin Ny Fauziah Syamsurizal datang ke rumah Azlina yang akrab di panggil Iin itu.

Rabu (13/9) Sri Junjungan Televisi (SJTV) milik Pemkab Bengkalis menayangkan siaran langsung wawancara dengan Iin, ada keanehan yang terjadi. Saat itulah kepercayaan Riau Pos dan rekan-rekan media lainnya timbul akan kebenarannya cerita mati suri ini.

Keanehan yang dimaksud adalah, ketika siaran langsung yang juga disaksikan oleh masyarakat lewat layar monitor yang dipasang SJTV itu usai. Para kru kemudian mematikan semua LCD yang ada. Namun anehnya LCD tersebut tak mau mati, justru muncul di layar monitor sesosok tubuh berpostur besar seperti laki-laki. Kendati gambar yang muncul sedikit samar, namun jelas terlihat sosok itu berambut panjang dan bertanduk. Namun wajahnya tak kelihatan. Para wartawan yang hadir di ruang itu pada ketakutan. Namun sempat mengambil foto sosok itu. Kru SJTV ada yang menggigil dan menangis.

Foto itu diperlihatkan kepada Iin, yang waktu itu masih berada di areal SJTV. Ia mengatakan jika sosok itu adalah jin dan ia meminta agar foto yang diambil tersebut untuk dihapus saja. Namun Riau Pos yang turut sempat mengabadikan gambar itu, ketika satu jam berikutnya hendak melihat lagi, ternyata foto itu terhapus sendiri.

Meninggal Dua Jam
Azlina adalah seorang anak yatim dari keluarga kurang mampu. 3 tahun belakangan ia menderit penyakit kelenjar hiperteroid (gondok). Kendati penyakit yang dideritanya sudah akut, Azlina hanya bisa pasrah, karena ketidakadaaan biaya berobat. Namun pada Kamis, 24 Agusutus 2006 lalu, atas kesepakatan sanak keluarga, Azlina dibawa berobat ke Mahkota Medical Centre (MMC) Melaka.

Esoknya Jumat (25/8) pagi, dokter MMC memeriksa Azlina. Satu-satunya jalan untuk penyembuhan adalah dengan jalan operasi. Namun dokter mengatakan pula jika operasi baru dilakukan 3 bulan mendatang, mengingat tekanan darahnya cukup tinggi.

Usai diperiksa, rupanya kondisi Azlina makin menurun. Sektar pukul 02.00 waktu setempat, alat detak jantung yang ada di layar monitor sudah menunjukkan garis lurus, yang berarti jantungnya sudah tak berdetak lagi. Paman Azlina, Rustam Effendi yang turut mendampinginya sudah pasrah, jika ponakan sudah meninggal. Namun saat ia menanyakan pada dokter apakah Azlina benar-benar sudah meninggal, dokter hanya diam. Namun terus saja melakukan berbagai upaya termasuk memasang alat pacu jantung.

Kendati sudah tak bernafas, dokter tetap belum mau memberikan pernyataan Azlina meninggal. Dan selama 2 jam terus-menerus melakukan pacu jantung. Ajaib, tiba-tiba jantung Azlina berdetak, kendati lemah. Dokterpun buru-buru membawanya ke ruang ICCU. Selama 2 hari ia di ruang ICCU dalam keadaan koma.

Setelah mendapat perawatan yang intensif, kondisi Azlina berangsur-angsur pulih. Dan karena belum bisa dioperasi, keluarganya pun membawanya pulang ke Bengkalis.

Jumpa Alam Barzah
Riau Pos memang tak tahu persis, apakah kondisi seperti itu bisa dikatakan dengan mati suri. Namun ada cerita di balik tak bernafasnya Azlina selama 2 jam dan koma selama dua hari itu. Jika disimak benar-benar cerita yang terkesan memang tidak dikarang-karang oleh Azlina itu, setidaknya menyadarkan kita akan alam lain yang bakal kita jalani kelak.

Menurut Azlina, ia sangat merasakan saat nyawanya dicabut dari kaki kanan, sakitnya seperti badan dikuliti. Ketika arwahnya sudah berada di alam lain, ia melihat jasadnya dan pamannya serta dokter di ruang Rumah Sakit. Tak lama setelah itu ia kemudian dibawa oleh dua malaikat. Kepada malaikat, Azlina minta ingin bertemu dengan ayahnya.

Atas permintaan Azlina itu, ia kemudian dipertemukan dengan seorang laki-laki muda berparas ganteng seusia 17 tahun. Kepadanya dikatakan kalau pria itu adalah ayahnya. ‘’Saya tak percaya karena waktu meninggal ayah saya berumur 54 tahun, tapi melaikat mengatakan jika itu adalah ayah saya,’’ cerita Azlina.

Pada pertemuan di alam gaib itu, ayahnya menyuruh Azlina untuk kembali lagi ke dunia, karena belum waktunya Azlina berada di alam barzah. Setelah bertemu ayahnya, cerita Azlina lagi, ia dibawa ke suatu tempat yang di situ ditemuinya wanita-wanit berjilbab dan jumpa seribu malaikat. Di tempat itu, ia didudukkan pada sebuah kursi yang sangat empuk yang kata Azlina keempukan kursi itu sebanding dengan 8 busa yang ada di dunia.

Saat duduk di kursi empuk itu, di sebelahnya ada seorang wanita yang wajahnya mirip wajah Azlina. ‘’Waktu saya tanya siapa dia, wanita itu mengatakan jika ia adalah amal jariyah saya. Bersama wanita dan 2 malaikat, saya terus dibawa melihat-melihat, dan kali ini saya dibawa ke suatu tempat penyiksaan. Di tempat itu, ada 10 orang laki-laki yang disiksa. Ada yang memakai pakaian compang-camping , badannya bernanah dan bau busuk, ada yang memikul besi seberat 100 ton dengan terbungkuk-bungkuk. Setelah tanya tanyakan kenapa ia laki-laki, rupanya ia suka membunuh dan dukun santet,’’ cerita Iin.

Terus lanjut Azlina, ada pula ustad yang dihantam dengan benda panas dan lahar panas, rupanya ustad itu sudah berzina dengan isteri orang. Ada pula yang ditusuk dengna pisau hingga tembus sebanyak 80 kali. Orang itu suka membunuh tapi tak pernah merasa bersalah.

‘’Bermacam-macam penyiksaan saya saksikan.Saya kemudian dibawa lagi membawa malam yang sangat gelap. Saking gelapnya saya tak kenal dengan malaikat yang membawa saya dan amal jariyah yang menemani saya. Ketika saya melangkah dua langkah saya dengar orang berzikir. Dan tiba-tiba saja dileher saya sudah tergantung sebentuk rantai yang setelah saya pegang ternyata tasbih sebanyak 99 butir. Ketika saya tanyakan kepada amal jariyah saya, dikatakan jika Allah menyuruh saya berzikir selama dalam perjalanan dengan tasbih itu,’’ tambahnya.

Di tempat gelap itu, kata Azlina ia melangkah lagi, pada langkah ke 7 ia melihat sebuah benda berbentuk tepak sirih yang dari celahnya memantulkan cahaya dan dibelakang benda itu ada tulisan Arab Qusnul Qotimah. Oleh Azlina cahaya itu kemudian diambilnya dan menyapukan ke wajahnya.

‘’Setelah 10 hari perjalanan, saya dengar suara azan yang suaranya sangat beda dengan azan yang biasa saya dengar, lembut sekali. Saya kemudian dibawa ke Masjid Nabawi dan melihat makam Nabi Muhammad. Di makam Nabi itu ada pintu kecil dan saya melihat seseorang memberi makan anak-anak fakir miskin. Tiba-tiba cahaya yang sebelumnya diambil dari benda berbentuk tepak sirih dan disapu ke muka saya, memantul dari tangan saya untuk kemudian menjadi cahaya yang besar,”sebutnya.

Dari cahaya itu lanjutnya, kemudian muncul sesosok manusia berwajah ganteng kulit kuning langsat, ”Matanya sayu pandangannya luas terbentang. Raut mukanya seperti orang Asia, tapi wajahnya tak kelihatan dengan jelas. Setelah saya Tanya sama amal jariyah saya, dijawab jika Qusnul Qotimah menerangi makam Nabi. Saya dikatakan mendapat hidayah dan safaat dari Allah,’’ urai Azlina lagi.

Dari tempat itu, sambung Azlina lagi, ia dibawa lagi ke suatu tempat, dimana ia melihat jutaan manusia menangis disiksa dan minta kiamat dipercepat. Meskipun antara ia berdiri dengan orang-orang yang disiksa itu hanya berjarak 5 meter, namun ia tak dapat menolong. Selama dalam perjalanan itu pula ia dapat menghafal Alquran sebanyak 30 juz dan Katam sebanyak 3 kali, membaca Yassin 1.000 kali dan membaca Shalawat untuk 1.000 nabi.

‘’Rasanya perjalanan yang saya lalui dari sepanjang Arab Saudi atau seperti dari Sabang ke Merauke,’’ ujar Azlina yang mengaku ketika ia belum sakit juga pernah melihat cahaya saat melakukan salat tahajud dan cahaya itu juga disapukannya ke mukanya seperti yang dilakukan ketika ia dibawa berjalan.

Banyak Perbedaan
Banyak perbedaan yang terjadi pada diri Azlina alias Iin setelah dan sebelum ia mati suri. Perbedaan tingkah laku itu sangat dirasakan, terutama bagi keluarga terdekat yang tahu persis akan keseharian Iin.

Seperti dikatakan pamannya Rustam Effensi SAg, sebelum ini sosok Iin adalah pribadi yang pendiam dan suka grogi jika berjumpa banyak orang. Soal ibadah, ia juga biasa-biasa saja. Hanya saja ia rajin salat tahajud dan membaca Alquran. Tapi bukan hafal Alquran.

Tapi setelah kejadian ini, seperti juga yang Riau Pos saksikan sendiri, ia bercerita penuh percaya diri. Ceritanya juga tak terkesan dibuat-buat. Bahkan selama beberapa jam siaran langsung di SJTV bicaranya sangat lancar berdakwah. Padahal sebelumnya, ia tak terlalu paham apa-apa yang diuraikannya kemarin itu. Ia berdakwah seperti lazimnya ustadzah.

‘’Selama ini ia bukanlah hafal Alquran. Tapi sekarang ia hafal Alquran. Percaya dirinya juga sangat tinggi, dan tidak malu-malu seperti sebelumnya. Kulitnya juga berbeda dari sebelumnya,’’ ungkap Rustam sembari mengatakan jika sebelumnya kulit Azlina sedikit gelap. Namun yang dilihat sekarang, putih bersih bercahaya.

Terlepas percaya atau tidak akan kejadian seperti yang diceritakan Azlina dan keluarganya itu, namun jika kita berhadapan langsung dengan Azlina, dan mendengar ceritnya, kita pun jadi merinding.

Saturday, October 3, 2009

nukilan dariku untukmu adikku...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang..Selawat dan salam Buat Junjungan Besar
Nabi Muhammad Dan Para Sahabat...

Duhai adikku yang kakak sayangi kerna Allah...
Semoga Allah sentiasa melindungi diri,hati dan semuanya..
Hanya ini yang mampu diri ini titipkan untukmu...
Hanya nasihat yang dapat kakak berikan untukmu....
Bukan hadiah yang mahal harganya....

Adikku sayang...
Pertama kali..
kakak ucapkan selamat hari raya untukmu pada keesokkan harinya..
Kakak sangat bangga dengganmu..
Kakak bersyukur kerana Allah Berikan kakak seorang
adik yang baik...
Hanya Allah yang dapat menjagamu dengan baik..
Kakak tidak mampu untuk menjagamu...
Kakak berikan sepenuhnya penjagaan adik yang
kakak sayangi ini pada MAHA PENJAGA YANG TERBAIK..
Kerana kakak takut kehilangan dirimu....
Jika kakak fikirkan tentang ini...
Air mata kakak akan gugur kerana takut kehilanganmu...
Oleh itu kakak telah serahkan semua hak penjagaanmu
PadaNYA kerna DIA akan menjagamu dengan sempurna..

"Moga ALLAH sentiasa melindungimu..
Janganlah Engkau Sakitinya YA RAHMAN..
Biarlah diri ini menjadi penggantinya di saat dirinya alami kesakitan
yang ENGKAU berikan untuknya YA RAHIM..
Diri ini tidak sanggup untuk melihat dirinya menderita..
Diri ini tidak mampu untuk melihat dirinya menangis...
YA MUHAIMIN..
Kuatkanlah hatinya untuk menghadapi segala ujianMU YA ALLAH..
Bimbinglah hatinya,rohnya dan dirinya
disepanjang kehidupannya di atas muka bumiMU ini YA ALLAH...
Janganlah ENGKAU biarkan dirinya keseorangan..
HADIRLAH CINTAMU DI DALAM HATINYA
SETIAP MASA YA ALLAH...

matikanlah dirinya dalam keadaan HUSNUL KHATIMAH..
dan tempatkanlah dirinya di tempat para syuhada..
YA ALLAH sesungguhnya diri ini sangat menyayanginya..
JAGALAH HATINYA DENGAN BAIK..
Sesungguhnya diri ini tidak mampu untuk menjaganya
tanpa bantuan DARIMU YA RAHMAN..
LINDUNGI DAN JAGALAH ADIKKU YANG AKU SAYANGI DAN
CINTAI INI YA ALLAH...
JAGALAH DIA UNTUKKU..."

AMIN..AMIN..AMIN..

YA MUJIB..SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA
MENGKABULKAN DOA HAMBANYA...







wibiya widget

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP